Monday, August 22, 2011

PERCANGGAHAN PENDAPAT

Akhbar perdana semalam 21 Ogos 2011 melaporkan Menteri Kewangan ke-2 Malaysia melaporan Kerajaan optimis mencapai pertumbuhan sekitar 6 dan 7 peratus pada tahun ini. Ini berdasarkan pelaburan luar yang tetap masuk menurut kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Adakah mereka ini semua serius.

Penulis masih berpendapat negara tidak dapat mencapai kadar tersebut kerana kurangnya usaha khususnya dari kerajaan sendiri dan tiadanya tindakan yang kita dengar dari Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN). Rakyat berdepan tekanan setiap hari dengan kenaikan yang tidak pernah dibendung oleh kerajaan.

Menteri suka hati cuma meletakkan harga syiling. Perdana Menteri yang berkuasa pun kena tunggu dan lihat mengenai perkara ini. Menteri mungkin tidak merasa tapi rakyat telah merasa. Hari ini sekiranya kita memborong bahan masakan dirumah, bil kita dengan slamber boleh mencecah RM200.

Kerajaan masih dibuai lamunan. Masih ada pihak yang mempertikaikan. Politik sana sini masih tidak berhenti baik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kenapa tidak mereka yang membangkan mencuba idea baru untuk negeri dan untung sabut idea mereka berjaya, tak hairan kerajaan bertukar tangan.

Paling penting, semua perlu berusaha kerana negara telah memasuki era kemelesetan jangka panjang tanpa kita sedari. Not kita telah menjadi tidak bernilai. Kerajaan perlu berbuat sesuatu. Signal amaran telah berdering dari 2 3 tahun yang lepas tapi sampai sekarang penafian tetap berlaku dan semuanya berpeluk tubuh menanti tumbangnya sebuah ekonomi yang pernah disebut Harimau Asia.

Thursday, August 18, 2011

TERSALAH KIBLAT

Penulis teringin sekali berbicara mengenai dasar kerajaan yang nampaknya lain dari yang dipercakapkan. Adakah kita telah menjadi burung tiung yang sekadar bercakap tanpa bertindak mengikut yang sewajarnya.

Bagi penulis, ekonomi negara menjadi kepentingan subjek yang memerlukan perhatian setiap orang khususnya kerajaan dan MTEN terdahulu untuk memerhati, menganalisis dan seterusnya mencari penawar kepada ekonomi harimau ini. Kita telah banyak terluka tapi kita perlu mencari ubat dengan segera. Harimau baru akan muncul setiap masa tapi kita tidak boleh membazirkan harimau yang sakit semata mata kerana lahirnya mereka yang baru.

Kiblat kerajaan patut berada pada tingkat ekonomi tapi sayangnya Pemuda UMNO hanya mementingkan calon pilihanraya. Adakah kita terlalu selamat untuk melalui fasa yang memeritkan ini. Tanyalah siapa sahaja andai kata mereka tidak merasa kekurangan fulus pada masa kebelakangan ini. Badut berbunyi untuk memilih calon pilihanraya yang tepat.

Sangat tidak relevan lebih lebih lagi pada bulan puasa. Bulatkan tekad dan kita akan berjaya InsyaAllah. Pertolongan akan datang kepada mereka yang berusaha. Tuhan hanya menolong mereka yang berusaha. Tapi sayangnya pada saat ini, kita masih bermimpi...

Tuhan, selamatkan negaraku ini. Sedarkan pemimpin pemimpin kami.

MAYDAY MAYDAY

Setiap hari, media massa akan mendedahkan betapa teruknya ekonomi dunia dan tidak kurangnya ekonomi Malaysia. Berita berita akan mendedahkan skala penurunan saham asia yang lain dan akan di ikuti dengan skala penurunan Bursa Malaysia yang semakin merudum dari hari ke hari. Gabenor Bank Negara berkata kita tidak akan terkena tempias yang banyak tapi hari ini mengumumkan kadar pertumbuhan hanya sekitar 4 peratus sahaja dari unjuran asal 6 hingga 7 peratus.

Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan masih tidak berbuat apa apa. Tidak kedengaran Majlis Perundingan Ekonomi Negara bermesyuarat. Adakah PM sedar atau tidak kenaikan harga barang dari semasa ke semasa. Adakah perjumpaan 1 minggu atau sebulan sekali akan menjadi berkesan untuk kenaikan atau penurunan sesuatu pada setiap hari. Tindakan hari ini tidak lagi berguna untuk minggu depan. Frasa ekonomi negara memasuki tahap yang sangat kritikal.

Adakah kita terlalu bergantung kepada konsultant semata mata tanpa mana mana mereka yang pro ekonomi diluar kotak seperti yang berlaku pada 1998 1999 akan kembali menyelamatkan negara ini. Mereka ini ada diluar sana dan penulis merasakan mereka sanggup demi negara tercinta. Pertamanya Perdana Menteri perlu menunjukkan yang Kerajaan sangat bersungguh sungguh menanggani hal ini.

Adakah kita semua telah bersedia ke tahap yang paling optimun? Pandangan masih kabur tapi bila tiada tindakan dilakukan serta merta, ia akan bertambah kelam.

Tuesday, August 16, 2011

MTEN MTEN MTEN!

Krisis kewangan dijangka kembali dan akhirnya kesombongan sherif dunia telah diturunkan penaraafn oleh Standard and Poor kepada AA daripada AAA. Menteri Kewangan ke 2 berkata hal ini tidak akan menjejaskan Malaysia.

Perdana Menteri setelah menjalani pembedahan lutut dilaporkan mempengerusikan mesyuarat majlis Ekonomi Negara (MAPEN). Masa zaman Tun Dr Mahathir, MTEN akan bermesyuarat setiap hari dan Perdana Menteri tahu mengenai segala segi data harga dan juga penurunan atau kenaikan kewangan negara. Tapi hari ini tersangat mudah. Perdana Menteri sampai ke pejabat jam 9.

Adakah kita sudah tidak serius atau terlalu banyak konsultant yang yakin negara ini akan selamat. Penulis lebih suka Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana beliau tersangat rajin sehingga seorang penyokong pro pembangkang pun tabik dengan tun bila tiba bab pengurusan ekonomi. Beliau merupakan seorang bekas pekerja MTEN. Tapi hari ini...

PPSMI KEMBALI?

Kerajaan hari ini dalam menyatakan mengkaji sekiranya perlu dwi bahasa untuk pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris atau lebih glamor dengan nama PPSMI. Ringkas tapi satu langkah yang sangat bermakna daripada langkah mengundur yang memansuhkan ppsmi pada 2008.

Harap perkara baik ini berterusan dan mereka yang membantah ppsmi sedar mengenai hal ini. Betapa peri pentingnya sains dan matematik dalam kehiduapn kita untuk mengubah nasib anak bangsa.

Penulis sangat bersetuju dan menunggu berita baik anjakan paradigma ini kepada dasar pendidikan negara.

Monday, August 15, 2011

MAS, AIR ASIA BERGABUNG...BAU

MAS dan Air Asia telah melaksanakan pertukaran saham dengan Air Asia (AA) memperoleh 20 peratus saham MAS dan khazanah memiliki 10 peratus saham AA. Yang pelik ialah kehadiran dari AA ke MAS adalah 2 orang dimasukkan ke dalam lembaga pengarah tapi tiada kehadiran personal MAS ke dalam AA.

Yang penting jangan digadai lagi seperti geng Proton menjual MV Agusta kepada syarikat yang entah siapa punya dan dimana syarikatnya. Syarikat tersebut untung atas angin apabila BMW membeli sebahagian daripada MV Agusta dengan harga yang jauh lebih tinggi dari Proton menjual keseluruhan MV Agusta.

Dalam hal ini, terdapat bau yang kurang menyenangkan.

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN DAN TRAFIK

Ramadhan menjelma sekali lagi. Kehadiran Ramadhan akan disusuli dengan adik beradiknya bak kata pantun adiknya Shawal. Yang penting ia membawa berkat dan rahmat sepanjang keberadaaanya disamping kita semua.

Senja menjelma lebih lebih lagi mereka yang berada di ibu kota Kuala Lumpur akan merasakan satu lagi adik tiri mereka iaitu kesesakan lalu lintas. Sekiranya boleh ditukar pepatah antara aur dengan tebing, sudah pasti yang lebih erat ialah bagai Kuala Lumpur dengan kesesakan lalu lintas atau lebih glamor dengan nama roti jem atau trapik jem.

Apa sahaja namanya sudah pasti membuatkan setiap orang sakit kepala. Kadang kadang datang kepada kita semua penyelamat bernama Polis trafik. Penyelamat bagi sesetengah mereka tapi tidak kepada semua nampaknya. Ini kerana ada polis trafik yang tidak pernah kisah akan mereka yang lalu di semua tempat.

Senang cerita ada juga berlaku bias. Entah mengapa kadang kadang sampai berbelas kali bertukar lampu hijau tapi masih tak dapat berjalan kenderaan yang dinaiki. Masih berlaku pertukaran yang tidak sepatutnya tapi masih berlaku. Kadang kadang terfikir disebabkan kehadiran anggota polis yang menyebabkan sesetengah laluan menjadi tersangat lambat. Ini kerana polis yang menjaga kawasan ini hanya melihat kepada laluan laluan tertentu tanpa memikirkan laluan yang lain.

Pelanggaran dan asakan tetap berlaku kerana polis hanya berusaha pada satu arah. Mungkin SOP perlu diperhalusi dari semasa ke semasa untuk semua orang menikmatinya dan tidak ada lagi perasaan puas hati.

PENDIDIKAN ATAU PELAJARAN

Perdana Menteri yang baru dilantik berusaha secara bersungguh untuk memajukan negara ini ketahap yang lebih membanggakan katanya. Tapi secara tidak sedar, ramai yang telah merajuk hati dan juga terpedaya kerana desakan negara maju menjelang 2020.

Demi satu perkataan NKRA yang entah penulis pun tidak tahu apa maknanya kepada kehidupan penulis telah menukar kehidupan sesetengah orang kepada NERAK! Benar, semua ingin menjadikan negara ini maju tetapi kenapa banyak 'nyawa' yang akan dikorbankan dan perlu dibunuh jiwanya satu persatu. Yang penting Malaysia menjadi negara maju.

Terlalu banyak usaha yang sedang, perlu dan akan dilakukan demi status negara maju tapi penulis minta, jangan dibunuh orang pendidikan. Penulis tidak gemar dengan perkataan pelajaran kerana terlalu singkat maknanya berbanding dengan pendidikan. Pendidikan lebih besar dan bererti maknanya. Panjang perjalanannya seperti mana panjangnya perjalanan negara dan tidak pernah bererti.

Pendidikan jangan dirogol dan jangan dijiwa kacaukan jiwanya. Pendidikan terlalu murni untuk dipotong bajetnya dari tahun ke tahun. Pemimpin yang berbuat demikian tidak sedar jasa pendidikan. Jika bukan nama pendidikan, sudah tentu mereka pun tidak sampai ke tapak yang diperoleh pada hari ini.

Bersambung

PERJALANAN

Banyak perkara yang berlaku akhir akhir ini tapi disebabkan kekangan untuk bersambung dengan internet, penulis tidak dapat menulis. terlalu banyak perkara yang ingin disampaikan dan dibincangkan secara ilmiah sekiranya diperlukan. Internet ada satu kemestian yang diperlukan pada dewasa ini.

Sekali lagi Marshall McLuhan adalah orang yang paling tepat dalam hal ini. Seorang yang wujud sebelum negara kita merdeka tetapi telah melakukan sesuatu atau lebih tepat membuat satu teori yang terus membuatkan orang terkesima dari semasa ke semasa.

Satu persatu akan diselesaikan Satu perjalanan akan diselesaikan selepas satu perjalanan. Satu langkah yang panjang bermula dengan satu langkah. Setiap langkah sangat bermakna. Terima kasih semua diucapkan.