Tuesday, February 22, 2011

CERMIN MESIR MELIHAT LIBYA DAN IRAN

Tanggal menyaksikan tumbangnya presiden Mesir Husni Mubarak setelah 30 tahun memerintah negara Mesir. Sekutu kuat Amerika Syarikat itu mengundurkan diri setelah mogok besar besaran di Mesir oleh rakyatnya yang dicetuskan oleh seorang eksekutf Google. Penulis tidak melihat mengapa perlunya pertukaran kuasa di Mesir tetapi melihat kepada agenda barat yang lebih besar iaitu menumbangkan Kerajaan Libya dan juga Kerajaan Iran yang dilihat sebagai ancaman kepada Sherif dunia dan juga penjajah bergelar Israel di tanah Palestin.

Husni merupakan sekutu kuat Amerika dan penjajah Israel sehinggakan konvoi keamanan ke Palestin sukar untuk mendapat laluan ke Palestin. Mesir telah menjadi negara yang terlalu angkuh sehinggakan mengiktiraf penjajahan yahudi Israel terhadap tanah Palestin. Bukan itu sahaja, Mesir telah menandatangani perjanjian damai dengan penjajah Israel. Bagi penulis, ia tidak lain tidak bukan sebagai satu pengkhianatan kepada dunia Islam khususnya di tanah Arab.

Kerajaan Mesir tumbang atau tidak hanyalah bonus. Husni Mubarak dijadikan kambing hitam untuk memulakan cetusan rasa tidak puas hati khususnya yang disasarkan kepada negara Libya dan Iran. Kedua negara ini telah mengalami sekatan antarabangsa setelah sekian lama tetapi dapat hidup malah menuju ke arah sebuah negara maju. Iran baru baru ini sebagai contoh telah melancarkan pesawat pejuang generasi baru buatan sendiri. Libya pula mempunyai satu takungan air yang terlalu besar di padang pasir dan menikmati pertumbuhan yang boleh dikatakan pesat walaupun terhad segala galanya.

2 negara ini adalah sasaran utama pergerakan pembaharuan oleh Amerika dan sekutunya dan husni mubarak yang memerintah terlalu lama dijadikan alasan yang direka semata mata untuk agenda besar ini. Husni Mubarak pun mempunyai kesalahan termasuklah salah guna kuasa. Tetapi penulis yakin sasaran sebenar ialah kepada Libya dan juga Iran. Dua negara yang sangat liat untuk ditewaskan tapi dalam sekelip mata Libya telah dibunuh reputasinya dengan laporan agensi berita yang dikawal oleh yahudi menyiarkan pembunuhan penunjuk perasaan beratus orang malah media tempatan terikut ikut dengan menyiarkan berita tersebut pada 2 muka surat sekaligus.

Permainan semakin rancak. Pembunuhan memang tidak dapat diterima oleh mana mana pihak sebagai OK kecuali Amerika Syarikat, Britain dan juga penjajah Israel. Amerika akan menggunakan veto sekiranya terdapat tindakan PBB untuk mengutuk serangan penjajah Israel kepada rakyat asal Palestin. Britain menjadi keldai kepada Amerika dengan ikut berperang terhadap Iraq walaupun tidak mempunyai bukti kukuh ancaman Allahyarham Presiden Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah besar besaran.

Libya dan Iran dilihat sebagai benteng terakhir tanah arab untuk membolehkan semua negara minyak tersebut dikuasai atau dengan ayat yang lebih sopan dibawah telunjuk Amerika yang ditunggang penjajah Israel. Mereka bimbang mengenai perkara ini telah lama dahulu. Libya mungkin tidak berperang dengan Amerika dan mengancam penjajah Israel tetapi lebih kepada satu ancaman keselamatan kerana kecondongan untuk tidak menjadi keldai seperti negara lain termasuklah Arab Saudi yang menjadi rumah kepada tanah suci bagi mereka yang beragama Islam.

Pahit tapi itulah kebenarannya. Boleh diterima atau tidak bukan lagi menjadi satu perkara yang terutama pada ketika ini. Yang lebih penting bagaimana menumbangkan kerajaan yang dilihat berlawanan dan akhirnya yang rugi adalah negara arab. Mesir adalah rakan kepada Amerika dan penjajah Israel tapi sesuatu perlu dikorbankan untuk mendapat matlamat yang mutlak. Pedih tapi pernah kan kita mendengar Matlamat Menghalalkan Cara.

Ramai bertepuk gembira kejatuhan Diktator Husni Mubarak. Tapi bagaimana kesannya kepada dunia Islam dan tanah arab secara keseluruhannya. Sekarang kerajaan Muamar Gadaffi telah pun buruk dengan pembunuhan setiap hari oleh kerajaan terhadap penentang kerajaan. Pandangan semua ialah Gadaffi harus ditumbangkan kerana sekelip mata Gaddafi telah menjadi pembunuh dan pembunuh perlu ditumbangkan. Benarkah sedemikian rupa. Akan ada umat Islam termasuk negara ini yang bersorak menentang Gaddafi.

Adakah kita pun akan diheret sama ke kancah menumbangkan kerajaan dengan tunjuk perasaan? Adakah benar kerajaan yang tumbang adalah kerajaan yang KORUP? Benarkah semua dakwaan yang dikenakan terhadap mereka yang digelar Diktator sesebuah negara. Atau sekali lagi kita dibodohkan oleh cerdik pandai Amerika Syarikat dan juga penjajah Israel.

Setelah semua ini berakhir (atau mungkin tidak akan berhenti dan berakhir) siapa lagi yang ingin bersorak gembira. Syabas dan TAKZIAH kepada semua. Yang mana akan berpihak kepada kita. Siapa yang mendapat manfaat jangka masa panjang. Ke mana destinasi sebenar apabila tanah arab menjadi kucar kacir. Mungkinkah mereka yang menyokong pergerakan pembaharuan akan menjadi kambing hitam 20 atau 30 tahun akan datang dan pemain catur terus menggerakkan bidak bidaknya.

Ya ALLAH selamatkan negaraku dari serangan dalam dan luar. AMIN

Monday, February 21, 2011

SOLAR HYBRID PERTAMA MALAYSIA MILIK SOLARIN TURTLE

Baru baru ini pelancaran skuter hybrid telah menjadi satu lembaran baru kepada sejarah negara, kononnya. Media melaporkan seolah olah syarikat itu syarikat pertama mengeluarkan skuter hybrid negara. Benarkah dakwaan tersebut.

Bagi penulis, semua itu mitos semata mata. Syarikat Solarin daripada Terengganu adalah pertama seumpamanya mengeluarkan skuter hybrid pertama di Malaysia. Namun kerenah birokrasi dari Kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan yang tidak membenarkan skuter terbabit berada di jalan raya.

Jawapan JPJ mengenai pertanyaan penulis menyatakan skuter tersebut tidak sesuai berada di jalan raya kerana tidak cukup besar dan mungkin membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana saiznya yang kecil dan tidak cukup laju memungkinkan berlaku kemalangan jalan raya. Itu dakwaan JPJ.

Ternyata Malaysia baru sahaja ingin meminda undang undang yang membolehkan skuter dan motorsikal elektrik atau hybrid berada di jalan raya walaupun penciptan dan pengeluar asal mungkin telah memindahkan kilangnya ke luar negara.

Hebat sungguh negara ini.Penulis bersimpati kepada Solarin Turtle kerana dinafikan kewujudannya dan penafian memang telah berlaku. Penulis berharap perkara ini tidak berpanjangan dimana idea dan juga rekaan lain tidak terhenti setengah jalan seperti -terjadi kepada Solarin Turtle, skuter hybrid –elektrik dan solar pertama negara!