Thursday, November 26, 2009

BATUK-DILARANG MAKAN BUAH

Kesihatan adalah perkara yang mustahak kepada manusia. Kesihatan yang baik akan mempengaruhi kehidupan seharian seseorang yang bergelar manusia normal. Percaya atau tidak, manusia kurang kesihatan mentalnya diberi keistimewaan oleh Yang Maha Berkuasa untuk tidak sakit kronik sepanjang hayat mereka walaupun kadang kadang kita melihat mereka makan daripada tong sampah.

Itulah keistimewaan kesihatan manusia yang glamer dengan gelaran 'orang gila' yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Penulis ralat kerana tidak dapat meneruskan kegemaran penulis untuk memakan buah buahan. Penulis bukanlah peminat tegar buah buahan. Namun kadang kala ada mari gilanya untuk memakana buah buahan pada satu ketika.

Penulis ingin memakan buah buahan pada waktu yang sama penulis terkena batuk. Orang kata dan orang perubatan berpesan supaya mengelak memakan buah buah semasa batuk sehingga batuk tersebut hilang. Buah buahan adalah baik untuk kesihatan tapi bila kita terkena batuk, kita dilarang memakan buah. Pelik kan. Mungkin ada penjelasan yang baik bagi larangan tersebut.

Yang penting, ketika tidak batuk, buah buahan adalah baik untuk kesihatan manusia. Malah ada yang prihatin untuk membawa buah buahan semasa melawat pesakit di hospital atau di rumah orang yang sakit tersebut. Jangan membawa buah kepada orang yang terkena batuk sudah lah.

Wednesday, November 25, 2009

KEKERAPAN MEMERIKSA E-MAIL

Berapa kerapkah anda memeriksa pesanan elektronik anda atau lebih terkenal atau lebih mudah dengan bahasa mudah disebut iaitu e-mail pada setiap hari? Pada waktu manakah anda memeriksa e-mail anda ini pada awal hari?

Penulis tertanya perkara ini semasa penulis menyaksikan kisah fiksyen Hollywood di mana seorang saintis memberikan e-mail kepada seorang rakannya pada waktu malam dan pesanan itu mengajak mereka bersama sama minum pagi di sebuah restoran ditempat mereka. Bagaimana agaknya mereka ini dapat mengagak yang rakan beliau akan ini akan membaca e-mail tersebut dan mereka dapat membuat temujanji tersebut.

Bagaimanakah agaknya sekiranya rakan beliau tidak membaca e-mail tersebut? Penulis mula berfikir pada waktu manakah agaknya penduduk Malaysia akan mengoptimunkan penggunaan e-mail. Perniagaan antarabangsa telah menggunakan surat elektronik ini dalam sesuatu urusan bagi memudahkan seterusnya menjimatkan bil telefon.

Adakah anda telah memeriksa e-mail anda pada hari ini? Mana tahu seseorang itu mahu bertemu janji dengan anda dan orang itu seorang yang anda telah idamnkan. Persoalannya ialah-telefon lebih cepatkan. Yang penting bagaimana kita tahu untuk menggunakannya secara optimun.

Monday, November 16, 2009

PENGGANTI PLASTIK TIDAK DIBENARKAN MASUK

Pelik. Itu perkataan paling glamor di Malaysia. Nampak macam kelakar tapi itulah realitinya. Kalau sebelum perkataan keluar, segala maki hamun akan menyusul sama ada di hadapan perkataan glamor tersebut ataupun selepas perkataan bintang tersebut.

Sekali lagi Malaysia ku yang menakjubkan ini dicemari dengan perturan pelik pelik. Peraturan dan juga cadangan perlaksanaan sudah cukup indah tapi apabila sampai bab pelaksanaan, hancur sekali lagi. Penulis berbicara mengenai peraturan yang berkait dengan konsep kitar semula.

Antara cadangan yang diberikan untuk menghapuskan plastik yang tidak boleh dikitar semula ini ialah dengan memperkenalkan bag beli belah. Beg ini akan digunakan untuk menggantikan plastik yang digunakan secara meluas oleh pasaraya bagi mengisi barang. Masalah yang dihadapi ialah pasaraya yang mengikuti program terbabit menghalang beg tersebut dibawa masuk untuk membawa barang.

Bagaimana hendak membawa barangan yang dibeli sekiranya pasaraya yang kebetulan menjual beg tersebut melarang pengguna membawa beg tersebut ke dalam pasaraya tersebut. Ramai yang akan mengatakan pengguna boleh menyimpan diluar dan setelah selesai membeli barulah pergi mengambil beg tersebut.

Bagaimana sekiranya tempat menyimpan barang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam pasaraya jauh dari kaunter pembayaran. Bagaimana pula sekiranya tempat penyimpanan barang itu terletak di luar daripada premis perniagaan tersebut.

Niat murni pasaraya telah ada tapi mungkin penyampaian kepada pengawal keselamatan mengenai niat tuan punya pasaraya perlu juga dijelaskan. Komunikasi penting dalam hal seperti ini supaya rancangan yang suci murni itu tidak terjejas.

Sunday, November 15, 2009

KEMUDAHAN ANSURAN RM 50 PEMBELIAN KOMPUTER

Bajet yang dibenatangkan Menteri Kewangan yang baru baru ini memperuntukkan setiap pelajar institut pengajian tinggi akan mendapat kemudahan untuk membeli komputer serta disertakan pakej jalur lebar dengan bayaran serendah RM 50.00 satu bulan. Penulis ucapkan tahniah bagi keberanian kerajaan dalam menyahut soalan penulis kepada mereka yang tidak mempunyai kad kredit tapi ingin memiliki komputer.

Mungkin hanya pelajar sahaja yang mendapat kemudahan ini tapi perlu diingat ia adalah seakan langkah pertama. Setiap langkah panjang perlu bermula dengan langkah pertama. Tapi sayang kerana tiada penerangan jelas mengenainya. Mungkin Kementerian berkenaan boleh menjalankan penerangan sewajarnya.

Penerangan dan penjelasan penting dalam mana mana dasar yang dilaksanakan. Perlu diingat bahawa tanpa penjelasan, perkara yang nampak mengarut akan mendatangkan satu omokan yang tidak benar khususnya di alam maya. Mungkin kerajaan perlu membuang ego yang ada dan memberi penjelasan untuk segala kontroversi yang dicetuskan.

Mungkin tidak semuanya benar dakwaan tersebut tapi penjelasan tetap perlu diberikan. Berbalik kepada peruntukan dan kemudahan kepada pelajar tersebut, mungkin penerangan perlu diberikan kepada pelajar yang diberikan kemudahan tersebut kerana ada pelajar yang tidak tahu mengenai perkara berkenaan.

Indah tapi kalau tiada orang tahu, perkara ini seolah menjadi arkib semata mata. Penjelasan yang wajar perlu dijalankan secepat mungkin demi pelaksanaan yang murni.

STADIUM OH STADIUM

Akhbar hari ini melaporkan kontraktor yang bertanggungjawab dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan dibaik pulih dalam masa terdekat. Penulis hairan mengapa tidak diberikan masa yang tetap. Ingatkan dalam hidup seharian sahaja yang tidak mempunyai masa yang tetap.

Rupanya dah berjangkit kepada masalah negara pun menjadi tidak tetap. Alahai Malaysia. Bagaimana pula dengan kontraktor dan penyiasatan yang dijalankan Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia mengenai runtuhan stadim yang tidak sampai usia 1 tahun tersebut?

Tidak bermaksud mencurigai tapi sekiranya ada titik permulaaan, kenapa tidak disudahkah dengan noktah. Perasaan curiga akah mendatangkan rasa was was dan akan membawa kepada fitnah. Untuk mengelak fitnah adalah satu perkara yang baik dalam agama dan masyarakat. Kerana fitnah, masyarakat berpecah belah.

Semoga pada masa akan datang, perkara memalukan ini tidak berulang kerana sekiranya dilihat kepada spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) semua sedia maklum betapa tingginya permintaan tersebut.

HADIAH NOBEL UNTUK PENJENAYAH PERANG

Sesekali apabila kita terlalu leka dan asyik dengan nikmat dunia, kita terlupa perkara tidak bagus yang berlaku disekeliling kita. Pada bulan Oktober lalu, dunia secara tidak sengaja telah membuat lawak paling menakjubkan diabad ini-hadiah nobel keamanan kepada Barack Obama.

Bagi penulis, perkara ini adalah antara berita yang termasuk dalam lawak antarabangsa. Obama pun boleh menang hadiah keamanan. Mereka yang memberi hadiah keamanan itu terlupa ke beliau adalah presiden Amerika Syarikat. Amerika adalah satu satunya negara yang masih menjajah sehingga sekarang. Siapa kata zaman moden pun tiada penjajah.

Amerika menjadi penjajah dinegara Afghanistan, Iraq dan secara tidak lansung dibeberapa negara arab yang lain. Mereka yang mentadbir negara ini hanya menjadi boneka kepada negara Uncle Sam ini. Si Syerif boleh dihadiahkan dengan hadiah nobel rupanya. Apabila beliau dengan angkuh menyatakan bahawa akan menambah bilangan anggota tentera di negara yang dikurniakan dengan logam hitam tersebut.

Barack Obama adalah pro peperangan dan diberikan hadiah nobel keamanan. Penulis secara peribadi tidak lagi memandang tinggi kepada hadiah nobel. Hadiah Nobel-siapa siapa pun boleh. Mungkin perlu diberikan kepada ketua negara haram kerana berjaya mempertahankan rakyat yang secara tidak lansung adalah penduduk haram. Kenapa tidak. Apa sahaja boleh berlaku kan...

Katakan tidak kepada perang. Perang adalah jenayah. Barack Obama adalah penjenayah perang yang mendapat pingat kerana menyertai perang. Indahnya dunia

Thursday, November 12, 2009

ELEKTRIK UNTUK INTERNET

Beberapa bulan yang lepas, seorang menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal komunikasi telah mengarahkan agensi kerajaan supaya menyiasat mengapa kadar melayari internet sangat tinggi di negara ini. Persoalan pertama penulis-adakah kerajaan baru sedar atau sahaja buat buat tidak sedar. Terima kasih kerana arahan kajian tersebut.

Tidak tahu sejauhmana perkembangan kajian dan adakah hasil kajian akan dihebahkan atau tidak menjadi satu pertanyaan. Kita tunggu sahaja kesudahannya.

Walaupun lambat tapi sekuranya inisiatif untuk mengetahui telah bermula. Satu cadangan kepada menteri tersebut supaya turut memasukkan dalam kajian mengapa satu inovasi mengenai penggunaan elektrik untuk melayari internet. Apakah kesudahan inovasi tersebut dan adakah tangan tangan ghaib cuba menghilangkan inovasi ini.

Inovasi ini adalah cara terpantas bagi kerajaan mengurangkan jurang dalam penembusan internet di setiap kawasan. Setiap rumah mempunyai elektrik dan sudah tentu penjimatan akan dapat berlaku.

Harap perkara baik akan berlaku dari semasa ke semasa.

KERETA SOLAR KOREA-HARAM DIMALAYSIA

Akhbar arus perdana hari ini Khamis 12 november 2009 menyiarkan ekspo perdagangan dari negara Korea dan terpampang gambar kereta solar. Ini memang minat penulis dari dahulu lagi. Tapi...

Indah khabar dari rupa. Itulah hakikat berada diMalaysia. Anda tidak akan berpeluang memiliki kereta solar dari Korea tersebut yang berharga RM40,000.00. Agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan sudah pasti tidak akan meluluskan kereta tersebut.

Masih ingatkah anda kepada skuter solar pertama ciptaan anak Terengganu. Nama skuter tersebut Solarin Turtle. Bos Solarin memberitahu kepada penulis betapa sukarnya untuk beliau memasarkan skuter tersebut di negara ini. Negara asal Solarin Turtle.

Jabatan Pengangkutan Jalan memberi alasan skuter tersebut bersaiz kecil dan tidak laju. Merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Benarkah dakwaan ini.

Malaysia lebih selamat daripada negara Britain dan beberapa negara lain yang membenarkan penjualan solarin Turtle ini. JPJ Malaysia tidak pernah meluluskan skuter solar. Apatah lagi kereta solar yang tidak berpintu dari Korea ini.

Bagi penulis, Kerajaan perlu berhenti bercakap mengenai tenaga alternatif kerana buat masa ini kerajaan bersikap hipokrit. Hipokrit dari segi perlaksanaan. Niat ingin melaksanakan ada tapi Napoleon kecil yang juga agensi kerajaan akan membatalkannya.

Orang kata menghabiskan boreh ajo...

Tuesday, November 10, 2009

PENIPU MANUSIA

Cemerkap. Atau dalam bahasa yang paling mudah yang manusia selalu gunakan adalah tidak keruan. Kadang kadang mencari bahasa yang terbaik bagi diri adalah terlalu sukar. Apatah lagi untuk menilai diri secara jujur.

Apabila hidup terlalu sukar dilalui, kadang kadang manusia lupa yang mereka dikurniakan dengan air mata yang bukan sahaja bertindak sebagai pelengkap kepada drama drama televishen tetapi juga sebenarnya adalah rakan baik kepada manusia. Kumpulan lucky laki yang popular dengan lagu superman menyatakan bahawa air mata itu tanda kelemahan.

Air mata kadang kadang menjadi musuh kerana berlawan dengan egois dan prinsip seseorang. Kita selalu lupa yang kita adalah lemah tapi EGO dengan apa sahaja tongkat yang berada disekeliling kita. Mungkin susah untuk membuang ego seseorang kerana apa persepsi yang telah ada dan direka oleh si pemilik tubuh badan seseorang dalam menangkis maklumat diri yang sebenar.

Menipu mungkin tidak mengapa bagi kelansungan hidup dan ini adalah pegangan sesetengah daripada kita semua. Blur dengan kehidupan membuatkan hari hari yang dilalui panjang rasanya. Atau terseksa dengan apa yang dimiliki dan apa yang dibebani.

HIDUP

Maaf adalah perkataan yang kadang kadang paling sukar untuk dilafaskan dan kadang kala perkataan tersebut seolah menjadi pelacur yang boleh didapati di mana mana tempat dan keadaan sepuas hati. Manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan tetapi pepatah mennyatakan sekiranya seorang itu melakukan kesilapan yang sama berulang kali, orang tersebut adalah bodoh.

Bodoh. Kasar bunyinya tapi kadang kadang itulah yang terjadi kepada penulis. Penulis bukan sahaja membawa gelaran tersebut sepanjang masa tetapi juga bersama sama dengan perkataan gagal. Penulis masih boleh menerima hakikat ini dengan tangan yang terbuka dan hati yang kesal tapi penulis mungkin telah termakan karma kehidupan yang membuatkan penulis bergusti, menari dan tidur bersama sama dengannya.

Alam terus berputar dan penulis terus berjalan dan berjalan sehingga tidak diketahui penghujungnya. Ayat paling baik untuk penulis ialah-setiap orang yang saya jumpa, saya belajar dengannya.

Friday, October 23, 2009



Nur fatin binti rohaimi
8 tahun
bapa: rohaimey bin rohani
ibu : nor letah binti dolah
0172309373
0136798620

semalam anak ahli UMNO cawangan Sungai Pinang Dalam ini telah diculik berhadapan sebuah kedai runcit. Saya merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin agar melaporkan kepada pihak polis sekiranya ternampa budak perempuan ini atau mencurigai individu yang berada berhampiran dengan mangsa.

Penulis berharap budak ini dapat ditemui secepat mungkin dalam keadaan selamat dan sejahtera hendaknya.

Friday, October 9, 2009

CITA CITA ARTIS? FIKIR KEMBALI

Glamor. Mungkin itu perkataan paling tepat bagi menggambarkan keadaan seseorang apabila beliau dikenali sama ada di kaca televishen mahupun di media elektronik. Tetapi setiap glamor yang dicari ada harganya.

Malaysia merupakan negara yang amat prihatin sikapnya. Kita prihatin kepada Indonesia walaupun ada segelintir mereka yang ingin menyerang negara tercinta kita ini. Kita prihatin kepada jiran tetangga kita. Tapi sedikit demi sedikit, keprihatinan mula hilang di kawasan metropolitan. Orang bandarlah katakan.

Menjadi artis adalah perkara paling disukai ketika ini. Kalau dahulu cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ada satu dialog yang menyindir mereka yang menjadikan artis sebagai kerjaya. Tetapi sekarang ini tidak lagi. Malah ramai yang berimpian beristeri atau bersuamikan seorang artis. Glamerlah katakan.

Glamor artis Malaysia ada harganya. Bagi penulis, mereka yang ingin menjadi artis di Malaysia perlu suci sejak dari kecil. Tidak percaya? Contoh ada di sekeliling kita semua. Bagaimana si A dikatakan berfoya foya dan melakukan sesuatu yang tidak patut sedangkang sekiranya A adalah bukan artis, persepsti itu tidak berlaku.

Keluarga mereka juga perlu bersih. Sekiranya anda menjadi artis sebagai karier, pastikan adik beradik anda tidak melakukan sesuatu yang bodoh. Adik A mempunyai seorang teman lelaki dan mereka selalu melakukan posing maut. Media di Malaysia mempunyai hidung yang agak kuat. Tidak lama selepas itu gosip akan keluar menyatakan yang A berposing maut sedangkan sebenarnya itu adalah adik beliau yang kebetulan mempunyai muka yang sama dengan artis terbabit.

Nak jadi artis juga perlu mempunyai diri yang suci dari dosa dari kecil hingga dewasa. A pernah bergambar di kolam renang dengan memakai bikini dan pada waktu tersebut A hanya berusia 10 tahun sebagai contoh, akhirnya akan didedahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. A terpaksa meminta maaf kerana berkelakuan tidak sopan. Kesimpulannya kanak kanak yang memakai bikini adalah tidak sopan khususnya mereka yang berhajat akan menjadi artis.

kesilapan lalu juga akan dikorek sehingga ke lubang cacing. Itu harga menjadi artis. A terpaksa sekali lagi meminta maaf atas kesalahan lampau beliau walaupun pada waktu beliau menjadi artis, perkara itu telah lama beliau tinggalkan dan beliau telah bertaubat tidak akan mengulangi perkara tersebut.

Harga ini terlalu mahal untuk dilakukan. Sekiranya anda tidak bersangkut dengan perkara di atas, cuba lah mencuba menjadi artis. Pesanan penulis, jadilah artis yang tidak sombong dan memberi pengajaran kepada orang lain. Jadilah artis yang penulis boleh belajar darinya.

Tuesday, October 6, 2009

GOLONGAN KEBAL DI TERENGGANU

Betul kata pepatah lama, semakin lama kita hidup dan berjalan melata, semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Kadang kadang kita merasakan yang kita telah mempelajari ataupun mengetahui semunya. Tapi TIDAK! Manusia sebenarnya mengalami proses pembelajaran seumur hidup mereka. Kebanyakan daripada pembelajaran ini adalah tidak formal.

Pelajaran baru yang penulis baru miliki ialah terdapat sesetengah orang di negeri Terengganu 'besar dan kebal' orangnya. Mereka ini masih seperti kebanyakan orang di negeri negeri lain tetapi tidak di Terengganu. Orang Terengganu berkemungkinan mempunyai tulang besi urat dawai. Mereka ini boleh disamakan dengan orang kebal. Penulis sendiri tidak pasti apakah ilmu yang mereka gunakan dan amalkan tetapi yang nyata mereka memang kebal.

Kenderaan kenderaan yang lalu diingatkan supaya berhati hati sekiranya melalui jalan jalan di Terengganu. Penulis tidak dapat membantu dengan mengecam mereka yang memiliki ilmu kebal ini. Tetapi mereka ini boleh dikatakan berada di segenap umur dan peringkat. Tidak mengenal usia muda. Yang muda muda pun ramai yang memiliki ilmu kebal ini. Penulis memang kagum dengan mereka.

Golongan tulang besi urat dawai ini akan berjalan di tepi jalan. Tepi jalan bagi mereka adalah milik mereka. Kenderaan lain akan mengelak golongan kebal ini. Mereka tidak kisah sama ada lori besar mahupun bas yang lalu dihadapan mereka. Mereka yakin dengan kemampuan diri mereka. Golongan ajaib ini akan berjalan beriringan. Pantang bagi mereka berjalan di luar garisan putih tepian jalan. Garisan itu tidak bermakna bagi mereka. Hanya satu garisan biasa sahaja bagi mereka.

Kepada mereka yang akan berkunjung ke Terengganu, AWAS dengan golongan ini. Kenderaan anda tidak dapat menahan mereka. Tulang besi urat dawai tidak akan mengelak kenderaan anda kerana mereka kebal. Maka, anda yang perlu mengelak mereka. Berhati hati di jalan raya.

Saturday, October 3, 2009

BANYAKNYA DUIT

Pepatah lama ada menyatakan jauh berjalan luas pandangan. Penulis boleh dikategorikan sebagai mereka yang pendek berjalan. Jalannya dekat dekat sahaja. Tidak macam orang lain yang jauh pandangannya walaupun jauh lebih tua dari penulis. Penulis sentiasa beringat kepada satu nasihat-setiap orang yang saya temui, saya akan belajar darinya.

Penulis baru tersedar baru baru ini satu fenomena yang baru penulis sedari. Begitu ramai penduduk dunia ini khususnya budak budak sekolah di kawasan penulis tinggal mempunyai telefon bimbit sendiri. Bagaimanakah mereka membelinya?

Penulis tinggal di satu tempat yang boleh dikatakan tidak lah seberapa mewah hidupnya tetapi juga tidaklah sedaif kehidupannya. Persoalan paling susah ialah duit mana yang mereka ambil untuk membeli kredit. Bagaimana pula dengan telefon tersebut? Kebanyakan telefon yang mereka pakai sedikit mahal.

Malah ada harga pasaran yang mencecah ribuan ringgit. Adakah persekitaran penulis telah mula menerima telefon bimbit sebagai satu keperluan hidup? Adakah mereka ini termasuk dalam kajian bahawa manusia tidak dapat lari daripada menggunakan telefon bimbit? Semakian banyak pertanyaan yang tidak dapat penulis jawab.

Bagi penulis, walau apa pun yang terjadi, pendidikan anak anak perlu diutamakan. Jangan disebabkan mereka mempunyai telefon bimbit, pelajaran mereka abaikan atau semakin merosot. Pelajaran sahajalah yang dapat menjamin masa depan mereka. Sama ada tinggi atau tidak bukan persoalan kerana kita akan belajar benda baru setiap hari dalam hidup kita. Manusia tidak sempurna. Mereka akan belajar demi memperbaiki diri masing masing.

Sekali lagi tahniah Marshal McLuhan.

Friday, October 2, 2009

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Akhbar media perdana hari ini melaporkan jiran kita, Inodenesia dilanda gempa bumi mengakibatkan ramai nyawa yang terkorban. Episod sedih ini tidak berhenti di situ apabila rakan dalam ASEAN iaitu Vietnam dan Filipina turut dilanda taufan Ketsana.

Peristiwa ini membuatkan sesiapa sahaja sedikit pilu. Kalau di Indonesia, tidak lain adalah satu rumpun bangsa dengan kita, Bangsa Melayu. Tetapi kali ini lebih meluas agama dan bangsanya. Mudah mudahan kita akan menolong serba sedikit bagi meringankan rakan rakan kita ini.

Mungkin ia adalah satu amaran kepada kita semua supaya tidak becakaran sesama sendiri yang menyaksikan segelintir warga Indonesia cuba menghalau warga Malaysia yang berada dinegara tersebut disebabkan perbalahan mengenai tarian sentet. Mungkin juga sebagai titik pertemuan untuk merapatkan kembali barisan kita.

Negarawan pernah berkata bahawa Malaysia tidak seharusnya menyingkirkan negara jiran dalam memperbaiki kedudukan kita. Oleh sebab itu, kita mempunyai slogan memakmurkan jiran. Diharapkan dari semasa ke semasa perkara ini akan menjadi lebih baik dan bertambah baik hari demi hari.

Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu saudara kita di Indonesia, Filipina dan Vietnam. Diharapkan pihan terbabit boleh menyegerakan nombor akaun bagi membolehkan lebih ramai membuat sumbangan kepada tabung tersebut kerana ketika artikel ini ditulis, belum ada nombor akaun bank yang dipaparkan.

Bersama kita membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Wednesday, September 30, 2009

SKIM ANSURAN KOMPUTER UNTUK GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH

Penulis ingin mencatatkan satu episod yang dilakar dalam riwayat hidup penulis. Penulis telah kehilangan "tangan" penulis. Penulis mungkin merupakan seorang daripada generasi yang tahu sedikit mengenai teknogi dan penulis merupakan antara orang yang termasuk dalam ramalam Marshall McLuhan.

Penulis sedih kerana penulis yang berpendapatan tidak seberapa tidak dapat membeli komputer peribadi yang diingini kerana penulis tidak mempunyai kredit kad. Komputer peribadi pada masa kini bolehlah dianggarkan melebihi RM 1000.00. Tidak dinafikan memang ada yang tidak melebihi not berkenaan tapi alang membeli menang memakai. Bukan berniat tidak baik tetapi pelaburan yang agak banyak bagi penulis memerlukan ketenangan jiwa.

Pada masa ini, komputer hanya dapat dibeli sekiranya anda mempunyai kad kredit. Pilihan lain ialah menjadi ahli ahli koperasi koperasi tertentu. Ataupun anda mengumpul simpanan untuk membeli komputer untuk diri anda. Ataupun membawa duit ke kedai tersebut dan membeli komputer yang diingini. Bagaimana dengan mereka yang berhajat nak membeli komputer tetapi hanyak memiliki gaji bernilai RM 500.00 ke bawah?

Penulis ingin mencadangkan supaya golongan berpendapatan seperti ini iaitu RM1000.00 dan juga ke bawah diberi kelonggaran membuat bayaran ansuran untuk membeli komputer. Dengan syarat mereka membawa surat jaminan dan juga slip gaji beberapa bulan. Dengan ini, episod menang menang dapat diadakan.

Adalah tidak adil bagi mereka yang berpendapatan rendah sekiranya perkara seperti ini terus berleluasa. Tidak guna mempunyai acara hebat dan tawaran seperti PC Fair sekiranya mekanisma pembelian masih membelenggu para pembeli seperti penulis.

Harap ada yang berubah hati membawa mekanisme ini kepada umum.

Tuesday, September 29, 2009

IJAZAH ELEKTRIK SEPARUH MASA TIDAK DITAWARKAN

Tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Begitulah kepentingan ilmu kepada manusia. Manusia belajar satu perkara yang baru boleh dikatakan pada setiap hari. Sama ada sedar ataupun tidak. Formal mahupun tidak formal. Ada kata pujangga mengatakan sekiranya seseorang itu masih tidak bergerak dari hari ke hari-orang itu sudah mati.

Malaysia mempunyai sebegitu banyak institut pengajian tinggi yang berada hampir di seluruh negara. Perancangan sudah bagus. Kerajaan dalam arah melahirkan modal insan. Penulis masih tidak pasti modal insan lagu mana yang ingin dilahirkan. Harap sesuatu yang bagus dapat diusahakan dari semasa memperbaiki yang mana tidak baik.

Penulis hari ini mengesan satu titik kelemahan yang boleh diperbaiki oleh kerajaan dan juga mereka yang menentukan subjek yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi. Seorang manusia hari ini mengadu kepada penulis yang beliau terlalu sukar untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi sekitar pantai timur.

Mungkin beliau tidak mencari dengan lebih baik kos yang dicari. kursus yang beliau ingini ialah ijazah elektrik. Universiti Daru Iman, UiTM yang mempunyai cawangan hampir setiap negeri juga tidak menawarkan kursus tersebut. Berkemungkinan beliau tidak dapat meneruskan niat murni beliau.

Adakah institut pengajian tinggi yang ada terlalu kekurangan pensyarah sehingga tidak dapat menawarkan kursus pengajian separuh masa mahupun pengajian jarak jauh di kawasan pantai timur. Pilihan yang beliau ada sekarang ialah berulang alik ke Kuala Lumpur selama 4 tahun pada hari Sabtu dan Ahad.

MAAF DIHULUR

Maaf kepada semua. Memang agak lama penulis tidak menulis sesuatu di tempat ini. Agak janggal rasanya dalam penulisan pertama setelah lama tidak menulis sesuatu. Maaf sekali lagi penulis minta

Setelah agak lama penulis tidak menulis, memang agak banyak benda yang bermain di dalam kepala penulis. Penulis akan cuba meluahkan kepada blog ini mengenai apa yang sedang difikirkan.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam kepada pengunjung. Terlebih dahulu penulis ingin meminta maaf kerana terlalu lama penulis membiarkan blog ini sepi. Sepi tanpa penulisan terbaru. Sepi tanpa coretan hidup masyarakan setempat. Penulis menganggap semua ini sebagai dugaan hidup.

Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir dan batin kepada semua. Kepada mereka yang berjalan jauh, seperti kata kempen jalan raya-ingatlah orang yang tersayang. Pesanan penulis-banyakkan bersabar. Satu benda yang penulis sendiri susah hendak diperkotakan namun perlu dalam situasi segenting ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Monday, July 20, 2009

MAJLIS PEMBANDARAN KUANTAN VS MAJLIS BANDARARA KUALA TERENGGANU

Baru baru ini penulis berpeluang untuk melihat satu tempat disebelah negeri penulis bersama beberapa kawan dan juga teman. Penulis bersama kenderaan pertama bertolak malam sebelum. Memang perangai kami begitu. Penulis dan juga seorang lagi rakan suka berjalan malam kerana pada waktu malam kami tidak mengantuk.

Pada kebiasaannya pada waktu malam orang akan mengantuk tapi mengikut pengalaman seorang lagi rakan yang akan menjadi 'GPS', waktu siang membuatkan kami lebih mudah mengantuk kerana keadaan cuaca yang agak panas.

Penulis tiba di Teluk Cempedak pada jam dua pagi dan kami 'disambut' oleh seekor kerbau pendek yang berkeliaran mencari makanan di tong sampah berhampiran. Perlu diingat bahawa negeri Pahang berkerja pada hari Jumaat tapi pada jam 3.30 pagi masih ada yang bermain futsal dan juga berkeliaran.

Kebanyakannnya orang muda mudi sama ada bersama pasangan masing masing atau bersama teman. Berlainan di bandar tempat penulis pada hari keesokan berkerja, tidak ramai yang berkeliaran.

Bandar Kuantan juga telah memalukan penulis secara psikologinya kerana Kuantan masih bertaraf Majlis Pembandaran yang jauh lebih maju dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang 'mati' kehidupan malamnya. Kuantan juga menyaksikan bilangan motorsikal yang boleh dibilang dengan jari.


Kuantan memang telah meninggalkan satu kenangan yang manis.

JULAI YANG PENUH PENGERTIAN.

Julai merupakan bulan yang sangat bermakna kepada penulis. Penulis bukan sahaja dilahirkan pada bulan ini malah menyukai bulan Julai (7). Kehidupan penulis banyak dikaitkan dengan nombor 7 secara sengaja atau tidak sengaja.

Tarikh lahir, alamat rumah, dan juga nombor dibelakang kad pengenalan penulis. Mungkin juga penulis sedikit taksub dengan nombor 7 ini. Secara tidak lansung juga penulis telah berkongsi minat dengan mereka yang sama hati dengan penulis termasuklah orang yang penulis kagum cara beliau bercakap dan menjawab soalan.

Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mereka yang lahir pada bulan Julai dengan doa semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan gembira selalu tidak kira di mana kita berada.

Friday, July 10, 2009

KITA TAHU SEMUANYA

Baru baru ini Timbalan Perdana Menteri mengumumkan pada 2012 kerajaan akan menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Penulis tetap dengan pendirian bahawa ppsmi lebih banyak membantu anak bangsa dan juga Bahasa Malaysia itu sendiri. Terbubarnya ppsmi menyebabkan Perdana Menteri terpaksa mencari RM 5 bilion dan juga duit sampingan yang lain.

Terbubarnya ppsmi juga akan menghasilkan kerja kepada 14 ribu yang akan mengajar bahasa Inggeris. Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi menyatakan kerajaan dapat berjimat sebanyak RM 40 juta setahun dengan penghapusan ppsmi.

Adakah beliau terlupa 14 ribu orang itu sekiranya berpendapatan RM 2000 seorang, maka kerajaan akan membayar tambahan RM 28 juta pada setiap bulan dan setahun akan menjangkau RM 336 juta pertahun. Ini tidak termasuk perbelanjaan untuk membeli buku buku sastera Inggeris seperti yang diterangkan oleh Perdana Menteri yang tidak faham mengapa dasar itu diperkenalkan.

Jawapan Perdana Menteri ialah kita akan terus memantapkan bahasa Inggeris. Tujuan sebenar ppsmi ialah membolehkan anak anak kita memahami dan mempelajari perkembangan dalam sains dan matematik yang berperanan besar dalam memajukan sesuatu bangsa.

Penulis tetap dengan pandangan bahawa ppsmi patut diteruskan dan sekiranya anak bangsa sekali lagi ketinggalan, adakah mereka yang membatalkan sanggup menanggung kerosakan dan kehancuran anak bangsa pada masa hadapan.

Monday, June 29, 2009

TENAGA SOLAR UNTUK SEMUA

Penulis terbaca dalam kosmo hari ini menerangkan bagaimana solar membantu penduduk miskin di India menjalani kehidupan yang lebih baik. Baca selanjutnya di sini.

Kos yang dibangunkan di sana boleh dikatakan agak murah berbanding dengan Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Penulis kadang kadang cemburu dengan modal yang boleh dilakukan dinegara lain dalam membangunkan solar.

Bagaimana dengan negara kita? Tidak lama dahulu pernah ada ura ura kononnya ingin membangunkan tenaga boleh diperbaharui. Kerajaan pun boleh juga menjadi hangat hangat tahi ayam rupanya. Tapi sekarang ini kecoh dengan kajian untuk menggunakan tenaga nuklear bagi menggantikan tenaga yang ada sekarang.

Penulis berpendirian, solar adalah lebih baik daripada tenaga nuklear yang lebih berisiko tinggi dan bagaimana tragedi Chernobyl dan jangan kita lupa kesan pengebomanan bom atom pada waktu Perang Dunia ke 2 yang menimpa Hiroshima dan Nagasaki.

Dengan panas dan lembap sepanjang tahun memungkinkan Malaysia memikirkan dengan serius membangunkan tenaga ini dengan sebaik mungkin dan tidak terhad kepada janakuasa elektrik bagi kawasan pendalaman seperti yang berlaku selama ini.

Bayangkan sekiranya semua pejabat Kerajaan mempunyai kuasa alternatif solar dan bagaimana Kerajaan dapat berjimat melaluinya. Orang kata jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

PROTON WAJA "PEMALAS" BARU

Adakah Proton dah terlalu terdesak dengan sekali lagi 'rebadge' kereta Mitsubishi Lancer Gt yang agak popular dalam pengeluaran model baru mereka. Bagus benar ajaran yang diberikan oleh ketua baru pasukan Proton. Baca di sini.

Adakah orang kita telah kembali menjadi malas membuat kajian model baru atau mahukan penjimatan kerana Proton mengalami kerugian kerana membangunkan model baru Exora dan juga Lotus Evora. Harap Proton bawah kepimpinan bijaksana ini dapat mengelakkan lagi dengan kereta tukar bumper dan lambang ini.

Penulis berharap ia bukan model baru Proton pemalas.

BUKU LOG RAKAN BARU

Pada awal minggu ini bermulalah episod baru bagi sesetengah daripada kita dalam hidup mereka dengan kemasukan ke institut pengajian tinggi dan juga institusi pendidikan yang lain. Ramai daripada kalangan mereka ini yang tidak pernah berjauhan dari keluarga masing masing.

Mungkin ramai yang telah mengalami sedikit berjauhan semasa memasuki sekolah berasrama. Namun, kemasukan kali ini sangat berbeza apabila mereka akan berjauhan bagi satu jangka masa yang agak panjang sehinggakan lima atau enam bulan lamanya.

Terdapat segelintir ibu bapa yang menangis memandangkan jarak perjalanan dan juga tempoh yang sedikit panjang berbanding sebelum ini. Anak anak menangis perkara lumrah terutamanya mereka yang rapat dengan mak atau bapa mereka.

Pesanan penulis kepada semua yang memasuki tempat belajar yang baru- belajar bersungguh sungguh dan jangan lupa sediakan satu buku log. Buku log ini perlu diisi dengan data peribadi kawan baru anda.

Dalam jangka masa 3 hingga empat tahun akan datang, perpisahan akan berlaku jua. Ramai yang berkata zaman sekarang ada e-mail, frienster, facebook, twitter sebagai contoh alat perhubungan, namun itu tidak cukup kerana berapa kerat sahaja yang selalu membuka cara perhubungan moden ini selain dari telefon bimbit.

Entah berapa ramai yang bertukar nombor telefon bimbit setelah tamat pembelajaran dan akhirnya terputus hubungan. Adalah diharapkan dengan adanya buku log ini, sedikit sebanyak akan membantu terutamanya alamat dan juga nombor telefon rumah.

Walaupun ada kebarangkalian berpindah rumah, tapi adalah lebih kurang daripada mereka yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah. Salam maju jaya untuk semua.

Wednesday, June 24, 2009

KANAK KANAK HILANG.HARAP DAPAT DISEBARKAN

TERKINI-TELAH SELAMAT DIJUMPAI PADA PAGI INI DENGAN SELAMAT-

NADIA NATASHA 8 TAHUN DAN AHMAD ZAKRY 10 TAHUN TELAH HILANG DARI RUMAH DI SRI PUTRAMAS, JALAN KUCHING, KL PADA 22 JUN 2009. KALI TERAKHIR KANAK-KANAK INI DI LIHAT BERADA DI SEKITAR KAWASAN PUTRAMAS JAM 7 MALAM PADA 22 JUN 2009

SEBARANG MAKLUMAT BOLEH DI SALURKAN KEPADA
PUAN MIZA DI TALIAN 013-3455661

DIHARAPKAN SEMUA RAKAN BLOGGER DAPAT MEMBANTU BAGI MENCARI KANAK-KANAK INI.
TOLONG SEBARKAN

p/s-diambil dari blog bloggers GOMO berserta dengan gambar

Friday, June 19, 2009

KEPUTUSAN KEMASUKAN IPTA TELAH KELUAR

Hari ini mencatatkan satu lagi catatan yang menyaksikan calon calon mereka yang layak ke pusat pengajian tinggi diumumkan dan boleh diperiksa di internet. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai internet? Mungkin menunggu surat seperti biasanya.

Tahniah kepada yang mendapat tempat dan selamat berjaya. Kepada yang tidak berjaya merebut tempat, banyak lagi ruang belajar terbentang luas di negara ini. Tahniah juga kepada anda semua kerana sanggup menghadapi risiko. Seperti kata penulis Billi Lim-Berani Gagal.

Selamat Maju Jaya kepada semua sama ada yang berjaya ataupun tidak.

TARIF CUKAI BARANGAN KOMUNIKASI

Penulis terfikir agaknya berapakah cukai yang dikenakan kepada barangan elektronik yang masuk ke Malaysia. Adakah terlalu tinggi sehinggakan barang di negara sendiri jauh lebih mahal daripada negara jiran.

Sepanjang pengetahuan penulis, selepas Kerajaan melaksanakan Koridor Raya Multimedia (MSC), cukai terhadap barangan elektronik khususnya yang berkaitan dengan komputer telah dihilangkan bagi menggalakkan kemasukan barangan serta menyokong pelaksanaan MSC itu sendiri.

Bagaimana pula dengan gadjet seperti telefon bimbit, kamera digital dan juga kamera video. Penulis agak bengang dengan harga yang ditawarkan di Malaysia yang jauh lebih mahal dari negara jiran. kalau satu dua ribu tidak mengapa, tapi bagaimana dengan separuh harga?

Mungkin gadjet ini tidak termasuk dalam pengecualian cukai barangan berkaitan komputer sebab penulis memang tidak arif. Sekadar bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

KARNIVAL SUKAN DI KUALA BERANG HARI INI!

Karnival Sukan anjuran MILO akan diadakan pada hari ini, Jumaat 19 Jun 2009 di hadapan Dataran Kuala Berang, berhadapan Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu bermula jam 3 petang ini.

Anehnya siapakah agaknya gerangan yang akan mengetahui mengenai perkara ini. Hari Jumaat merupakan hari cuti bagi negeri Terengganu. Apabila diajukan persoalan kepada pegawai yang bertugas, mereka hanya memasang bena pada hari kejadian.

"kita hanya ikut jadual yang diberikan", sambung kakitangan yang bertugas ditempat kejadian.

Rombongan Van Milo dan juga sebuah pacuan empat roda bersama krew bertugas tiba di Kuala Berang pada jam 9.15 pagi dan memulakan pemasangan peralatan permainan. Penulis percaya sekiranya promosi dilakukan lebih awal, mungkin lebih ramai yang akan menyertai satu program yang jarang diadakan di kampung halaman penulis.

Namun, penulis yakin program ini dapat menarik ramai pengunjung dan juga peserta kerana hari ini juga adalah hari giliran bagi Kuala Berang-pasar malam Kuala Berang (walaupun bermula seawal jam 3.30 petang.

TERIMA KASIH PAK MENTERI

Utusan Malaysia hari ini, Jumaat 19 Jun 2009 melaporkan Datuk Seri Dr.Rais Yatim menyatakan Kerajaan tidak bercadang untuk mendaftar bloggers. Beliau yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dilaporkan jawapan beliau kepada seorang ahli parlimen hari ini.

Kebebabasan bersuara yang ada di negara ini tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita semata mata. Kita juga perlu mengambil sedikit kredit mengenai perasaan dan kehendak orang lain dalam kita menyuaran pendapat kita dalam dunia tanpa sempadan ini.

Sekiranya 4th estate disebut sebagai cuba menjadi media yang bertanggungjawab, bagaimana pula dengan bloggers. Sekali lagi diulang, peranan media ke 5 ini akan menjadi lebih besar dan sekiranya dilihat kepada perkembangan akhir akhir ini, perkara ini nampak tidak mustahil walaupun kadar penembusan sambungan internet di negara tercinta ini masih rendah iaitu 23%.

Thursday, June 18, 2009

KEMUNCULAN 5TH ESTATE MENGGUGAT 4TH?

The Old Man baru baru ini menyatakan bahawa 4th estate akan dikalahkan oleh 5th estate dalam sedikit masa sahaja lagi

Bersediakah kita semua...Setiap dari kita bertanggungjawab bagi semua yang kita lakukan...Sebagaimana yang dituntut agama...

Wednesday, June 17, 2009

SURAT LAMBAT SAMPAI

Sejuk perut ibu mengandung apabila mendapat khabar gembira sang anak mendapat tawaran tempat ke pusat pengajian tinggi mahupun sekolah yang berprestij. Tetapi sedikit janggal dan perasaan bercampur baur apabila mendapat tawaran pada bulan Jun.

Janggal dan perasaan bercampur kerana subjek yang telah dipelajari di sekolah sedia ada boleh dikatakan hampir separuh buku telah ditamatkan dan berjalan ke separuh yang terakhir. Bagaimana agaknya pelajar ingin mengejar silibus kandungan sedangkan mereka ditawarkan pada pertengahan tahun.

Adakah berbaloi untuk si pelajar berkorban untuk pergi ke tempat yang diidamkan atau hanya duduk di takat yang lama dan meneruskan perjuangan. Orang kata, sekiranya sebutir belian dikilatkan, namanya tetapi berlian. Tidak kira siapa tukangnya.

Mungkin Kementerian Pelajaran perlu menyelidiki bagaimana tawaran lawak ini boleh berlaku dan sekirnya dapat, dipercepatkan proses tawaran kerana anak anak kita bukan robot yang dapat belajar sesuatu sepantas mungkin dan semua sedia maklum, setiap ilmu yang ingin diperolehi perlu mengalami satu proses yang panjang dan teratur. Persoalannya ialah-teraturkah mereka yang mengatur?

Tuesday, June 16, 2009

LANJUTAN MASA BAGI PERPUSTAKAAN AWAM KUALA BERANG

Tempat jatuh kan lagi dikenang apa lagi tempat bermain. Jauh perjalanan luas pemandangan. Entah berapa lagi agaknya senarai seloka yang boleh disenaraikan bagi memuatkan maksud betapa kita menyukai tempat orang lain, akhirnya kita akan berbalik kepada tempat asal kita. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Perpustakaan merupakan satu tempat yang sering dikunjungi khususnya kepada mereka yang masih belajar. Sekiranya di universiti, ia akan menjadi satu tempat tumpuan ramai apabila musim peperiksaan bermula. Sebelum bermula musim peperiksaan, ia hanya menjadi tempat kepada sesetengah manusia termasuklah couple yang sedang hangat bercinta. Mungkin strategik mungkin sumber ilmu ini.

Perpustakaan Awam Kuala Berang, Terengganu merupakan salah satu tempat yang pernah menjadi tumpuan penulis. Tapi agak hampa kerana bukunya kebanyakannya ketinggalan zaman. Tapi jauh kita berjalan, akhirnya penulis pernah pergi ke satu perpustakaan negeri yang berstatus bandaraya, tapi buku bukunya boleh dikatakan sama tafaf dengan Perpustakaan kampung halaman penulis. Tidak salah sekiranya dikatakan bahawa Kuala Berang adalah jauh lebih baik sekiranya diperhatikan buku bukunya yang memang bertaraf zaman Jurassic.

Tapi penulis paling hampa apabila bukan sahaja perpustaan daerah malah perpustakaan negeri ditutup awal dan hari Jumaat gedung ilmu ini tidak dibuka. Penulis ingin berkongsi bagaimana sebuah perpustakaan negeri yang dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 9 malam. Penulis tertarik dengan waktu operasinya kerana ia membenarkan mereka yang tamat berkerja jam 5 petang mahupun 6 petang sempat untuk pergi meminjam buku buku yang ada.

Alangkah indahnya jika ini berlaku ditempat penulis. Bagaimana modal insan hendak dijana sekiranya gedung ilmu tidak boleh dilanjutkan masa. Adalah lebih baik sekiranya dapat dilanjutkan masa operasi. Mungkin tidak selewat jam 10 malam tapi dilanjutkan dari jam 5 petang pada waktu sekarang. Dan lebih afdal lagi seandainya gedung ini ditambahkan dengan buku buku yang sedikit 'up to date' khususnya buku buku peperiksaan. Ilmu oh ilmu. Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China sekalipun.

Monday, June 15, 2009

STESYEN JANAKUASA TUTUP PINTU

Satu berita yang kurang enak didengari oleh beberapa kaki pancing dan juga pengusaha bot apabila berkuatkuasa 15 Jun ini tidak dibenarkan lagi mengambil penumpang berhampiran Stesyen Janakuasa Sultan Mahmud. Mungkin perkara ini dilakukan atau sebab keselamatan tapi sekiranya disebabkan keselamatan, kenapa tidak diketatkan kawalan keselamatan.

Yang Penting ada situasi menang menang. Mahu tidak mahu, mereka ingin memasuki Taman Negara mahupun menikmati keindahan Tasik Kenyir hanya mempunyai satu tempat masuk- Pengkalan Gawi. Ramai yang membantah tapi suara suara ini hanya bagai nyamuk yang boleh dihalau dan disembur dengan racun seranggan pada bila bila masa sahaja.

Sekiranya kita semua sudah lupa apa erti maksud perbincangan, maka sampailah masa kita menubuhkan sebuah negara kuku besi. Membuat keputusan tanpa ada apa apa perbincangan. Nampaknya mereka yang membuat keputusan dalam hal ini tidak seiring dengan kepimpinan tertinggi negara-rakyat didahulukan...Siapa rakyat?

INFORMASI PROGRAM DAERAH, NEGERI?

Promosi memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu program mendapat hebahan yang sepatutnya. Medium iklan memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini sama ada bagi melariskan sesuatu produk atau mahukan program kita mendapat tempat di hati khalayak sama ada dekat mahupun jauh.

Pernahkah kita terfikir apakah yang berlaku dalam daerah kita dalam seharian. Bagaimanakah agaknya kita ingin mengetahui apakah yang berlaku dikawasan sekitar kita. Bagaimana kita ingin mengetahui satu program ceramah berlaku di kawasan atau daerah kita?

Pernahkah kita terlepas satu perkara yang agak besar terutamanya perkara yang melibatkan orang kesukaan kita? Situasi ini kerap berlaku kepada kita semua kerana kurangnya papan tanda kekal informasi program terkini yang sedang berlaku di kampung,daerah mahupun dalam negeri kita sendiri.

Alangkah baik sekiranya semua program dapat dihimpunkan disatu tempat tumpuan ramai dan senarai program daerah dan negeri diperhatikan dengan dekat. Dengan cara ini, sekurangnya kita tidak ketinggalan program penting di tempat kita sama ada yang dianjurkan oleh swasta mahupun agensi kerajaan.

Dengan adanya 'one stop centre' mengenai kandungan program, adalah satu nafas baru bagi episod perlancongan dalam negeri dan membantu menaikkan kadar pengunjung ke sesuatu program. Benar, tidak semua yang melihat senarai tersebut akan berkunjung tapi lebih ramai yang sedar mengenai 'adanya' program tersebut, maka lebih tinggi kadar pengunjung ke tempat tersebut.

Saturday, June 13, 2009

PETUNJUK KURANG DI LTSM

Penulis berpeluang menjenguk Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Terengganu baru baru ini semasa mengambil ahli keluarga yang baru pulang dari satu perjalanan. Syukur kepada Tuhan, semuanya dalam keadaan selamat. Dalam pada itu teringat pula kepada babak akhir filem Love Actually walaupun tidaklah nampak sangat orang kita berpelukan dan berciuman seperti scene tersebut.

Lapangan Terbang tersebut bagi penulis adalah satu kesilapan. Tetapi politik melebihi segala galanya. Walaupun cerdik tapi nampak kebodohannya. Orang kata cerdik tak boleh nak ikut, bodoh tak boleh di ajar. Lapangan terbang telahpun siap dengan dekorasi seolah bangunan Melayu lama. Bagus sekira dilihat pada bahagian tersebut.

Yang paling ketara kelemahan Lapangan Terbang tersebut ialah kurangnya penanda arah. Satu lapangan terbang yang kecil tapi sekiranya berada didalam tersebut, akan mengalami sedikit blur kerana kekurangan petunjuk petunjuk. Kecil tapi serabut.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sememangnya yang terbesar tetapi alhamdulillah penulis belum sesat lagi di tempat tersebut. Walaupun anda baru pertama kali menjejakkan kaki di lapangan terbang dalam taman tersebut, anda akan merasa senang kerana petunjuk penanda arah yang penuh di merata rata tempat dan tidak perlu bersusah payah bagi mendapatkan sesuatu tempat.

Lapangan terbang tidak dibina setiap hari. Sekiranya dibina, biarlah ia menjadi satu yang terbaik. janganlah kita menjadi bodoh untuk menambah setiap kali peruntukan kerana ingin membesarkannya. KLIA memang satu contoh paling baik. Satu lagi kelemahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang baru ialah tidak ada tempat untuk melihat kapal terbang berlepas dan turun.

Kalau orang Terengganu memang dikata darat tapi seolah menjadi satu keperluan untuk melihat dan satu kepuasan dalam diri melihat orang yang kita sayang berlepas meninggalkan kita. Dan sebenarnya masa berlepas adalah satu seni bagaimana Mr Aero menaikkan badannya dan ekornya terjungkit. Hebat bukan.

Selepas ini, tidak perlulah lagi kita mengulangi kesilapan dengan membodohkan diri kita sama seperti kita melihat Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

TAWARAN HEBAT

Tawaran datang mencurah mencurah untuk penulis pada malam ini apabila mak saudara bertanyakan soalan paling sensitif-kahwin. Tawaran anak dara di seluruh pelusuk negeri ditawarkan supaya penulis berkahwin secepat mungkin.

Terima kasih untuk pertolongan tersebut dan penulis hanya mampu tersenyum sahaja tanpa apa apa balasan. Mungkin sudah sampai masanya untuk penulis mencari pasangan hidup tapi penulis tidak pasti adakah penulis benar benar bersedia untuk mencari nafkah untuk pasangan penulis nanti.

Penulis pernah menyatakan "hanya orang bodoh yang mahukan aku". Siapalah agaknya wanita malang tersebut. Rakan penulis mungkin orang yang paling gembira mendengar berita ini kerana beliau orang paling bersemangat untuk berkahwin secepat mungkin dengan "Cinta".

Penulis mendoakan agar rakan penulis cepat cepat mendapatkan temannya kerana penulis ingin bermain dan bergurau senda dengan anak beliau nanti. Amin...

Jangan tunggu lama lama, nanti lama lama, dia diambil orang...

Friday, June 12, 2009

MASS COMM 1 PENYANGAK 0

Tiga kali hurah untuk satu kejayaan kepada geng Komunikasi seluruh Malaysia dan juga sejarah kewartawanan apabila sirih telah pulang ke gangangnya. Bloggers Datuk 'pahit manis' Ahmad Talib telah diletakkan di Media Prima, Bloggers RockyBru telah diletakkan kembali kepada tempatnya di Malay Mail.

Politik adalah indah dan satu kuasa yang sama ada boleh memusnahkan atau membina dan benar kata pepatah "ada cahaya di hujung terowong"

Tahniah untuk semua dan diharap episod malang tidak lagi berlaku kepada bidang kewartawanan yang dicintai ini. Tidak lupa juga kepada mereka mereka yang selama ini dinafikan kewibawaannya dengan membawa masuk orang luar dari bidang kewartawanan dan mereka yang tidak ada "feel" dalam bidang journalism. Harap perkara yang baik terus berterusan ke satu tahap yang lebih baik dari hari ke hari.

MDHT BILA LAGI?

Bloggers ROckyBru dalam blognya telah menyiarkan bagaimana prihatinnya seorang bertaraf Menteri cuba mendapat kerjasama daripada para bloggers untuk mendapatkan telinga dan mata kepada sang Menteri untuk membuatkan bandaraya Kuala Lumpur sebagai satu bandar yang prihatin. Baca selanjutnya disini dan terima kasih untuk sahabat yang menunjuk ajar.

Ramai Bloggers yang telah turun untuk mendengar taklimat sang Menteri bagaimana hendak mengindahkan lagi bandaraya tersebut. Adalah satu perkara lumrah pada masa ini 'orang besar' berjumpa dengan 'nyamuk' ini seperti yang pernah digelar oleh pemimpin tertinggi negara pada satu masa dahulu. Mungkin mereka sudah sedar betapa kuasa yang ada pada nyamuk ini.

Sekiranya sang Menteri boleh mendengar dan berjumpa dengan sang Menteri, bagaimana pula dengan pentadbiran tempatan tempat penulis mendiami?

Wednesday, June 3, 2009

RAKAN 'KEMUNGKINAN' PROTON FAIL MUFLIS

Akhbar semalam 2 Jun 2009 melaporkan gergasi Automotif General Motor telah menfailkan pengistiharan muflis di Mahkamah Uncle Sam. Proton pula dilaporkan telah mengalami kerugian dan sekiranya menurut kepada Pengarah Urusan Proton, perkara ini terjadi disebabkan Proton telah mengeluarkan wang yang banyak untuk pembangunan Proton Exora dan juga Lotus Evora.

Kalau melihat kepada kenyataan Pengarah Urusan ini, mungkin Proton tidak perlu melakukan pembangunan kereta untuk mengelakkan kerugian. Dan Pengarah Urusan yang sama ini juga pernah menyatakan berkemungkinan untuk berkerjasama dengan syarikan yang telah menfailkan muflis ini.

Bagaimana dengan Proton setelah mebaca laporan tersebut. Adakah hasrat Pengarah Urusan ini akan berterusan. Sekiranya melihat kepada kenyataan beliau, proton berkemungkinan akan meneruskan kerjasama tersebut kerana "kerugian perkara biasa pada waktu ini".

TRIP KE CAMERON HIGHLAND

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah agaknya perkataan paling baik bagi menggambarkan penulis pada ahad baru ini di mana penulis dan juga segerombolan manusia telah bertolak secara tiba tiba dan tanpa dirancang ke Tanah Tinggi Cameron atau lebih glamour dengan nama Cameron Highland.

Perancangan hanya dibuat dalam jangka masa beberapa jam dan gerombolan telah melakukan satu kejutan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin telah dilakukan oleh orang lain tapi tidak bagi segerombolan penulis dan rakan rakan yang lain. Perjalanan telah berlansung dengan menggunakan 4 buah kenderaan- Honda Civic 2.0, Honda City 1.5 Nissan Slphy 2.0 dan juga Nissan Vannete. Dengan kekuatan anggota seramai 18 orang telah meninggalkan kampung halaman pada jam 3 petang.

Cameron Highland telah kami jejaki pada jam 9 malam dan menikmati makan malam beramai ramai di Restoran Cameron Corner Tomyam Seafood. Semua kenderaan selamat sampai ke tempat yang dituju dan kami telah menginap di Puncak Arabella dengan menyewa sebanyak 3 bilik walaupun akhirnya baru kami sedar yang kami hanya cukup untuk menyewa sebanyak 2 bilik sahaja.

Segerombolan bertolak pulang pada petang 1 Jun 2009 dengan kenangan manis yang akan terus terpahat dalam hati kami semua termasuklah penulis. Senyuman dan layanan mesra penduduk Cameron yang sentiasa terpahat di bibir mereka akan kami ingati. Tidak lupa kepada senyuman manis pekerja Restoran Cameron Corner Tomyam.

STADIUM PALING PENDEK UMURNYA

Nama Terengganu sekali lagi melonjak ke persada negara dengan terciptanya sejarah riwayat stadium yang paling pendek umurnya dalam sejarah Malaysia dengan runtuhnya sebahagian daripada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa 2 Jun 2009. Buruk tapi tidak apalah asalkan nama Terengganu naik. Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama-stadium runtuh...

Penulis tidak mahu ambil kisah sangat pasal stadium itu kerana terlalu banyak kompeleksnya lebih daripada kos pembinaan stadium tersebut. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Yang pasti, orang Terengganu sudah kekurangan satu tempat untuk bermain bowling yang sekarang ini menjadi satu fenomena baru kepada orang Teranung.

Hilang tempat bermain hilang juga tempat orang bersuka ria. Hilang juga tempat orang ramai berkumpul. Stadium yang pendek nyawanya dan dikatakan membazir itu banyak juga gunanya. Orang kata stadium itu disiapkan dengan cepatnya. Harap projek cepat dan pantas sebelum dan selepas ini tidak membuat satu lagi catatan dalam Buku Rekod Malays.

Saturday, May 30, 2009

CONSTRUCTION OF SENSE

Penulis baru sahaja selesai menonton satu lagi filem lama yang agak hebat. Dan akhirnya baru penulis sedar, kisah ini merupakan kisah benar. Betapa kejamnya seseorang pada alam yang sebenar berbanding apa yang kita lihat di filem.

Man On Fire merupakan sebuah kisah bagaimana seorang bekas Cia/Pembunuh Upahan telah diupah untuk menjadi pengawal peribadi kepada seorang yang berpengaruh di Mexico. Watak Pengawal yang pada peringkat awal merupakan seorang yang 'straight to the point' telah pandai melakarkan senyuman dengan kehadiran tuannya si cilik Pita yang dibawa oleh Dakota Fanning.

Penculikan Pita telah membawa John Creasy kepada asalnya dan membawa bersamanya seni pembunuhan yang pelbagai yang akan membawa kepada mereka yang menculik Tuannya. Bagaimana satu persatu musuh peribadinya di tamatkan riwayatnya dan bagaimana tekadnya pembunuh menamatkan riwayat seseorang kerana rasa tidak puas hati!

Nyawa dibalas nyawa dan bagaimana beliau memasuki satu kawasan yang polis kawasan tersebut tidak berani jentik sekali pun. Bagaimana seorang budak perempuan merubah seorang lelaki yang penuh dengan sejarah hitamnya dalam menjalankas tugas. Lagu latarnya ternyata amat bertepatan...

IKLAN SAGA 1.6 L ?

Semalam, Jumaat 29 Mei 2009, Perusahaan Automobil Nasional telah melancarkan satu lagi model barunya-Proton Saga 1.6 L. Kereta yang lama tapi dengan jantung yang baru. Pada peringkat awal, Proton hanya mengeluarkan enjin berkapasiti 1.3 L dengan tambahan IAFM yang kononnya menjimatkan minyak dan meningkatkan kuasa kereta. Benarkah?

Menteri Penerangan yang baru berkata-kalau kerajaan membuat sesuatu yang baru, berikan sedikit kredit kepadanya. Proton adalah agensi berkaitan kerajaan di mana Kerajaan menguasai Proton melalui saham Khazanah. Sedikit kredit kerana memberikan kuasa yang lebih kepada kereta yang praktikal dan nampak gayanya berjaya menambat hati orang Malaysia. Saga baru boleh dikatakan satu usaha yang berbaloi kepada Proton kerana terdapat peningkatan jualan. Itu pada peringkat awal.

Ramai yang merungut Proton Saga 1.3 IAFM ini kuat 'makan' minyak. Semakin lama semakin kuat nafsunya untuk menelan minyak! Tapi ada juga yang mengatakan kereta ini adalah satu kereta yang menjimatkan. Penulis tidak mahu bias kepada mana mana pihak. Setelah mendengar pelbagai rungutan dan juga kritikan serta tidak lupa penghormatan dan penghargaan kepada Proton Saga, rumusan penulis ialah enjin IAFM tidak stabil. Sebagai bukti, selepas satu peringkat,tidak ada lagi enjin IAFM dikeluarkan kerana memang terbukti tidak stabil dalam kuasa dan juga penjimatan minyak.

Dalam ruang iklan yang terhad, penulis tidak dapat mencari perkataan IAFM pada model 1.6 L yang baru dilancarkan semalam. Atau adakah penulis tidak terbaca atau penulis buta perkataan tersebut ataupun Proton tertinggal perkataan IAFM dalam iklan yang penulis baca tersebut. Penulis terkejut kerana 1.6L yang digunakan adalah enjin campro biasa yang dibangunkan bekas ceo Proton, Tan Sri Tengku Mahaleel dan bukannya generasi baru IAFM yang direka oleh 'orang baru' ini.

Penulis juga terkejut kerana tiada lagi blogs yanng menulis mengenai perkara ini malah iklan serta kapi berita mengenai Proton Saga 1.6 L ini adalah sangat terhad. Adakah Proton tidak berusaha untuk menghebahkan perkara ini. Bagaimana sekiranya rakan penulis tidak memberitahu mengenai perkara ini dan penulis terkejut kerana laman web Paul Tan juga belum meperkatakan mengenai Saga 1.6 L ini.

Adakah Proton dah kekurangan wang dalam sakunya untuk menghebahkan produk baru mereka! Penulis tertunggu siasatan mengenai penjualan MV Aguta sebanyak 1 Euro kepada satu syarikat yang entah datang dari mana. Pengurusan Proton kata pembelian MV Agusta merugikan, Kenapa Husqavarna masih mengeluarkan model terbaik mereka serta tahun lepas mereka mendapat pengiktirafan sebagai model terbaik Eropah! Dan adakah BMW tidak tahu yang pembelian sebahagian aset MV Agusta adalah merugikan!

Adakah kita yang baru mula mengenai erti urus niaga lebih pakar dari mereka yang lebih makan garam daripada kita. Pepatah Melayu ada menyatakan-Malu bertanya, sesat jalan.

MY BOS...BIMBANG

Hari ini penulis ingin memberikan sekalung penghargaan kepada seorang rakan penulis tapi dengan sesalnya penulis tidak dapat mendedahkan maklumat dirinya seperti yang dipinta oleh beliau. Tindakan yang beliau lakukan bagi penulis adalah satu perbuatan yang mulia dan patut dilakukan oleh seorang anak kepada bapanya.

Beliau merupakan manusia biasa yang menolak untuk pergi ke dua program besar dalam hidupnya dan beliau telah memperkatakan mengenai dua progam ini berbulan bulan lamanya. Sehinggalah ayah beliau diserang pada jantung. Ayah si bloggers ini diserang sakit dada pada pagi hari. Awal pagi dan akhirnya beliau membuat keputusan untuk tidak menghadirkan diri kerana bimbang kesihatan ayahnya. Pada hakikatnya si ayah telah pun dibenarkan pulang ke rumah.

Rasa bimbang yang amat dalam membuatkan si kawan ini tidak menghadirkan diri ke program yang telah lama di perkatakan dan diidamkan. Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Harapan penulis, agar kesihatan si ayah semakin baik dan boleh sembuh sepenuhnya. Apa yang beliau lakukan tidak mungkin penulis boleh lakukan dan sekiranya penulis dapat melakukan perkara yang sama, tidak mungkin boleh menyamai si kawan ini.

Orang kata-sejuk perut mak mengandung...

Tuesday, May 26, 2009

HUKUMAN ROTAN 2

Kebetulan ataupun tidak, penulis terbaca dalam akhbar Metro pada hari ini 26 Mei 2009 berkaitan dengan rotan. Tak sampai beberapa minit setelah penulis menyiarkan tajuk berkaitan rotan di sini. Hari ini telah membuktikan yang dunia ini semakin pelik. Komen penulis mengenai hal ini-anak itu bersalah dan telah mendapat pengajaran yang sewajarnya. Tahniah kerana anda, bapa anda didenda RM 5,000.00. Tak banyak manapun denda itu sebab anda lagi hebat dari bapa anda.

RM5,000 denda rotan anak
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

MELAKA: “Walaupun nak mengajar anak, jangan ikut rasa marah dan jangan sampai cederakan anak sendiri. Hari ini (semalam), jika mahkamah ikut rasa hati, padah kepada awak.”

Begitu tegas Majistret Muhamad Faizal Ismail ketika prosiding membabitkan kes seorang pengurus keselamatan didakwa memukul anak perempuannya menggunakan rotan kononnya untuk memberi pengajaran supaya bercakap jujur dan tidak mereka cerita keburukan keluarga.

Muhamad Faizal yang memberi nasihat panjang lebar kemudiannya mendenda tertuduh RM5,000 atau lima bulan penjara selepas menerima pengakuan bersalahnya dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

“Tertuduh dikenakan bon jaminan berkelakuan baik bernilai RM3,000 dengan seorang penjamin tanpa cagaran selama dua tahun.

“Selain itu, syarat tambahan, tertuduh tidak mengulangi kesalahan pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, Muhamad Faizal berkata, mahkamah tidak perlu bertanya mengapa tertuduh, VN Avanaru, 32, memukul anaknya dengan rotan dan hanya mahu mengingatkannya supaya tidak mengulangi kesalahan itu pada masa depan.

“Anak, seburuk mana pun tetap anak kita. Nasib baik dia masih hidup. Kalau terjadi apa-apa ketika kejadian, kamu akan menyesal seumur hidup.

“Keseluruhan rayuan kamu melalui peguam, saya dapati kamu tidak mahu dipenjarakan. Jadi saya harap kamu terima hukuman dan ambil iktibar serta peluang untuk fikirkan apa yang kamu lakukan,” katanya.

Dalam keputusannya, beliau turut menimbangkan fakta kes serta rayuan dan hujah Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron.

Berdasarkan pertuduhan, Avanaru dari JA 7382, Jalan Ros 5, Taman Bukit Tembakau, Umbai, dekat sini, sebagai bapa kandung kepada kanak-kanak perempuan, V Vekneswari, 8, didakwa menganiayanya hingga mengalami kecederaan fizikal seluruh badan menggunakan rotan.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan Tamil, Bukit Lintang Tiang Dua, dekat sini, kira-kira jam 3.10 petang pada 13 Mei 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguam, K Bala Gopal memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya menyesal atas perbuatannya yang bertujuan mengajar anaknya.

Menurutnya, tertuduh amat menyayangi mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik dan tidak memarahinya.

“Tertuduh hanya ingin membetulkan tanggapan buruk mengenai keluarganya. Dia sesal atas kejadian itu dan memohon maaf kepada mangsa yang kini dijaga oleh bapa saudaranya,” katanya.

HUKUMAN ROTAN

Rotan merupakan salah satu daripada jenis hukuman yang dijalankan di sekolah selain daripada hukuman gantung serta buang sekolah. Ada lagi pelbagai hukuman lagi yang dijalankan di sekolah sama ada menurut pekeliling yang di keluarkan Kementerian Pendidikan tapi itu bukanlah persoalannya.

Yang menjadi masalah pada zaman sekarang, zaman yang kononnya era milenium, era yang penuh mencabar ini-rotan adalah satu kesalahan kepada guru. Sama ada perkara itu benar atau salah di sisi undang undang negara, itu juga bukan satu kesalahan dan persoalan yang besar. Tapi yang lebih penting ialah bagaimana mereka yang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik boleh disalahkan semata mata kerana anak mereka mengalami masalah lebam.

Nampaknya anak era milenium tidak lah segagah mana pun dan boleh dipandang enteng kerana mereka ini sekiranya dijentik oleh mereka yang mengajar mereka akan dibawa ke muka pengadilan rakyat-media. Media akan memainkan perkara ini dengan jayanya dan menjadi semakin kompleks apabila mereka yang menjalankan perkara yang benar dan betul -menjadi pesalah dengan meminta maaf kepada ibu bapa si pesalah. Pesalah telah menjadi wira manakala mereka yang menjalankan tanggungjawab yang bukan semua sanggup menanggungnya menjadi kambing hitam. Bab kata bait bait lagu daripada kumpulan XPDC-dunia sudah terbalik.

Anak yang membuat salah dibela dan mereka yang menjalankan tanggungjawab menjadi mangsa. Mana pergi semangat milenium? Tidak hairan sekiranya hari ini semakin ramai anak anak bangsa yang semakin layu dan lemah longlai kerana bantal mereka semakin empuk. Si anak memberitahu ibu bapa mereka "Ayah, mak, saya mengandung". "Berapa bulan?" tanya si bapa. "Tiga bulan dan saya nak minta duit untuk membuat pengguguran di klinik swasta" jawab si anak lalu mengambil upahnya daripada 'orang' yang menjaga mereka....

Sunday, May 24, 2009

Four Wedding and A Funeral

Penulis ingin berkongsi mengenai satu filem-Four wedding and a funeral yang telah diterbitkan pada tahun 1994 dan dilakonkan oleh Hugh Grant(Charles) serta Andie MacDowell( Carrie). Ia merupakan satu kisah romantik komedi yang menggandingkan watak yang hebat dalam menjayakan satu kisah yang membuatkan penulis tertanya diri penulis setiap kali penulis melihat kisah ini dalam laman berbayar. Penulis sama sekali tidak mahu menguraikan mengenai filem ini tapi dalam babak yang hampir ke penghujung, Charles pada hari perkahwinannya baru sahaja mendapat tahu salah seorang tetamunya baru sahaja bercerai dan tetamu itu adalah orang yang selalu di dalam hatinya (Carrie)dan tidak dapat berkahwin dengan bakal pengantin perempuan...

Adakah kita terlalu kuat mencintai seseorang hinggakan kita sanggup meninggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang selalu dalam ingatan kita walaupun tidak berpacaran? Ini merupakan satu persoalan yang masih tidak dapat penulis jawab dengan jujurnya. Lebih bagus sekiranya kita sempat berpacaran walaupun akhirnya kita tidak serasi. Sekurang kurangnya kita telah mencuba untuk berpacaran. Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesilapan untuk tidak cuba mendekati serta mendapatkan orang yang kita ingini adalah satu perkara yang positif. Seandainya lamaran anda ditolak, anda telah mendapatkan jawapannya dan itu adalah satu kepuasan bagi diri kita pada waktu itu...

Friday, May 22, 2009

TAK PATUT...

Baru baru ini penulis berhadapan dengan satu fenomena pelik yang berlaku di kampung halaman penulis iaitu Kuala Berang. Tragedi ini berlaku semasa penulis dalam haluan ke tempat letak kenderaan penulis. Ini adalah tragedi pertama yang penulis perhatikan dalam hayat penulis.

Dua Perempuan berjalan bersama. Seorang perempuan cuba merangkul tangan dan memegang tangan yang seorang lagi. Gayanya nampak mesra. Sebaliknya yang berlaku apabila perempuan yang lebih tinggi dan besar ini menolak tangan si hawa yang masih kecil ini dan akhirnya mereka tidak berjalan berpimpin tangan.

Malu agaknya sekiranya orang lain nampak mereka bergandingan tangan. Mungkin malu kerana takut orang lain beranggapan lain walaupun hubungan mereka adalah IBU dan ANAK!

SIKAP

Begitu lama penulis tidak dapat menulis. Bukan kerana kesibukan dan bukan juga kerana sambungan internet yang tidak bagus tapi sebab sikap malas yang masih menyelubungi penulis dan bagi penulis ini adalah tidak baik untuk masa depan seorang penulis dan juga seseorang manusia. Ada masanya malas itu bagus tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

Sikap malas ada kaitan dengan disiplin penulis yang agak teruk dan penulis sentiasa setiap masa cuba mengubahnya. Satu pepatah lama ada mengatakan bahawa "Sekiranya hari ini adalah hari yang paling teruk, namun aku masih bernasib baik kerana masih hidup dan masih meneruskan hidup untuk hari esok yang mendatang". Ada juga yang kata "kalau tak dipecahkan ruyungnya, macam mana nak mendapatkan sagunya".

Mungkin penulis perlu memecahkan mana mana ruyung yang ada dalam diri dan sekeliling penulis bagi membolehkan penulis mendapatkan hasilnya demi masa hadapan yang lebih baik pada masa hadapan. Semoga kita semua terus bergerak ke hadapan. Perjalanan yang panjang bermula dengan langkah yang pertama. Kadang kala langkah yang pertama kita itu sumbang tapi kita perlu terus berjalan demi walaupun satu langkah satu hari. Bab kata Linda Onn dalam iklan radionya, yang penting apa yang anda pelajari dalam perjalanan anda.

PETITION 1 SEKOLAH KEPADA MENTERI PELAJARAN

Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran
Kementerian
Pelajaran Malaysia
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Y.A.B. Tan Sri,
Pengkajian Semula Sistem Pembelajaran Malaysia untuk Melahirkan Suatu Bangsa Malaysia Yang Bersatu, Teguh dan Bersepadu

Dengan segala hormatnya kami mengemukakan cadangan yang tersebut di atas demi melahirnya suatu Bangsa Malaysia yang kukuh, bersatu dan bersepadu yang akan menjamin masa depan negara kita. Kami bukanlah suatu kumpulan politik atau berpihak kepada mana-mana unsur politik negara ini. Kami adalah warganegara yang prihatin terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang jitu dan yang benar-benar sehati dan sejiwa yang akan mengemudi negara kita tercinta ke arah kegemilangan.


Gejala-Gejala Polarisasi Kaum di Malaysia


Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara, tiada rasa cinta kepada Tanah Air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali. Secara lantang anasir subversif ini mempertikaikan segala lambang kedaulatan dan intipati negara kita tercinta. Dari pengamatan kami, puak penderhaka ini antara lain telah menyentuh perkara seperti berikut:-

• Mempertikai kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang diperuntukan dalam Perkara 181 Perlembagaan Malaysia .

• Membangkitkan isi-isu sensitif seperti kedudukan istimewa Orang Melayu dan kaum Bumiputra lain yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia .

• Mengabaikan Bahasa Rasmi negara, iaitu Bahasa Malaysia, dan mempromosikan secara meluas bahasa-bahasa asing, termasuk Mandarin dan Tamil, yang bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

• Menidakkan adanya suatu Kontrak Sosial (berkaitan kerakyatan masyarakat Bukan Melayu dan kedudukan istimewa Orang Melayu) yang telah terjalin di antara kaum-kaum di negara ini sejak Merdeka dahulu.

• Mengeji dan mempersenda Dasar Ekonomi Baru yang digubal mengikut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

• Mempersoal dan menidakkan peranan dan pengorbanan Orang Melayu yang telah bertapak di Bumi Tanah Melayu sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dalam pembentukan dan pembangunan negara ini.

• Melebihkan peranan puak imigran dalam pembentukan dan pembangunan negara ini ke tahap yang menyimpang jauh dari kenyataan.

• Menjanakan berbagai penipuan sejarah yang akan memudaratkan pemikiran rakyat negara ini, terutama anak-anak di bangku sekolah.

• Mempersenda dan memperlekehkan segala simbol kenegaraan Malaysia yang patut di sanjungi dan dipertahan oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah lagu Negaraku, Keris, Songkok dan, seperti tersebut di atas, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Malaysia dan sejarah negara ini.

• Mempertikai hujah-hujah pemimpin Bukan Melayu terdahulu seperti Presiden MIC, Tun V.T. Sambanthan dan Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dimana pemimpin-pemimpin ulung tersebut telah melafazkan rasa kesedaran, keinsafan dan berterimakasih terhadap budi perkerti dan sikap bertolak-ansur Orang Melayu di dalam pemberian kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang di Tanah Melayu, tidak seperti nasib yang menimpa kaum mereka di negara-negara serantau.


Kewujudan Bangsa Malaysia Yang Berbahasa Malaysia dan yang Berlandaskan Budaya dan Tatatertib Orang Melayu

Setelah hampir 52 tahun merdeka, negara kita kini menghadapi masalah perkauman dan kerapuhan sosial yang amat membimbangkan. Polarisasi kaum telah sampai ke tahap kritikal dan kini mengancam kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara. Justeru, Malaysia sudah tiada pilihan kecuali berikhtiar untuk menzahirkan suatu Bangsa Malaysia yang teguh bersatu, yang berbahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama, yang bersepadu dalam pemikiran dan yang mempunyai tahap patriotisme yang tinggi berlandaskan cinta kepada negara dan hormat kepada Perlembagaan.

Berpandukan kepada semangat kenegaraan yang menjadi asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia, Bangsa Malaysia ini haruslah secara menyeluruh :-

Fasih bertutur di dalam Bahasa Kebangsaan. Bahkan Bahasa Malaysia menjadi bahasa ibunda seluruh Bangsa Malaysia di suatu hari kelak;
Memahami dan menghormati adat-adat dan tatasusila orang Melayu dan kaum pribumi lain di Malaysia;

Menghormati kedudukan Agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam sambil menikmati kebebasan beragama sesuai dengan peruntukan perlembagaan;

Mempertutur bahasa warisan ibunda lain dan mengamalkan warisan budaya ibunda dengan cara yang sesuai dengan peruntukan Perlembagaan, iaitu di luar konteks urusan rasmi dan di amalkan secara peribadi oleh komuniti tersebut.

Konsep Bangsa Malaysia yang kami amati telah diperbincangkan dengan mendalam di wadah kami. Suatu penjelasan menyeluruh telah di huraikan di blog Demi Negara.

Titik permulaan dalam pembentukan Bangsa Malaysia tersebut terletak pada sistem pembelajaran negara kita.
Sikap terhadap Bangsa Malaysia ini harus di bentuk dari peringkat asas. Justeru, Sistem Pembelajaran Malaysia haruslah di sesuaikan agar menjadi wadah utama dalam penerapan nilai-nilai Bangsa Malaysia tersebut di kalangan anak-anak kita bermula dari usia yang muda.


Dasar Sistem Pembelajaran Malaysia Di Masa Kini


Kami berpendapat, pembinaan suatu Bangsa Malaysia yang teguh bersatu dan jitu bersepadu tidak akan tercapai selagi adanya gejala Sekolah Vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan atau SJK) di Bumi Malaysia. Sekolah Vernakular tidak selaras dengan matlamat melahirkan Bangsa Malaysia berharmoni dan bersepadu yang berteraskan unsur-unsur nasionalisme yang sepatutnya. Malah ia telah menjadi penghalang utama keatas hasrat kerajaan membina masyarakat yang sehaluan bahasa, minda dan kebudayaan asas.

Kewujudan Sekolah Vernakular telah menimbulkan berbagai tanda tanya ke atas peranan dan status nya di masa kini. Ini termasuklah:-

Sekolah Vernakular adalah bertentangan dengan status Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara kita. Malah, Sekolah Vernakular nyata bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan dimana Bahasa Malaysia diwajibkan untuk segala urusan rasmi, dan Sistem Pembelajaran adalah suatu urusan rasmi negara.

• Bahasa penghantar di SJKC ialah Mandarin, Bahasa Kebangsaan sebuah negara asing, iaitu Republik Rakyat China. Malah ia bukan bahasa asli mana-mana suku kaum Cina yang tinggal di negara ini. Bahasa penghantar SJKT pula adalah Tamil, bahasa rasmi negeri Tamil Nadu di India. Ini adalah suatu fenomena sosial yang amat ganjil dan tidak harus di benarkan di negara kita.

• Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Bahasa Kebangsaan wajib digunakan untuk segala urusan rasmi negara. Sistem Pembelajaran merupakan suatu urusan rasmi negara sepertimana di semua negara di dunia.

Perkara 152(a) Perlembagaan Malaysia menyatakan :-

"No person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language."


Fasal tersebut tidak memberi mandat kepada Kerajaan untuk membenarkan, apatah lagi memberi sokongan wang dan sebagainya, kepada mana-mana sekolah yang menggunakan bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan kerana sistem pembelajaran adalah suatu urusan rasmi (“offical purpose").

• Dari segi “protection of the legitimate interest of the others” yang termaktub dalam Perlembagaan, "kepentingan sah masyarakat lain" merangkumi urusan peribadi masyarakat tersebut dan tidak termasuk hak untuk menggunakan bahasa penghantar lain bagi urusan pembelajaran di sekolah. Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia membolehkan pengajaran dan pertuturan bahasa lain secara peribadi di kalangan sesuatu masyarakat, dan bukan hingga ke tahap penggunaan bahasa lain secara berleluasa termasuk sebagai bahasa penghantar utama di sekolah.


Sekolah Vernakular pada amnya mengandungi satu kaum sahaja dalam suasana pembelajaran yang tidak membayangkan arca dan kandungan masyarakat negara ini. Ini tidak sesuai dalam melahirkan suatu Bangsa Malaysia yang bersatu dan bersepadu. Murid Sekolah Vernakular wujud dalam suasana terpencil dari aliran am. Mereka menyerapkan nilai-nilai satu kaum sahaja, tidak bergaul dengan kaum-kaum lain, tidak dapat pengalaman berinteraksi, kurang memahami adat resam kaum lain dan susah menerima hakikat bahawa adat resam dan budaya kaum majoriti di negara ini perlu di fahami dan di hormati. Ini mengakibatkan pemikiran mereka terkongkong dan menjadi janggal dan mereka bermasalah menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk negara ini.

Pengasingan sebahagian warganegara ke alam Sekolah Vernakular sejak umur yang senang di pengaruhi telah menjadi penghalang terbesar kepada kewujudan suatu Bangsa Malaysia yang bersatu di bawah satu bahasa, identiti dan pemikiran.


Tiga Bahasa Penghantar Tidak Sejajar dengan Perlembagaan dan Bertentangan dengan Amanat Rukunegara

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia membenarkan pengajaran bahasa-bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan untuk lain-lain komuniti di Malaysia. Tetapi kebebasan ini nyata terbatas kepada pembelajaran khusus bahasa tersebut sahaja dan bukan untuk ianya dijadikan bahasa penghantar bagi matapelajaran lain di Sistem Persekolahan negara Malaysia.

Kita tidak harus ada tiga sistem pembelajaran dalam tiga bahasa penghantar. Bangsa Malaysia yang bersatu dan bersepadu tidak mungkin lahir dari suasana sebegini. Keadaan tiga sistem pembelajaran ini tidak sejajar dan jelas bertentangan dengan semangat dan peruntukan perlembagaan, dan juga menyimpang dari matlamat utama Rukunegara, iaitu “mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat nya.”

Keagungan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara ini mesti di pertahankan. Perkara yang tidak sejajar, menghalang atau menentang peruntukan bahasa dalam Perlembagaan adalah di sifatkan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan atau “unconstitutional.”


Masalah-masalah yang timbul dari kewujudan Sekolah Vernakular banyak di perkatakan bukan sahaja di blog Demi Negara, malah di berbagai blog lain. Contoh hujah-hujah di alam siber yang mempertikai kewujudan Sekolah Vernakular
di huraikan di lampiran bersama surat ini.


Berdasarkan kepada fakta dan pendapat yang terpapar di sini dan segala hujah yang dikemukakan di pautan-pautan berkenaan, kami dengan hormat nya meminta agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.

Kesemua Sekolah Vernakular yang ada sekarang harus diserapkan kedalam Sistem Sekolah Kebangsaan dimana peruntukkan secukupnya dibuat untuk menyediakan pembelajaran bahasa ibunda khusus untuk mana-mana murid yang memerlukannya.



Langkah susulan yang kami syorkan:-


Pengkajian Semula Sistem Pelajaran Negara oleh Kumpulan Bebas


Kami mencadangkan suatu kajian terperinci oleh kumpulan pengkaji bebas di adakan keatas fenomena Sekolah Vernakular ini.
Kumpulan pengkaji bebas ini haruslah terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dan berpengalaman yang setimpal dan berkecuali dari politik (non-partisan) sepenuhnya demi menentukan integriti laporan yang akan dikeluarkan. Tokoh asing yang terkenal dan berpengalaman dalam kajian sebegitu boleh juga dijemput ke kumpulan pengkaji untuk meningkatkan prestasi dan kredibiliti kajian dan laporan tersebut.


Penggubalan semula Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 tidak sejajar dengan matlamat pengwujudan Bangsa Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Akta tersebut yang membolehkan wujudnya sekolah vernakular haruslah dirombak agar ianya kembali kepada niat asal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Akta tersebut berbunyi:-

"AND WHEREAS the above policy is to be executed through a national system of education which provides for the national language to be the main medium of instruction, a National Curriculum and common examinations; the education provided being varied and comprehensive in scope and which will satisfy the needs of the nation as well as promote national unity through cultural, social, economic and political development in accordance with the principles of Rukunegara."

Walaubagaimanapun, kewujudan sekolah vernakular mengabaikan objektif yang tertera di atas. Penggubalan semula Akta ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengecapi suatu struktur pendidikan yang seragam melalui keperkasaan sistem sekolah kebangsaan.



Mata Pelajaran Sejarah Di Mestikan


Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, arca dan konteks pembentukan negara Malaysia.

Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.


Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia
ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara.



Penulisan Semula Buku-Buku Teks Sejarah


Kami juga mencadangkan supaya buku-buku teks Sejarah negara di kaji semula secara menyeluruh. Fakta-fakta sejarah yang lebih tepat dan terperinci harus dicatatkan oleh kumpulan cendiakawan yang terbukti kewibawaan dan integriti mereka. Penghuraian sejarah yang betul akan memainkan peranan sebagai pencetus kepada pembentukan suatu Bangsa Malaysia yang sehati dan sejiwa di Tanah Air kita yang bertuah ini.



Rumusan

Kewujudan Sekolah Vernakular adalah satu-satunya punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.
Fenomena ini hampir tiada tolak bandingnya di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.

Dalam segi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Sekolah Vernakular jelas tiada tempatnya, bahkan bercanggah dengan fasal-fasal Perlembagaan dengan begitu ketara sekali. Percanggahan ini harus di bendung dan di perbetulkan secepat mungkin demi kestabilan dan keselamatan negara.


Kami pohon agar Y.A.B. Tan Sri memberi perhatian, pertimbangan dan penekanan yang sewajarnya keatas cadangan-cadangan yang dikemukakan di sini demi masa depan Bangsa dan Negara Malaysia tercinta. Kami berdoa agar tindakan yang sejajar dengan kepentingan perkara ini diambil oleh Y.A.B. Tan Sri dan langkah-langkah susulan dilaksanakan oleh kementerian Y.A.B. Tan Sri.



Sekian, terima kasih.



Yang Benar

KijangMas
Bagi Pihak Komuniti Blog Demi Negara

Saturday, April 11, 2009

PENYOKONG GEDEBE

Selasa yang lepas telah menyaksikan episod malang dalam arena sukan negara khususnya kepada peminat bola sepak. Ramai telah maklum bahawa bagaimana ganasnya peminat pasukan bola sepak di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu Kelantan beraksi pada malam selepas perlawanan yang menyaksikan pasukan tuan rumah tumpas kepada pasukan Kedah.

Sekalut manapun perlawanan atau sepincang mana pun keputusan perlawanan, kalah menang adat bertanding. Apa salah trak polis dan kenderaan orang awam berhampiran stadium di bakar dan dirosakkan. Wah..Hebatnya penyokong fanatik pasukan ini.

Bagi penulis, penyokong di Kelantan perlu diambil tindakan sekeras mungkin kerana gagal mengawal kelakuan masing masing. Hukuman telah dikenakan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Penulis tidak faham budaya mana yang diterapkan kepada peminat bola sepak. Tidak ingatkah mereka, yang mereka sedang berada di dalam Kota Bharu, Bandaraya Islam.

Islam melarang umatnya merosakkan harta benda awam yang bermanfaat kepada orang ramai. Islam juga melarang umatnya menimbulkan pergaduhan apa lagi rusuhan yang membawa kepada pembakaran trak polis. Menteri Besar Kelantan yang bertaraf Tok Guru perlu menasihati mereka ini agar menerima keadaan sama ada menang atau kalah. Kerana kebanyakan pelajaran kita datang semasa kita mengharungi kegagalan. Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Tapi peristiwa di Kelantan membawa sedikit perubahan, yang kalah, kalah teruk dan membawa aib kepada pasukan.

PROTON TERDESAK-2

Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa ada kemungkinan berlaku penggabungan antara Proton dan juga Perodua. Selang beberapa hari yang lepas, Pengarah Urusan Proton ada menyebut mengenai berkemungkinan bekerjasama dengan General Motor yang hampir muflis. Hari ini, sekali lagi orang yang hanya tahu tukar lencana sahaja nak bergabung dengan "geng" lama dia di tempat lama beliau.

Adakah ini satu langkah yang ingin populer kerana Proton diketahui umum berada dalam kerugian. Setelah diputar alam oleh orang baru ini mengenai kerugian Proton, masyarakat masih tidak dapat menerima kenyataan MV Agusta dijual pada 1 Euro sahaja. Penulis berharap PAC berjumpa sesuatu dalam pencarian mereka. Dan besar harapan penulis supaya Syed Zainal dibuang kerja kerana telah lama berusaha menghapuskan Proton.

Perodua yang hanya tukar lencana dan bumper ingin digabungkan dengan Proton adalah satu usaha yang membazir. Perodua yang nama sahaja Perusahaan Otomobil Kedua walaupun pada dasarnya milik Daihatsu/Toyota tidak layak menjadi rakan kongsi Proton. Syed Zainal memang perlu meletakkan jawatan kerana mencuba sesuatu yang akan merugikan Proton. Perodua dilihat sebagai saingan Proton dan ini adalah baik untuk industri otomotif itu sendiri baik dari segi vendor dan juga kakitangan syarikat.

Penulis sekali lagi ingin menegaskan-Pengarah Urusan Proton perlu ditukar. Syed Zainal telah mengkhianati semangat kakitangan pekerja Proton dengan mengambil ramai pekerja Perodua dan menyisihkan pengurusan kanan di Proton.