Monday, December 8, 2008

PENYEMBELIH MUDA....DI MANA

Pada hari besar ini, penulis telah diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa melalui orang perantaraanya untuk melakukan ibadat yang disunat kan ini. Dalam asyik memotong daging kepada yang lebih kecil, terdetik di hati penulis sekiranya orang orang yang menyembelih ini pergi dahulu meninggalkan generasi muda, berapa keratkah yang mampu dan pandai menyembelih ternakan sama ada untuk korban, akikah mahupun untuk kenduri kendara di kampung masing.

Penulis tidak pasti di negeri negeri lain, tapi di Terengganu penulis perhatikan bahawa kuragnya tenaga orang muda yang berani dan yakin untuk menyembelih ternakan besar ini termasuklah lembu mahupun kerbau. Sekiranya ayam yang akan menjadi korban, penulis yakin, ramai yang boleh melakukan perkara ini. Tetapi bagaimana dengan mahluk berkaki empat ini?

Kadang kadang, ada juga terjumpa di sana dan sini tenaga muda yang pandai menyembelih binatang ternakan tetapi bagaimana sekiranya pada satu ketika, terdapat banyak ternakan untuk disembelih dan tempat yang hendak dituju adalah terlalu jauh pada satu satu masa. Mungkin perlu diadakan kursus untuk menyembelih ternakan khususnya ternakan berkaki empat ini. Dan mungkin juga kursus ini telah ada tapi sambutannya dikalangan orang muda adalah kurang kerana tidak berminat.

Tetapi penulis yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung ini tidak mengetahui seandainya wujud kursus sebegini. Mungkin perkara ini tidak lagi kritikal pada waktu sekarang, tetapi bagaimana dengan sepuluh atau dua puluh tahun akan datang...

PROTON PEMALAS

Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) melalui anak syarikatnya telah menandatangani satu perjanjian persefahaman(mou) dengan syarikat pengeluar Jepun iaitu Mtsubishi Motor Corporation (MMC).

Terdapat banyak klausa dalam perjanjian tersebut setelah sekian lama MMC menjual semua sahamnya dalam kereta nasional terbabit. Antaranya ialah memboleh model Proton dibangunkan secara bersama secara lesen daripada MMC.

Senang cerita "rebadge". Tahniah CEO proton, Syed Zainal. Setelah hampir 9 tahun sejak tahun 2000 yang mana Proton mengeluarkan kereta sendiri daripada lakaran sehingga terbentuk Proton Waja, akhirnya setelah berganti Ketua Pegawai Eksekutif, Proton kembali kepada aktivitinya yang lama. Susah sangat ke hendak menunggu lama dan belajar sedikit demi sedikit walaupun lambat kerana menurut Orang Melayu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari-"Tidak apa bersusah sedikit kerana yang susah itu yang kekal".

Penulis sendiri kecewa dan harapan untuk melihat Proton ke tahap yang lebih gemilang tidak tercapai nampaknya dengan termeterainya mou tersebut. Sekiranya pada satu hari nanti ditakdirkan kereta Proton memenangi anugerah ataupun menjadi "best seller" di seluruh dunia, Proton bukan lagi Proton.

Proton telah menjadi pengeluar kereta yang malas. Malas berusaha dan takut dengan cabaran. Penulis kecewa dengan keadaaan ini. Produk Proton selepas ini bukan lagi menjadi kebanggan penulis kerana ternyata orang dalam Proton malas berusaha. Penulis bangga dengan Produk Proton yang direka sendiri oleh Orang Malaysia bermula dengan Waja, Arena, Neo, Savvy.

Buruk macam mana pun ia adalah tanda titik peluh orang Malaysia yang berusaha tidak kira penat dan lelah demi menaikkan nama negara. Tetapi nampaknya Syed Zainal yang ternyata datang daripada Pengeluar kereta nasional yang malas iaitu Perodua telah membawa perkara ini ke dalam Proton. Penat sangat ke untuk berusaha mengeluarkan produk yang direka oleh anak tempatan. Kalau direka oleh Lotus pun banyak diambil oleh pengeluar untuk dipakai oleh mereka.

Tahniah Syed Zainal untuk klausa pemalas itu. Rindu dengan sentuhan Tengku Mahaleel. Bekas CEO proton yang belajar sejarah tetapi dalam zaman kegawatan, Proton tidak pernah mencatat kerugian malah berjaya mendirikan kilangnya sendiri di Tanjung Malim.

Proton, penulis kecewa dengan mu yang selama ini berada di hati penulis untuk memilik suv proton satu hari nanti...Orang yang malas tidak berhak berada dalam hati penulis untuk penulis membayar sejumlah wang yang banyak...Proton adalah pemalas...

ANEH ATAU UNIK

Sepasang kekasih berjalan bersama sama berpimpin tangan disatu pagi yang indah di tepi pantai yang terbentas luas. Mereka memakai baju dan celana pada satu rona yang sama. Memang indah saat bercinta, bukan sahaja hati yang menjadi satu tetapi juga warna pakaian. Penulis tidak mahu mentafsir lagi apa yang sama pada hari tersebut. Penulis tidak pernah 'dating' walaupun pernah mempunyai kekasih hati bertukar tukar kerana semuanya berada di alam maya. Disebabkan itu, penulis tidak pernah merasai kenikmatan manisnya madu keluar bersama sama dengan si jantung hati memakai warna yang sama.

Sepasang kekasih sehidup semati itu mungkin telah berpakat sebelum itu lagi untuk memakai pakaian yang sama warnyanya. Bagaimana pula dengan mereka yang bukan sepasang kekasih tetapi kerap memakai pakaian yang hampir sama dengan seorang lagi rakan. Mungkin ini adalah suratan atau kebetulan, itu tiada siapa yang tahu.

Pernahkan anda terasa ingin menyanyikan sebuah lagu dan pada masa yang sama rakan anda telah menterjemahkan lagu itu di bibir mereka? Penulis telah merasai pengalaman unik ini beberapa kali. Jika diambil kira suasana mahupun rancangan televisyen yang ditonton, tidak pula berkait dengan lagu yang ingin dinyanyikan itu. Unik atau aneh itu penulis tidak pasti tetapi ada kemungkinan perkara ini berkait dengan psikologi dipersekitaran masing masing pada waktu tersebut.

Setiap kejadian yang diciptakan itu mempunyai sebab musababnya termasuk mati...

Thursday, December 4, 2008

ORANG TERENGGANU SUKA BERMAIN HUJAN

Musim tengkujuh telah sampai dan orang Teranung sekali lagi berhadapan dengan musim banjir. Memang sudah kebiasaan Teranung akan dilanda musim tengkujuh pada bulan 11 dan 12 tetapi nampak gayanya tahun ini lambat sikit daripada biasa. Mungkin Sang Pencipta mahu memberikan rezeki kepada hambaNya khusu penoreh getah yang menghadapi penurunan harga getah di pasaran...Terima kasih Tuhan...

Musim tengkujuh juga merupakan rahmat kepada sesetengah orang kerana dapat mengail mungkin...Boleh ke mengail pada musim air besar...Tetapi perkataan yang paling glamor dalam musim bah ialah mukat atau perkataan yang betul Dewan Bahasa dan Pustaka nya ialah aktiviti memukat...Biarkan Sang Luncai terjun dengan labu labunya...

Orang Teranung juga suka memulakan aktiviti mengorek pada musim hujan. Kemudian banyak jalan yang akan ditutup. Jalan-jalan alternatif yang disediakan nampaknya tidak berguna kepada orang Ulu Teranung yang lebih suka kepada jalan pintas. Malah ada papan tanda yang disediakan oleh pihak kontraktor hujan ini selamber je dialih oleh orang orang tertentu. Tidak pernah penulis melihat papan tanda dialih selain dari protes satu projek di Selangor.

Orang Teranung memang suka main hujan dan memulakan projek pada waktu hujan. Mungkin seronok sekiranya kontraktor ini memulakan projek mereka pada waktu hujan. Hujan itu kata orang satu rahmat. Mungkin juga rahmat sekiranya memulakan projek pada musim hujan. Mungkin juga mereka yang berkuasa mendapat ilham untuk memulakan sesuatu projek setelah hujan turun. Memang rahmat kepada kontraktor mendapat projek dan azab kerana memulakan sesuatu pada musim hujan.

Hujan oh hujan, kenapa engkau turun...macam mana aku tak turun, katak panggil aku, katak panggil aku...

PROJEK PELIK PELIK

sementara menunggu ni kita ada benda ar terlintas dalam fikiran penulis. Telah lama penulis pendamkan dan hari ini boleh terluah dalam perkataan. Projek, projek dan projek. Hulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang besar tapi kecil kemajuannya. Kita mempunyai tasik buatan yang terbesar setakat ini pada tahun 2008 iaitu Tasik Kenyir dan juga sebuah bandar di bawahnya iaitu Kuala Berang.

Daerah yang kecil memerlukan projek yang berganda ganda jumlahnya bagi memastikan pembangunannya yang kononnya dirancang tidak terbantut ditengah jalan. Baru ini keluar kenyataan daripada Orang Besar mengenai peruntukan kepada projek kawasan luar bandar yang berjumlah bilion bilion. Alhamdulillah yang mampu diucapkan.

Tetapi malangnya projek yang sampai ke Kuala Berang dan Hulu Terengganu amnya adalah projek yang sia sia. Ada juga projek yang sampai ke daerah besar ini berguna dan bermanfaat. Tetapi kebanyakan yang sampai adalah projek yang pelik pelik. Penulis katakan pelik kerana seolah olah Daerah ini sudah sakit kepala untuk memikirkan projek apa yang perlu dilaksanakan walhal banyak lagi sepatutnya pembangunan dijalankan tetapi tidak nampaknya.

Banyak projek yang bertindan dengan projek Kerajaan Persekutuan. Projek ini cuma hidup untuk mungkin satu atau dua tahun sahaja dan selepas itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek jangka masa panjang termasuklah lebuhraya Pantai Timur dan juga pembesaran jalan kepada empat lorong.

Duit banyak tetapi kenapa dibazirkan. Kalau Hulu Terengganu macam Kuala Lumpur, ini bukan lagi persoalan kerana kontraktor juga perlu diberikan projek...Hulu Terengganu...

Monday, December 1, 2008

AWAS! AIR HUJAN DI TERENGGANU TAJAM!

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini, Terengganu serta negeri pantai timur yang lain-Kelantan dan Pahang telah dilanda angin monsun timur laut. Walaupun sedikit lambat daripada biasa, tapi nampaknya telah berjaya menenggelamkan beberapa tempat termasuk di tempat penulis sendiri di Hulu Terengganu. Antara kawasan yang dilanda banjir termasuklah Bukit Kolam dan Kampung Kepah. Dilaporkan juga di sekitar kawasan rumah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor juga digenangi air dan satu ketika tidak dapat dilalui oleh kereta. Bas dan Lori masih boleh melalui kawasan tersebut. Satu kampung rakan penulis diberitakan bahawa rumah beliau juga telah dinaiki air setelah hampir 40 tahun tidak dinaiki air.

2008 Bukan sahaja menyaksikan tragedi aneh itu, tetapi juga air hujan yang dibawa sekali bersama sama. Air hujan yang melanda pada tahun ini keadaan fizikalnya sangat tajam. Penulis tidak pasti bagaimana agaknya titis air hujan pada tahun 2008 khususnya musim banjir pada tahun ini secara teliti. Tetapi yang pasti, air hujan ini telah berjaya membuatkan jalan jalan di Terengganu khususnya di kawasan Hulu Terengganu tumbuh jerawat batu. Banyak lompang lompang di sana sini. Kalau tanah tidak menjadi hairan tetapi juga kepada kawasan jalan yang disaluti dengan tar. Memang tajam air hujan pada tahun ini.

Penulis kagum dengan penduduk Terengganu yang bermain hujan kerana tidak tembus dengan air hujan yang sungguh tajam ini. Begitu juga dengan kenderaan khususnya kereta dan bas yang lansung tidak tembus apabila langit mencurahkan airnya. Tar boleh tembus, manusia dan kenderaan tidak tembus. Memang penulis boleh katakan bahawa manusia dan kenderaan di Terengganu memang hebat sebab tidak tembus dek air hujan berbanding dengan tar jalan yang lompang merata rata tempat disebabkan tragedi hujan.

Sunday, November 30, 2008

LAPORAN POLIS-SATU KEPERLUAN

Apabila berlaku satu kecurian kepada anda, apakah yang akan anda lakukan? Ada yang akan melaporkan kepada pihak polis mengenai kecurian terbabit dan ada juga yang tutup sebelah mata sahaja mengenai perkara tersebut.

Bagi penulis, walaupun seulas rantai, laporan polis harus dilakukan demi kebaikan bersama. Sekiranya barangan yang kita selalu guna juga di ambil orang, kita perlu melaporkan kepada pihak polis.

Sekiranya seorang tidak melaporkan kecurian kerana tidak mahu mempebesarkannya, maka pencuri tersebut akan menjadi semakin berani. Ini kerana pihak berkuasa khususnya Polis tidak mendapat maklumat kawasan yang sering berlaku kejadian curi dan rompak. Entah berapa ramai yang tidak melaporkan kepada pihak polis mengenai kejadian mencuri dan entah berapa banyak agaknya kecurian secara kecil kecilan yang bebas kerana tiada maklumat yang sampai kepada pihak polis.

Diharapkan masyarakan dapat mengubah tabiat ini dan melaporkan apa sahaja kecurian agar pihak berwajib berwaspada dan sedar betapa seriusnya perkara ini. Siapa tahu mungkin dalam satu kawasan perumahan terdapat 7 hingga 10 kes kecurian yang tidak dilaporkan dan polis tidak mengambil inisiatif meronda kerana tidak tahu wujudnya kes mencuri yang semakin meningkat.

OBAMA-IRAN, IRAQ DAN PALESTIN-SATU DILEMA

Pengundi di negara Uncle Sam telah memilih Barack Obama sebagai Presiden mereka. Ini bermakna, Januari nanti, dalam sejarah tercatit seorang kulit hitam telah menjadi orang paling berkuasa dan berpengaruh dalam dunia. Dunia islam sentiasa berada di dalam dilema kerana pemilihan presiden amerika, calon calonnya adalah ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapa.

Memilih Obama bermakna kita meminggirkan rakan kita di Palestin. Ternyata Obama merupakan seorang yang pro Israel dan beliau ternyata memihak Rejim Zionis dalam isu dengan Palestin. Orang pertama yang beliau lantik adalah seorang keturunan Yahudi yang akan bertindak sebagai ketua bermula Januari 2009.

Memilih Obama juga menyaksikan pelan pengunduran askar penceroboh di Iraq. Negara yang diserang oleh bakal mantan presiden untuk minyaknya akan menyaksikan penarikan secara beransur ansur sehingga tahun 2010 dan berkemungkinan berlanjutan sehingga 2011. Obama telah menyatakan yang beliau tidak akan bertolak ansur dengan Iran kerana dasarnya yang protective kepada Israel yang merupakan musuh ketat negara pimpinan Ahmadinejad.

McCain yang telah tewas pula menyaksikan pelannya yang menyokong Palestin dan menyokong penguduran Israel dari Tebing Gaja tidak berjaya. Rancangannya untuk mengekalkan askar Amerika di negara teluk tersebut juga hanya tinggal mimpi kosong semata mata. Malah beliau mengambil sikap berkecuali dalam isu Iran dan lebih kepada kaedah diplomatik sahaja.

Pi mai pi mai tang tu...

Friday, November 21, 2008

PROTON VS GENERAL MOTOR-EDISI TERKINI

Baru baru ini, tiga Maha Gergasi sektor automotif kuasa ekonomi dunia telah meminta pertolongan daripada kerajaan Mr Sheriff untuk menyelamatkan syarikat masing masing daripada bankrap dan menghadapi kemelesetan.

Syarikat ini meminta daripada bakal presiden terbaru mereka iaitu Obama untuk menolong mereka menjalankan perniagaan mereka. Setakat mana pertolongan dan bantuan yang akan turun tidak diketahui lagi. Tetapi diberitakan juga semasa perbincangan antara bakal presiden dan bakal bekas presiden amerika adalah bantuan untuk menyelamatkan sektor automotif negara Uncle Sam tersebut.

Semakin berbangga dengan Proton kerana sepanjang pengetahuan penulis, belum lagi menerima khabar angin yang meminta bantuan kewangan daripada Kerajaan Malaysia. Syabas Proton kerana sentiasa membanggakan rakyat Malaysia.

BESARNYA MOTOSIKAL ZAMAN SEKARANG

Saban tahun, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang tertinggi kepada kemalangan jalan raya. Dan setiap tahun jugalah setiap kali apa sahaja operasi di adakan, penunggang dan pembonceng motosikal adalah sumber kepada pendapatan mereka yang membuat keranda khususnya untuk kecelakaan jalan raya atau di mana sahaja terutamanya di Malaysia.

Zaman yang serba baru ini telah menjadikan motosikal bukan sahaja menjadi canggih tapi juga menjadikan ia semakin besar hari demi hari. Malah sekiranya diperhatikan betul betul fenomena sekarang, motosikal adalah sama besar dengan kereta. Malah kadang kadang ada yang menyamai sebuah bas mahupun lori treller.

Motosikal ini menjadi terlalu besar sehinggakan untuk memintas mereka memerlukan satu ruang yang agak besar. Apabila sebuah kereta berada di belakang motosikal, maka kereta tersebut memerlukan ruang sebelah kanan untuk memotong motosikal tersebut. Sekiranya terdapat kenderaan daripada hadapan, kenderaan di belakang tidak dapat memotong motosikal khususnya motosikal zaman sekarang yang terlalu besar.

Ada juga motosikal moden ini yang kecil sahaja fizikalnya dan mengekalkan rupa bentuknya seperti yang asal dan tidak bertukar menjadi terlalu besar apabila berada di atas jalan raya. Mereka yang berkunjung ke Terengganu khususnya perlulah sedar yang motosikal di Terengganu, semuanya besar besar. Untung orang Terengganu untuk mereka yang membeli motosikal kerana membeli kenderaan kecil tetapi boleh bertukar menjadi besar. Berlawanan dengan segelintir pembeli kereta di Terengganu yang malang kerana termasuk dalam pakej pembelian kereta, lampu signal. Kerana lampu signal itu lansung tidak berguna...

Wednesday, November 19, 2008

TAYAR KERETA SORONG UNTUK MOTOKAR

Sektor automotif telah menyerlahkan lagi nama Malaysia ke pentas dunia dengan membawa jenama Proton. Proton telah membawa nama Malaysia ke mana mana sahaja. Pernah terlihat dalam cerita komedi Mr Bean, Proton Iswara. Tahniah diucapkan di atas semua kegemilangan yang telah ditempuhi dan akan ditempuhi dengan penuh gemilang.

Tayar merupakan sebuah komponen yang penting dalam menggerakkan sesebuah kenderaan. Tayar yang bocor boleh menyebabkan satu kemalangan yang dasyat sekiranya berada dalam kelajuan yang tinggi. Bagaimana sekiranya tayar ganti yang dibekalkan oleh pembekal kereta adalah saiz tayar kereta sorong. Bagaimana sekiranya kereta tersebut mengalami kebocoran di tengah tengah kawasan yang ternyata jauh daripada kawasan tempat pembaikan kereta?

Memang benar tayar tersebut hanya untuk kegunaan sementara, tetapi bagaimana kita hendak mengetahui yang ia tidak akan bocor di tempat terpencil. Selamatkah kita dengan tayar sebesar tayar kereta sorong untuk membawa orang tersayang. Adakah kita mengambil langkah ke belakang...

Saturday, November 15, 2008

BUDOK ULU MENJADI PELIK PELIK

Banyak udang, banyak garamnya. Banyak orang banyak ragamnya. Nampak gayanya penulis telah ketinggalan bas sekiranya dilihat daripada kemajuan sikap dan ragam tempat penulis, kobrang. Ejaan betulnya adalah Kuala Berang, daerah Hulu Terengganu. Tapi orang Terengganu tidak pernah sebut benda tu. Khususnya orang Kuala Berang. Bila disebut Kuala Berang, pendeknaya Kobrang dan ada singkatan baru-Quber. Manakala Terengganu pula disebut Teranung. Orang Teranung bukan sahaja menambahkan G tetapi juga mengerat sesetengah perkataan.

Bukan sahaja bahasa yang menjadi perhatian tetapi juga perangai dan juga perlakuan orang Ulu sekarang ini. Ramai yang penulis nampak sama ada secara terang atau kabur, ramai golongan lelaki ulu teranung memakai subang. Pembetulan...Bukan memakai subang anting anting tetapi pin baju. Ya, PIN BAJU...

Hebat ke kalau seseorang itu memakai pin baju di telinganya. Cakap Ulu bersempah sempah. Majulah kot sepatah dua. Maju dalam bahagian memekapkan diri masing masing. Penulis sekali lagi ketinggalan bas. Kalau ikut zaman sekarang ini, bukan sahaja ketinggalan bas, malah lori pun penulis tertinggal. Mungkin lelaki dan pandai bermekap dan pin baju di telinga itu adalah aksesori tambahan bagi lelaki masa kini.

Sekiranya itu adalah aksesori lelaki zaman ini, maka penulis rela menjadi lelaki zaman dahulu kala. Penulis sebenarnya takut dengan jarum. Penulis tabik hormat kat mereka yang slamber je letak pin baju kat telinga kerana terpaksa bertindik. Macam sama je dengan perempuan mereka yang bertindik ini...tapi...Perempuan memakai anting anting..nampak lawa juga...Lelaki...Tidak tahu nak kata apa apa selain sekadar senyum sahaja...

PENURUNAN PRESTASI PELAJAR ULU TERANUNG

Terlebih dahulu, tahniah penulis ucapkan kepada yang berjaya dan tidak berjaya di dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Yang berjaya kerana telah mengangkat satu lagi tahap anda dan pencapaian peribadi manakan sekalung tahniah kerana berani mencuba dan tidak lari dari cabaran hidup di dunia yang tidak kekal abadi ini.

Penulis mengenali beberapa kerat pelajar dari sekolah rendah hingga mereka meningkat dewasa sehingga menamatkan zaman persekolahan formal iaitu tingkatan lima. Tingkatan enam tidak menjadi wajib, cuma menjadi satu opsyen kepada pelajar untuk naik lagi satu tingkat ke hadapan. UPSR bukanlah penamaat kepada segalanya. Malah pembelajaran secara ilmiah tertinggi bukan lagi penghabisan kepada proses pembelajaran seseorang manusia. Manusia belajar sejak dari lahir (malah ada yang mengatakan sejak dari dalam rahim ibunya) sehingga saat kematian. Sekiranya si mati adalah penganut agama islam, maka pelajaran terakhir yang akan dibisikkan ke telinganya adalah kalimah syahadah.

Persoalannya yang hanya boleh dijawab pelajar ulu teranung sahaja-Mengapa kebanyakkan dari kamu semua semakin menurun kuliti hidup. Sekurang kurangnya dari titik A-UPSR ke Titik B-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mengapa mereka yang mendapat 5A diperingkat UPSR tidak mendapat walaupun 1A pun di tahap SPM. Adakah mereka ini semakin tidak cerdik? Orang kata orang yang hidup lama, banyaklah benda yang dipelajarinya. Banyaklah asam dan ragam yang dipelihatkannya. Mengapa perkara ini berlaku saban tahun sehinggakan ada yang menjadi anak muda yang rosak dan hanyut di pentas dunia rekaan mereka sendiri. Sedihnya...Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Siapakah yang harus dipersalahkan? Pelajar? Ibubapa? Guru? Ataupun masyarakat? Menunding jari kepada mana mana pihak memang mudah, tapi akhirnya tiada penyelesaian konkrit yang diperolehi untuk menyelesaikannya secara jangka panjang. Sekurang kurangnya, mereka ini masih dapat menjadi penerus kepada kecemerlangan semasa peringkat budak budak sekolah rendah.

Mereka menjadi semakin kurang ajar apabila menjadi orang dewasa. Nampak gayanya, begitulah tradisi budak budak sekolah menengah di teranung yang akhirnya memakan diri sendiri. Pepatah melayu seperti "Adat resam padi, semakin tunduk, semakin berisi". Semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak dirosakkan. Semua ini harus dihentikan sama ada secara mengejut atau beransur ansur.

Tetapi juga harus diingat, mereka yang tidak cemerlang tidak semestinya tidak cemerlang dalam hidup. Kalau ada yang tidak cemerlang dalam akademik tapi cemerlang dalam dalam hidup di dunia dan alam kekal nanti. Banyak contoh-Bill Gates, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari dan Michael Dell. Yang paling kita takuti adalah mereka ini hanyut kedua duanya...

Thursday, November 13, 2008

USAHA TANGGA RUMAH...USAHA TANGGA JAYA

Usaha tangga kejayaan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Betul ke semua pepatah melayu itu atau ada udang di sebalik mee bandung...Satu kejayaan yang datang, berasal daripada usaha yang berterusan. Orang kata, jika tercipta sebuah bangunan yang hebat, arkiteknya diajar oleh seorang guru. Bukan dalam hidup arkitek itu hanya diajar oleh seorang insan bergelar guru tetapi asalnya daripada seorang guru yang mengajar tidak mengenal erti penat dan lelah demi kejayaan anak anak bangsa hingga berjaya di peringkat dunia.

Seseorang itu akan terus berusaha dan memperbaiki diri masing masing dari hari ke hari. Orang lama lama kata, orang yang tidak berubah itu-mati. Matinya manusia apabila tidak lagi bergerak dari satu tempat, ke destinasi yang lain. Dari titik A ke titik B sekurang kurangnya. Manusia itu bergerak menggunakan akal dan fikiran. Fikiran akan mencetuskan idea dan seterusnya merancang cita cita.

Cita cita sememangnya besar. Sekali lagi diperlukan sokongan moral dan fizikal. Segenap sudut sokongan diperlukan demi merealisasikan cita cita yang akhirnya menjadi inspirasi kepada setiap manusia yang mahu berfikir. Usaha akan digerakkan oleh tulang empat kerat manusia. Langkah pertama memang sukar tetapi perlu juga di tempuhi untuk membolehkan insan bergerak 1000 langkah ke hadapan. Langkah demi langkah walaupun perlahan perlu dikekalkan momentumnya supaya tidak termati fikiran.

Ayuh, kita bergerak ke hadapan walaupun untuk satu langkah. Menara Berkembar Petronas tidak terdiri dengan sendirinya. Ada idea dan usaha di belakangnyal. Bergerak dan terus bergerak wahai rakan dan taulan...Hari ini telah ku mulakan satu langkah ke hadapan untuk berlari pada keesokan harinya....

Proton vs General Motor

Kemelesetan ekonomi dunia. Itu adalah berita paling hangat sepanjang tahun ni selain daripada berita berita politik dan juga mainan perasaan yang tidak sudah sudah saban tahun. Sekiranya pada tahun sekitar tahun 1997, 1998 kemelesetan ekonomi paling teruk dirasai oleh negara negara di Asia termasuklah Malaysia. Alhamdulillah, semua itu telah kita harungi dengan jayanya dan semua idea penyelamatan ekonomi Malaysia bumi bertuah ini telah digunapakai pakai oleh semua.

Kemelesetan dunia yang semakin dirasai oleh negara ini juga memerlukan perhatian yang lebih khususnya daripada pihak berkuasa yang merangka dasar. InsyaAllah, kita akan mengharungi zaman ini dengan lebih baik lagi dengan gandingan semua pihak. Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan inteleknya dan semua dasar yang selama ini sememangnya menekankan kepada pendidikan telah membuahkan hasil di mana sahaja kita akan dapat lihat pelbagai perbincangan secara ilmiah mahupun secara semborono diadakan.

Menyentuh mengenai ekonomi dunia juga telah menyaksikan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar telah mengemukakan pelan menyelamat bernilai USD 700 billion. Adakah ini semua akan berhasil dan memperbaiki kerosakan teruk yang berlaku? Media juga melaporkan bahawa syarikat automotif kuasa besar turut mengalami kerosakan yang amat teruk.

Dilaporkan bahawa perbualan bakal bekas presiden dan juga bakal presiden yang baru negara Uncle Sam tersebut telah berbincang mengenai pelan penyelamatan sektor automotif negara terbabit. General Motor. Bukan nama kecil dalam industri pemotoran, tetapi merupakan gergasi dalam industri berbillion wang ini. General Motor dilaporkan akan mendapat suntikan dana daripada kerajaan yang kononnya membenci amalan subsidi ini atas nama 'pasaran bebas'.

Teringat pula kepada negara tercinta ini juga mempunyai industri pemotoran sendiri. Proton. Bagaimana Proton boleh hidup dengan kaki sendiri tanpa bantuan kerajaan pada masa tersebut?
Kawan penulis kata bukan sahaja tetapi mengeluarkan kereta sendiri dari lakaran iaitu Proton Waja. Proton bukan sahaja kebanggan kita tetapi juga kebanggan dunia sebenarnya sebab operasinya tidak memerlukan suntikan dana daripada kerajaan.

Penulis ingin merakamkan sekalung tahniah kepada bekas CEO Proton yang telah meletakkan Proton ke tahap yang tidak perlu ditolong oleh kerajaan dan tidak kerugian walaupun pada zaman gawat. Bravo Tengku Mahaleel Tengku Ariff...

Friday, November 7, 2008

SOKONGAN MORAL DAN FIZIKAL

Bumi telah menyediakan kepada sang khalifah untuk menentukan nasib yang akan menimpanya. Namun, perlu diingat bahawa setiap yang terjadi, berlaku dengan izinNya. Kita sebagai manusia hanya mampu berserah dan serahkan yang selebihnya kepada Yang Maha Berkuasa atau ramai yang kata ketentuan alam. Berserah sebelum membuat sesuatu seolah olah membunuh diri dengan sepenuh jiwa dan raga.

Masa selalu membataskan manusia untuk membuat sesuatu. Jika manusia tidak bersaing dengan masa, maka 'kayalah' manusia. Paling terikat dengan ajal dan maut. Masa yang singkat juga membataskan manusia sama ada untuk memberikan sama ada sokongan moral atau fizikal.

Ada hidup berkawan, susah senang dihadapi bersama. Ada juga rakan yang hanya muncul apabila kepentingan diri melebihi daripada erti berkawan yang lebih mulia. Rakan ada pelbagai ragam dan rupa. Ada yang hanya menolong pada waktu senang lenang mengulit diri dan ada juga yang menempuh onak duri bersama. "You jump, I jump"....

Biarkan si Luncai terjun dengan labu labunya. Busuknya rakan yang berfikiran sedemikian. Malangnya nasib mereka yang tidak tahu erti persahabatan yang sebenar. Kadang kadang, kita terpaksa dan hanya mampu memberikan sokongan moral semata mata. Kadang kadang juga, kita hanya dapat memberikan sokongan secara fizikal sahaja dan moralnya tidak ada. Ada juga yang ditafsirkan sebagai sokongan membawa rebah. Buatlah apa sahaja-SOKONG!

Sokongan sama ada secara moral mahupun fizikal penting kepada rakan rakan kita yang selalu berusaha untuk membuat yang terbaik. Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan mencurah di tengahhari". Seelok mana pun perancangan yang dilakukan, apabila tiba masa yang ditetapkan, biasa berlaku sesuatu yang memang tidak kita ingini. Sebab itu sokongan moral itu perlu. Mereka yang berusaha akan mencapai tahap kehabisan dan sokongan moral yang akan membantu supaya dapat pulih dengan cepat. "Hendak kecewa tidak apa, tetapi selepas itu kena cepat cepat pulih semangat kembali"-Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

KELAM KABUT

Hidup di atas dunia yang penuh pancaroba memerlukan sesorang itu mengatur hidupnya supaya menjadi lebih baik dari hari ke hari. Bumi yang dikatakan kejam ini juga menghamparkan dataran yang amat luas untuk setiap orang mencorakkan apa yang akan berlaku setiap ini di mana sahaja mahluk bernama manusia berada. Sang Pencipta telah memberikan kepada setiap manusia yang indah ini akal dan fikiran dengan harapan mereka akan menjadi lebih baik daripada satu lagi makhluk yang digelar binatang.

Akal yang ada perlulah diisi dengan pelbagai makanan dan minuman yang berzat dan juga asli sumbernya supaya tidak berlaku kecelaruan fikiran pada masa akan datang. Santapan manusia ini boleh terjadi pada bila bila masa sahaja termasuklah pada waktu tidur. Waktu tidur pun manusia belajar ke? Tidak letih ke makhluk bernama manusia ini? Hairan hairan. Sekian waktu manusia juga mencuba dan melatih diri masing masing supaya menjadi lebih hebat antara satu sama lain.

Persaingan merupakan sifat manusia yang akan menjadikan satu satunya makhluk bumi yang dikurniakan akal ini bertukar daripada sebuah kain putih kepada sebuah sutera yang membolehkan si pemakai bergaya dan imejnya tinggi di kalangan yang lain. Manusia bukan sahaja akan bersaing dengan sesama manusia tetapi juga dengan makhluk yang lain termasuklah binatang yang lansung tidak ada akal dan fikiran. Di mana letaknya akal fikiran makhluk terpilih ini?

Seandainya seekor burung helang mendepakan sayapnya untuk membelah angkasaraya, manusia pula memotong awan biru dengan satu lagi ciptaan yang bahasa melayunya kapal terbang. Ada juga helikopter yang lebih kepada merayau-merayau di udara seolah olah seperti lalat yang begitu banyaknya di bumi ini. Manusia memang hebat dan pujian kepada Maha Pencipta untuk makhluk bumi bernama manusia.

Otak pun ada. Bahasa kasarnya yang sering diperkatakan oleh orang tertentu yang biasanya berada di situasi marah-kepada otak pun ada. Adakah manusia berhak ke atas otak yang ada 'special edition' bersama sama dengan akal fikiran ini secara total? Jika seorang manusia yang amat pintar akalnya hidup bersama sama dengan manusia yang kurang sedikit akalnya, salahkah manusia itu menjadi terlalu pintar sedangkan rakannya tidak sedemikian rupa? Jika manusia yang lebih itu tidak menolong rakannya yang lain, adilkah itu kepada manusia yang lain? Orang ramai kata, tepuk dada, tanyalah hati. Tetapi ada juga si polan kata, ikut hati membawa mati...

Tuesday, October 21, 2008

LALUAN MEMOTONG DI TERENGGANU SEBELAH KIRI

Hari raya Aidilfitri telah berlalu. Bermacam perkara berlaku setiap hari. Dengan Ops Sikapnya dan bermacam macam lagi. Terengganu pada tahun ini menyaksikan Penulis mencatat sejarah sebagai perjalanan terpanjang pernah penulis lalui sepanjang hayat lewat 20 an.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit perjalan bertukar menjadi satu jam perjalanan lamanya. Indahnya perjalanan itu dengan pelbagai kerenah ragam manusia. Indah kepada penulis yang hanya menjadi kelendan kepada rakan bloggers menuju satu jemputan ke rumah rakan sepersatuan. Perit dan sesal mendakap hati si pemandu yang terpaksa beratur panjang untuk meredahi sesuatu perjalanan. Berapa lama agaknya masa yang terpaksa diperuntukkan oleh seorang pemandu dari kawasan Pantai Timur untuk memasuki ibu negara?

Semua telah selesai nampaknya untuk Aidilfitri 2008. Namun itu cuma sebabak kerana akan akan ada lagi Aidiladha dan juga Deepavali serta Krismas yang akan kunjung tiba tidak lama lagi. Kalau di negara lain, kita cuma akan dapat meraikan satu hari tertentu sahaja. Namun, di Malaysia, kita dapat meraikan bersama sama keunikan dan keharmonian berbilang bangsa, kaum serta adat resam yang bertapak di bumi bertuah ini.

Pelik tapi benar. Penulis juga mendapati, semasa sambutan Hari Raya Aidilifitri 1428H, telah mengajar penulis untuk memotong barisan sebelah kiri. Bukan bahagian kiri yang menjadi kaki lima seperti iklan sebuah televisyen swasta yang kini rancak disiarkan. Bagi jalan yang memiliki dua lorong pada sesebelah bahagian, secara rasminya seperti yang diajar oleh Sekolah Memandum, lorong memotong adalah sebelah kanan. Manakala sebelah kiri sekiranya kenderaan kita tidak memotong. Bukannya memotong sebelah kiri. Tetapi agaknya bagi segelintir pemandu Terengganu, ajarannya adalah memotong disebelah kiri dan sebelah kanan adalah laluan yang penulis gelarkan sebagai laluan orang yang sedang 'honeymoon'.

Sekiranya sesiapa daripada anda datang ke Terengganu, sila berhati hati dalam pemanduan anda kerana terdapat segelintir pemandu dalam keadaan kerugian. Apabila anda membeli sebuah kereta, secara asasnya lampu signal akan diberikan secara pakej menyeluruh sebuah kereta yang sempurna pembuatannya. Tetapi ada pemandu di Terengganu yang 'kehilangan' signal kereta mereka. Mereka akan membelok dimana sahaja yang mereka ingini dan ingat, jangan dimarahi kerana lampu signal mereka hilang. Mungkin mereka ini patut membuat tawaran semasa membeli kereta tersebut untuk membuang signal yang ada pada kereta kerana ternyata mereka tidak menggunakannya. Dalam iklan sebuah pembuat kereta pun ada menasihatkan supaya membuang perkara yang tidak berguna di dalam kereta kerana itu akan menyumbang kepada penggunaan minyak yang menjimatkan.

sekiranya penulis dibenarkan dan ada kuasa, penulis nak mengistiharkan laluan memotong kenderaan bagi laluan dua lorong pada satu bahagian adalah di sebelah kiri. Diulangi, sebelah KIRI.

Monday, October 13, 2008

KITAR SEMULA

3R. Pernah dengar, pernah terbaca atau pernah terlintas di fikiran kita apakah yang dimaksudkan dengan 3R? Ada yang akan mengaitkan dengat satu rancangan televisyen yang diterbitkan syarikat swasta satu ketika dahulu. Tapi pada ketika dan waktu ini, penulis ingin membawa minda kita kepada satu program yang telah lama dilaksanakan oleh pihak berkuasa tetapi tidak nampak fizikalnya secara keseluruhan.

Reuse, Reduce dan Recycle. Entah mengapa secara kebetulan pada hari ini juga akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Mega telah berbicara mengenai perkara yang sama tetapi lebih mengkhusus kepada kitar semula plastik. Kadang kadang sendiri bingung memikirkan perkara yang telah berlarutan sekian lama sejak berzaman. Seandainya pada satu ketika dahulu, teknologi telah menghadkan untuk kita mengitar semula barang barang yang telah kita pakai. Tetapi hari ini, apakah alasan kita untuk menidakkan semua yang telah sedia ada.

Kitar semula merupakan satu program jangka panjang yang membolehkan barangan yang boleh di gunapakai dikitar semula untuk menghasilkan sesuatu produk. Penulis pernah terbaca mengenai bagaimana sebuah telefon bimbit yang dibuang dalam kuantiti yang banyak boleh menghasilkan jongkong emas. EMAS! Satu komiditi yang amat bernilai dan boleh membawa keuntungan kepada mereka yang terlibat dalam industri terbabit.

Penulis juga terlibat secara lansung dalam industri kitar semula dengan menjadi penjual kepada barangan yang boleh dikitar semula. Penulis telah membuat sedikit duit dengan semua 'sampah' yang telah dijual kepada pembeli yang terdiri daripada wakil wakil kilang kitar semula di dalam negara ini. Kertas dan plastik merupakan dua material utama yang menjadi 'RM' kepada penulis, Orang lain membuang merata rata dan penulis telah mengutipnya di sekitar kawasan kerja dan menjadikan imbuhan kepada penulis.

'Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus'. Maaf dipinta kerana kerajaan sendiri tidak pernah menolong sesama sendiri dalam menjayakan kempen kitar semula. Kerajaan telah mensabotaj kerajaan. Tidak percaya! TIDAK, TIDAK, TIDAK!!! Tetapi itulah realitinya. Kerajaan menghabiskan wang yang banyak dalam kempen Kitar Semula tetapi tidak ada rancangan komprehensif dalam menjadikan ia sebagai realiti.

Satu soalan yang tidak cerdik-Wujud atau tidak tong sampah kitar semula di pejabat kerajaan ?
Hairan kan...'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Wujud atau tidak tong sampah kitar semula di sekolah sekolah dan pejabat sekolah sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ? Tidak ada. Mungkin jawapan ini berbeda bagi sesetengah sekolah tetapi pengalaman penulis dengan sekolah, tidak ada lagi tong sampah berwarna di sekitar kawasan sekolah.

Sekolah merupakan satu persekitaran yang tepat dalam mendidik para pelajar yang akan menjadi generasi akan datang dalam kempen kitar semula. Pelajar boleh digalakkan untuk membuang sampah mereka ke dalam tong sampah kitar semula yang disediakan. Bayangkan betapa banyaknya kuantiti kertas yang digunakan di sekolah yang akhirnya akan dibakar setelah jangka waktu. Entah berapa ribu pokok yang dapat diselamatkan kerana sekolah mengitar semua kertas yang tidak berguna. Tidak terkira bilangan sekolah rendah dan menengah dan tidak terkira bilangan ozon yang dapat di selamatkan oleh mereka yang tidak tahu apa apa ini. Mengapa tidak ada tong sampah kitar semula di setiap sekolah.

Di sekolah, bukan sahaja kertas yang terlalu banyak tetapi juga plastik daripada kantin sekolah. Dengan tong sampah kitar semula yang di sediakan, mungkin yang tinggal dalam tong sampah biasa adalah sisa makanan dan paling cepat penuh adalah tong sampah kitar semula. Tidak salah rasanya jika kita mencuba walaupun terlewat. Pepatah Inggeris berkata-Better late than never.

Selain daripada sekolah rendah dan menengah, satu lagi institusi yang banyak menggunakan kertas adalah IPT sama ada IPTS mahupun IPTA. Ada dikalangan institusi ini yang menggunakan teknologi untuk menghantar tugasan namun jangan diambil mudah bilangan kertas yang akan dibuang setiap tahun oleh sesetiap intitusi. di sini, lagi banyak kertas, plastik dan kaca yang boleh di dapati sama ada di kafeteria mahupun di kelas dan di pejabat sama ada pentadbiran mahupun penguatkuasaan. Tidakkah mereka ini yang bertaraf intelek tidak ingin menyumbang kepada persekitaran yang lebih terkawal dan lebih sihat antara satu sama lain. Mungkin ada sesetengah ipt ini yang mempunyai kursus dan seminar mengenai alam sekitar dan sudah tentu perkataan kitar semula akan di keluarkan. Pupus sudah kah intelek yang berani membawa isu tong kitar semula disetiap bangunan, premis, kolej dan juga kafeteria kerana ini akan membantu kepada kesedaran kendiri yang lebih baik dikalangan siswa dan siswazah yang mempunyai inisiatif sendiri kelak.

Pada satu ketika, perkataan putus asa dan hampa pernah wujud di dalam kepala otak penulis kerana setelah mengumpul sekian lama, tidak ada satu pun tong sampah kitar semula yang berhampiran dengan penulis walaupun dalam daerah yang penulis duduki. Daif bukan. Nampak sangat ketaranya bagaimana tidak kesampaian tong kitar semula ke sesuatu tempat. Patut atau tidak cuma 1 sahaja diletakkan tong sampah kitar semula di kawasan perumahan. Isi rumah di Kuala Lumpur boleh mengeluarkan sampah sepenuh KLCC dalam jangka masa 1 minggu sahaja.

Penyampaian dari segi pengambilan sampah kitar semula ini juga perlu diperbetulkan kerana kita tidak lagi boleh bergantung kepada lori sampah yang lama kerana tong sampah kitar semula berasingan sampahnya. Kadang kadang, ada juga yang tidak pandai membaca dengan membuang mengikut suka hati dalam tong sampah kitar semula. Kasihan. Dah dewasa, masih tidak pandai membaca. Mungkin program 3M itu perlu diperbaharui.

Fikir Dulu Sebelum Buang

Wednesday, October 8, 2008

TERLUPA ATAU SENGAJA MELUPAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Tak tahulah terlambat ataupun tidak, tapi penulis ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Manalah tahu sebab setulus mana pun kita berjuang masih ada yang dengki dan tidak berpuas hati dengan kita.

Aidilfitri 2008 telah di sambut dengan penuh kegembiraan dan sedikit kehampaan. Gembira kerana bertemu ramai saudara dan rakan taulan dan kehampaan kerana tidak dapat menjangkau kesemua keluarga dan sahabat handai dalam waktu yang singkat. Ada cahaya di hujung gua. Penulis masih sempat menunaikan hajat yang tertangguh setelah sekian lama untuk melawat kubur datuk berada di Kampung Banggul Mempelam. Penulis pun telah lupa tahun bila yang terakhir penulis berada di hadapan 'rumah terakhir' datuk dan moyang. Yang pasti, yang terakhir semasa bersama dengan saudara mara melawat kubur datuk dan moyang yang berada di kawasan yang sama.

Al-Fatihah dan tafakur 2 minit untuk mereka yang telah pergi dahulu daripada kita kerana ungkapan mereka yang terdahulu 'Tuhan lebih sayangkan mereka'.

Thursday, September 25, 2008

CABARAN BAYI

Manusia dewasa bermula daripada kehidupan seorang bayi kecil hasil pengkongsian hidup antara seorang lelaki dan perempuan bernama suami isteri. Bayi bab kata orang orang tua, bagai kain putih. Orang tuanya lah yang akan mencorakkan kain putih sama ada di penuhi rona rona hitam mahupun warna warnya kecerian dan kesusilaan yang penuh bermakna dalam menjalani hidup sebagai khalifah di dunia yang terbentang luas.

Penulis sekali lagi telah berpeluang untuk mendukung seorang bayi perempuan milik kenalan yang baru sahaja berumur 8 hari. ' Kain Putih' ini bernama Nur Ain Iqlima. Nama ayahnya pemilik tidak pasti tetapi juga merupakan seorang kenalan kepada penulis. Ibunya berkerja sebagai kerani di sebuah kedai tayar manakala Ayahnya merupakan seorang pekerja am dengan salah sebuah syarikat di tempat penulis.

Menurut kata orang tua tua, bayi ini akan membesar sepanjang sebutir beras sehari. Tidak diketahui setakat mana pembesaran sebesar beras akan berlaku kerana orang dewasa tidak ketara mana pembesarannya dari tahun ke tahun. Lebih lebih lagi bagi mereka yang telah melebihi had tumbesaran. Tetapi ini tidak bermakna orang yang kurus tidak boleh menjadi gemuk dan sebaliknya. Tetapi lebih kepada pembesaran tinggi seseorang manusia.

Penulis baru tersedar bayi yang baru lahir 'berbulu'. Penulis di beritahu bahawa bayi sedikit berbulu kesan daripada dalam rahim ibunya. Bulu ini akan luruh hari demi hari. Menyebut mengenai rahim , terigat kepada janjiNya iaiu rahsia rahim tidak akan terbongkar hingga ke hari kiamat. Itu janji Yang Maha Kuasa.

Bayi memerlukan panduan dan dorongan bukan sahaja daripadan ibu bapanya tetapi juga daripada mereka yang berada di sekitarnya. Persekitaran yang baik akan membentuk insan yang berhati mulia seperti junjungan besar orang Islam, Nabi Muhammad saw. Nabi akhir zaman ini telah di bawa ke kawasan pendalaman untuk di besarkan bukan sahaja akan mendapat yang terbaik dari segi persekitaran tetapi juga yang terbaik dari segi udaranya yang belum lagi tercemar.

Bayi akan menjadi kanak kanak bertukar menjadi budak dan akhirnya menjadi seorang dewasa. Dengan godaan dan juga persekitaran yang semakin mencabar, persoalannya, mampukah kita mencorak anak anak kita ke jalan yang benar. Dunia yang semakin mencabar menjanjikan mereka yang berkeluarga mimpi ngeri. Namun, Yang Maha Berkuasa menjanjikan mereka yang berkeluarga akan sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah. Pernah dengar 'rezeki anak anak'.

Buat semua bayi, selamat menempuh alam penuh dugaan dan pancaroba. Buat Ibu bapa, siapkan anak anak kita dengan pertahanan yang kukuh dalam menghadapi peperangan yang paling besar dalam hidupnya. Berguna atau tidak, ibu bapa yang mencorakkannya.

Selamat berjuang...

Tuesday, September 23, 2008

HALA TUJU

Dalam kehidupan seorang wartawan dan juga penulis, ayat pengenalan adalah yang paling sukar. Ayat permulaan akan memberikan kata pemutus sama ada khalayak akan membaca artikel anda ataupun tidak. Penulis sendiri, sehingga sekarang penulis masih tidak dapat memberikan pendahuluan yang baik. Mungkin penulis tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran kelas penulisan yang telah di ajar oleh guruku Cik Norhayati A.Karim, seorang bekas Ketua Meja Bernama. Terima Kasih Cik. Dengar crite, guruku ini telah pun menghabiskan pembelajaran di Australia.

Penulis beruntung kerana mempunyai serba sedikit latar belakang cara penulisan walaupun tidaklah sekreatif blogers yang lain. Penulis akan cuba memperbaiki diri sendiri dengan membina blog ini dengan tujuan berkongsi pendapat dan maklumat serta saranan yang di perlukan dalam mengisi erti dewasa taktakla semua orang dewasa kebanyakan penuh dengan cacar marba. Penulis cuba mengisi blog ini supaya lebih tearah ke jalan yang seluruh mungkin dan bertepatan dengan gaya penulisan dan arah tuju penulis.

Pannduan hala tuju penting bagi mengurangkan kadar karutan yang berjela panjang tapi tidak pernah ada isi. Kadang kadang, ketakutan menyelubungi diri di sebabkan penulis berada di landasan yang kurang betul. Tujuan asal adalah penulis ingin memperbaiki diri serta berkongsi pengalaman hidup dan coretan akal fikiran sebagai panduan mewarnai kain berwarna yang ada pada penulis.

Hala tuju yang di cari mungkin masih samar namun, perkataan putus asa cuba dilupuskan. Teringat kepada sebuah madah pujangga "Jangan mudah berputus asa kerana kita tidak tahu mungkin ada cahaya disebaliknya". Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin pernah berkata dalam keserabutan, ada peluang untuk berjaya. Sekiranya benar kata usahawan ini, maka setiap kegagalan yang di berikan kepada kita adalah merupakan peluang keemasan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Tidak ada orang yang akan terjun lubang yang sama dalam hidupnya. Mungkin akan jatuh sekali lagi sekiranya lalai menyelubungi diri.

GAGAL. Perkataan paling ramai di takuti namun merupakan kriteria utama dalam pemilihan pekerja dalam Microsoft. Pemiliknya merupakan Orang Paling Kaya di Dunia melepasi Kekayaan Raja Arab Saudi. Bill Gates tahu orang yang pernah melakukan kerosakan iaitu kegagalan dan sanggup lagi mencuba merupakan orang yang terbaik dalam melakukan sesuatu pekerjaan kerana mereka tidak pernah takut untuk mencuba.

Ayuh! Teruskan mencuba untuk gagal mencari hala tuju dalam hidup mahupun hala tuju blogs anda. Percayalah, tidak akan gagal orang yang berusaha dalam hidupnya. Berusaha dan terus Berusaha kerana orang yang berusaha telah dijanjikan ganjaran nikmat kejayaan yang tidak dapat diwakilkan dengan wang ringgit.

Monday, September 22, 2008

PERODUA BUKAN KERETA NASIONAL

Pada satu ketika dahulu sebelum merdeka, ramai orang di Tanah Melayu samada peribumi Melayu mahupun Cina dan India apatah lagi Bangsa Penjajah mengatakan yang orang Tanah Melayu tidak akan dapat berdiri dengan kaki sendiri. Malah ada cakap cakap yang mengatakan orang di Tanah Melayu tidak pandai membuat sesuatu dengan sendiri hatta sebatang jarum sekalipun.

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat di mana Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan dan akhirnya menjadi Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan juga Singapura. Singapura kemudiannya mengambil keputusan keluar dari Bumi Malaysia. Yang tinggal hanyalah Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur yang meliputi Sabah dan Sarawak. Pemimpin silih berganti dari negara yang berasaskan kepada pertanian kepada negara perindustrian.

Dasar perindustrian negara bermula dengan tertubuhnya Perbadanan Industi Berat atau singkatannya HICOM pada tahun 1981. Tolong perbetutulkan tahun seandainya penulis tersilap memberikan fakta. Pembentukan HICOM inilah yang membawa kepada pembentukan industri pembuatan kereta nasional iaitu Perusahaan Otomobil Nasional atau Proton. Pada peringkat awal, Proton hanyalah berfungsi untuk memasang kereta dengan kerjasama Mitsubishi dan hasilnya pada tahun 1985, terhasil 'baby' proton yang pertama iaitu Proton SAGA.

Setelah bertahun lamanya industri kereta tempatan di warnai oleh seorang pemain solo iaitu Proton, pada tahun 1992 telah lahirnya pemain kedua automotif negara iaitu Perusahaan Otomobil Kedua atau singkatannya Perodua. Perodua telah melahirkan 'anaknya' yang pertama iaitu Perodua Kancil. Perodua pada peringkat awal sama dengan Proton iaitu melahirkan anak dengan perkongsian teknologi bersama Daihatsu.

Tetapi malangnya bagi episod sedih sejarah otomotif negara apabila pada tahun 2004 menyaksikan rakan kongsi telah menelan Perodua dengan mengambil saham majoriti. Kini, setelah 6 tahun pengambilan oleh Daihatsu, perodua nampaknya semakin nazak. Bukan kerana sakti tetapi kerana Perodua nampaknya telah menjadi alat kepada Daihatsu untuk menjual kereta Daihatsu dan bukannya baby perodua seperti sebelum ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Perodua telah bersaing dengan sengit hingga mengambil tahta pemain nombor 1 negara dalam kategori Nasional. Nasional kah Perodua yang semata mata hanya membuat kereta tukar lambang Daihatsu? Sejauhmanakah ukuran kepada tahap Nasional sehingga Perodua boleh membawa masuk kenderaan Daihatsu dan ditukar namanya kepada Perodua yang sememangnya bukan dibuat oleh Perodua. Perodua telah melampau batas yang ada dalam dalam semangat membuat kereta dari awal. Perodua telah menipu rakyat Malaysia dengan membuatkan rakyat Malaysia berbangga ada kereta Perodua sedangkan semua itu hanyalah kereta salinan Daihatsu atau Toyota semata mata.

Sampai bila pun seandainya Perodua masih diberikan status nasional, industri otomotif negara tidak akan berkembang sampai bila bila. Kita beruntung mempunyai Proton. Seteruk manapun Proton dikutuk, keretanya adalah buatan anak tempatan dan anak tempatan berhak memperoleh penghargaan yang sewajarnya dari rakyat Malaysia.

Marahkan nyamuk, kelambu di bakar. Penulis amat tidak setuju dan bersedih dengan pemergian Tengku Mahaleel daripada jawatan CEO proton dan kemudian di ambil alih oleh orang 'luar'. Penulis amat meragui tentang keboleh CEO Proton yang baru. Adakah beliu tidak sedar atau sengaja buat baut tidak sedar mengenai pentignya Pembangunan dan Penyelidikan (R & D) dalam pembangunan kereta. Penulis baru teringat bahawa beliau merupakan dari kalangan mereka yang tukar jenama sahaja. Jadi memang beliau tidak faham pentingnya R n D kepada pembangunan kereta Proton.

Seandainya Tengku Mahaleel masih berada di kerusi CEO Proton, rakyat Malaysia tidak lagi menunggu MPV dan SUV kerana semua telah ada dalam perancangan Tengku Mahaleel. Tengku Mahaleel sedar perkara ini. Mengikut daripada sumber industri, memang Tengku Mahaleel telah membuat panduan mengenai perkara ini. Tengku Mahaleel juga sedar mengenai kualiti kereta Proton. TUV, sebuah badan dari German telah di lantik untuk memeriksa semua kereta yang dikeluarkan di kilang Proton Tanjung Malim, dan akan di cop lulus TUV. Itu zaman Tengku Mahaleel. Di mana stiker TUV sekarang. Adakah perkara ini di pandang ringan oleh CEO Proton yang baru...

Di mana silapnya...

Sunday, September 21, 2008

TEORI PENENTUAN TEKNOLOGI


Seorang ahli teori Komunikasi, Marshall McLuhan telah meramalkan dunia menjadi kecil dan rakyat di merata tempat serata dunia akan dapat berhubung dengan lebih mudah pada masa akan datang. Teori ini di kenali sebagai Teori Penentuan Teknologi. Teori ini telah lama di perkenalkan oleh McLuhan sebelum pengenalan komputer apa lagi dengan penemuan internet.

McLuhan juga ada meramalkan yang manusia akan bergantung kepada teknologi yang sedia ada dan manusia tidak akan dapat berkerja tanpa teknologi. Ramai yang akan menyanggah perkara ini. Sebelum perkara ini bertambah serabut, mari kita mengambil satu contoh. Kereta adalah teknologi dan manusia adalah pengguna kereta. Manusia bergantung kepada kereta untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan yang lain kan ada lagi. Mengapa terlalu banyak syarikat di dunia yang mengeluarkan kereta sepanjang tahun seluruh dunia.

Anda ingin bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pada satu ketika, kereta yang anda beli telah kekeringan minyak. Anda tidak dapat bergerak. Sekiranya anda ingin bergerak, anda akan memerlukan kereta. Memang anda mempunyai pilihan untuk ke kawasan yang lain dengan perkara lain tapi hakikatnya, memang anda bergantung kepada kereta anda. Sekali lagi, Marshall McLuhan yang dikatakan telah gila pada zamannya tidak lah segila mana yang diperkatakan cuma beliau telah meneka dengan tepat apa yang akan tejadi pada masa ini.

Unik bukan. Atau sekadar ramalan semata mata.

Saturday, September 20, 2008

BERBUKA PUASA DI PANTAI BATU BUROK

Bulan Ramadan menjanjikan keberkatan dan kenikmatan dalam menjalani ibadah puasa bagi mereka yang beragama Islam. Bagi penganut beragama Islam, puasa di bulan Ramadan merupakan satu perkara yang wajib di lakukan oleh setiap umatnya. Agama agama yang lain juga ada menyuruh penganutnya berpuasa. Penganut Hindu akan berpuasa di malam hari. Kalau tak silap penulis, agama Kristian juga ada puasanya. Cuma cara dan juga amalannya yang berbeza. Rambut sama hitam, hati lain lain.

Penulis baru baru ini telah berpeluang untuk berbuka puasa di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Ini bukanlah kali pertama Penulis berbuka puasa di luar rumah, tetapi telah berkali kali. Penulis berpeluang bersama rakan rakan selepas bertemu dengan sanak saudara yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah, berhampiran pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Bandar Pesisir Pantai.

Begitu ramai sekali pengunjung yang datang ke tempat tersebut demi hajat yang sama, berbuka puasa. Ada yang membawa keluarga, ada yang membawa teman dan ada juga yang membawa bakal isteri dan suami. Penulis tertarik kepada situasi tersebut kerana tidak menyangka sebegitu ramai yang berbuka di Pantai Batu Buruk.

Setelah sekian lama tidak di adakan acara tradisi iaitu Pesta Pantai, pihak berwajib boleh lah mencari idea bagaimana untuk memeriahkan lagi ciptaan Tuhan Yang Maha Esa dengan cara yang lebih baik. Penulis tidak mahu Pantai Batu Buruk menjadi sekadar tempat berbuka puasa mahupun tempat 'pot' orang sedang hangat bercinta dan juga tempat kejadian tidak di ingini, tetapi juga sebagai sebuah tempat riadah yang lebih menarik dan indah...

Wednesday, September 17, 2008

16 September 2008


16 september telah berlalu. Seperti yang lain, penulis juga tertunggu dengan berita paling tergempar dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia iaitu pertukaran kerajaan tanpa pilihanraya. Seingat penulis, cuma 1 kali sahaja di mana kerajaan yang mendapat mandat tidak dapat memerintah iaitu pada tahun 1969. Pada waktu itu, di perintah oleh Majlis Gerakan Negara atau ringkasannya MAGERAN...

Kerajaan mana yang memerintah sekalipun, seharusnya memerintah dengan amanah dan penuh dengan tanggugjawab. Bagi penulis, asalkan negara aman damai, perniagaan dan urusan harian berjalan dengan baik dan tiada hasutan perkauman, penulis boleh hidup. InsyaAllah.

Ramai yang mungkin lupa kerana bukan hari cuti pada setiap 16 September. 16 September merupakan tarikh kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Tanah Melayu dan pembentukan nama baru iaitu Malaysia. Salam Perpaduan buat semua kaum dan bangsa yang ada di bumi bertuah bernama Malaysia. Penulis (berasal dari Semenanjung) telah mengirim pesanan ringkas kepada semua rakan penulis yang berada di Malaysia dengan harapan agar pada masa akan datang terjalin hubungan yang lebih unik antara adik beradik ini, InsyaAllah.

Semoga Malaysia terus aman makmur dan terus maju. Amin.

TERKINI 20 SEPTEMBER 2008

Seharusnya 16 September yang merupakan hari pembentukan Malaysia harus di naikkan kembali semangat pembentukannya dengan pengisian yang lebih bermakna dan lebih menjurus kepada pembentukan Malaysia yang merupakan penyatuan dan pengorbanan orang Sabah dan Sarawak serta rakan dari Semenanjung.

Walaupun ramai yang mencadangkan supaya hari tersebut menjadi hari cuti, penulis lebih suka supaya 16 September tidak menjadi hari cuti. Bukan bermakna penulis tidak bercadang menyambut, tetapi lebih suka seandainya hari tersebut di isi dengan perkara yang lebih bermakna seperti sambutan Hari Guru. Hari Guru tidak pernah dijadikan sebagai hari cuti am, tetapi pada hari tersebut guru dan pelajar tidak mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Yang ada hanyalah program yang menguatkan hubungan antara guru dan pelajar.

Bagi penulis, 16 September harus di sambut dengan cara yang sama. Khususnya di sekolah dan institusi pengajian sama ada awam mahupun swasta. Itu adalah lebih baik daripada menjadi hari cuti am di mana entah ke mana rakyat Malaysia pergi tanpa pengisian yang lebih baik. Dengan menjadikan 16 September seperti 16 Mei akan menjadikan pelajar dan juga guru yang akan menjadi pemimpin pelapis pada masa hadapan lebih faham mengenai perkara pengorbanan mereka yang terdahulu dalam pembentukan Malaysia.

Program program ke arah pembentukan perpaduan perlu dan di perkuatkan lagi pada hari tersebut. Cuma sekadar cadangan, para pelajar boleh mempersembahkan pentomin, cerita, bersajak, bersyair walau apa sahaja medium dalam mengisi wadah yang bernama perpaduan dan pengorbanan. Dengan izin Yang Maha Kuasa, dan juga sedikit demi sedikit, para pelajar akan lebih faham dan erat dengan perkara yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Masa yang akan menentukan segalanya dan tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Seandainya pada peringkat awal pembentukan Malaysia, masih ada syak wasangka sesama penduduk, lama kelamaan, perkara ini semakin di lupakan dan menjadi kebiasaan kepada semua.

kesihatan dan kehidupan

Manusia biasa tidak akan lari daripada menerima kesakitan dalam hidupnya. Sama ada kesakitan itu di tahap kronik mahupun di tahap yang biasa, itu bergantung kepada cara hidup, keturunan dan juga kehendak Yang Maha Kuasa...

Mungkin ada lagi faktor faktor lain yang memungkinkan manusia jatuh sakit. Tetapi yang penting bagi kita manusia, adalah berusaha dan tawakal dengan bersungguh menjaga kesihatan yang di berikan oleh Sang Pencipta...

Kadang kadang disebabkan hal tertentu, sekuatmana pun kita berusaha menjaga kesihatan kita, kita akan berdepan dengan janji Tuhan iaitu MAUT...

Kesakitan yang diberikan kepada sesetengah manusia merupakan satu ujian kepada manusia yang terkena penyakit dan juga kenalan kepada pesakit...pesakit yang terkena penyakit harus bersabar dan berusaha mengubati penyakit dan akhirnya tawakal kepada Yang Maha Berkuasa. Kenalan si pesakit pula seharusnya mengubati jiwa sang pesakit dengan menziarahi pesakit. Tanggungjawab saudara mara dan kenalan untuk melawat pesakit bagi meringankan beban. "Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul".

Tuesday, September 16, 2008

sains dan matematik dalam bahasa inggeris

"tuntulah ilmu sampai ke negara cina"

ilmulah yang akan menentukan nasib sesuatu bangsa dalam memartabatkan bangsanya sama ada di jajah secara fizikal atau total..bahasa ilmu perlu dipelajari...

bab halilintar yang memanah ke bumi-pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris akan di kaji semula...

sains dan matematik telah di kenal pasti oleh kerajaan dalam menentukan hala tuju mana mana pelajar...kerana sains dan matematiklah yang akan menjadikan seseorang itu boleh menjadi arkitek, doktor, jurutera dan lain lain bidang kepakaran khusus...tak percaya...ujian penilaian menengah rendah (PMR) adalah penentu kepada pemilihan kelas sama ada kelas sains, sains tambahan mahupun kelas sastera...kalau di isi borang untuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mahupun ke sekolah tekni mahupun sekolah vokasional, sain dan matematik yang akan menjadi penentu gred seseorang itu layak atau tidak...

sains dan matematik dalam bahasa inggeris...bagi penulis, walaupun ramai ibu bapa dan juga pelajar termasuk pejuang bahasa yang marahkan mengenai dasar ini, kesan jangkan panjang jangan tidak di hiraukan oleh mereka yang menentang...maksud penulis ialah, malaysia akan menuju ke arah sebuah negara maju..kalau mahu kekal sebegini, tidak apa...tetapi malaysia telah mensasarkan 2020 sebagai tahun mencapai status negara maju...maju dari segala genap sudut...

bagaimana seorang melayu ingin menjadi hero di pentas dunia seandainya tidak pandai berbahasa inggeris... bagi penulis, ini adalah kaedah yang terbaik dalam melahirkan bukan sahaja melayu tetapi bangsa malaysia yang hebat di mata dunia...pejuang bahasa mana yang betul betul memperjuangkan bahasa melayu sebagai pengantar...banyak mana buku yang telah di terjemahkan untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, sebanyak manakah buku buku yang lain yang telah di terjemahkan ke dalam bahasa melayu dalam melahirkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu yang disegani?

sebagai anak malaysia yang kurang pandai berbahasa inggeris dan sedih melihat rakan rakan terkial mencari terjemahan bahasa melayu dalam bidang ilmu, saya dengan ini menyatakan pendirian menyokong pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris...full stop...

lintang pukang...

sejak kebelakangan ini, negara kita yang kita selama ini di kongsi bersama selama 51 tahun telah di semarakkan dengan api perkauman. Entah budaya mana yang ingin di cipta atau mahu di cetuskan, tetapi setelah sekian lama kita berkongsi negara ini, perkara ini semakin menjadi jadi...

tetapi memang pelik sebab mereka yang mencetuskan perkara ini bukan di kalangan budak budak mahupun remaja mentah yang sering di belasah akibat tidak pandai membawa diri masing masing, tetapi oleh mereka yang kononnya ingin menjadi ketua kepada mereka yang masih berhingus...

adakah ini wajar di timbulkan setelah sekian lama kita berkongsi rumah yang sama...sama sama mencari rezeki yang halal...sama sama berkongsi kekayaan yang ada di perut bumi merdeka bernama Malaysia...

baik melayu, cina, india, bumiputra sabah dan sarawak, orang asli (baru baru ini di tukar kepada orang asal, ), jangan lah lagi perkara ini di bawa ke muka permainan kanak kanak dan juga remaja yang suci bab kain putih...

rakyat Malaysia harus bersyukur kerana di kurniakan tanah merdeka di mana masing masing mempunyai wakil untuk mencorakkan remaja bernama malaysia ini...tidak kira sama ada yang menyokong pembangkang hatta pro kerajaan sekalipun tidak berhak mengacau kententeraman awam yang dimiliki dan yang akan di tuntut generasi akan datang...

penulis bersyukur sebab di lahirkan di Malaysia...bumi pelbagai kaum, agama dan adat resam...walaupun penulis bukanlah dilahirkan di kawasan pelbagai kaum, namun bersyukur kerana di 'campakkan' ke sabah selama 3 tahun...

SABAH-antara negeri yang paling banyak bangsa dan juga adat resam...agama lagi lah banyak. walaupun orang asal tidak ada, namun masih ada di kalangan sabahan yang tidak mempunyai agama...terutama di kawasan pendalaman...tetapi di sini, itu bukanlah isu utama...mereka yang tinggal bermastautin di sabah akan dapat merasai rasa berkawan, tinggal dan melihat sekiranya mahu adat resam dan juga pencampuran perlbagai bangsa dan keturunan. di sabah, anda akan juga dapat melihat situasi orang cina dan cina bercakap bahasa melayu...manisnya pengalaman di sabah...terima kasih orang sabah, sarawak dan rakan rakan bangsa lain dari melayu yang menerimaku sepanjang berada di sana...termasuklah rakan rakan berbangsa cina yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada penulis dan segala dorongan dan nasihat dari semua...rindukan semua itu...

insyaAllah, malaysia akan menjadi seperti itu pada satu hari nanti...bukan kerana bersahabat dengan bangsa lain dan pandai berbahasa inggeris, kita akan menjadi kurang melayu tetapi hakikatnya, kita akan menjadi bangsa melayu yang di segani rakan dan lawan...

siapa kita yang sebenarnya...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

terlebih dahulu sebelum terlajak kata bersilat membuka kata, adalah elok sekiranya kita mengenali siapa kita yang sebenarnya....

jangan pula kita terlupa dalam menjalani hidup, kita mesti selalu sedar dari mana kita berasal dan tanah mana yang kita junjung...

anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi di pijak milik orang

nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesama kita,
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini,
warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir ke tangan yang lain,
peribumi merintih sendiri

masa depan sunguh kelam,
kan lenyap peritiwa semalam,
tertutup lah hati terkunci mati,
meruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa,
yang akan menentukan bangsa,
bersatu lah hari bersama berbakti,
pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa,
majulah dengan maha perkasa,
janganlah terlalai teruskan usaha,
melayu kan gagah di nusantara, melayu kan gagah di nusantara, melayukan gagah di nusantara...