Tuesday, June 16, 2009

LANJUTAN MASA BAGI PERPUSTAKAAN AWAM KUALA BERANG

Tempat jatuh kan lagi dikenang apa lagi tempat bermain. Jauh perjalanan luas pemandangan. Entah berapa lagi agaknya senarai seloka yang boleh disenaraikan bagi memuatkan maksud betapa kita menyukai tempat orang lain, akhirnya kita akan berbalik kepada tempat asal kita. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Perpustakaan merupakan satu tempat yang sering dikunjungi khususnya kepada mereka yang masih belajar. Sekiranya di universiti, ia akan menjadi satu tempat tumpuan ramai apabila musim peperiksaan bermula. Sebelum bermula musim peperiksaan, ia hanya menjadi tempat kepada sesetengah manusia termasuklah couple yang sedang hangat bercinta. Mungkin strategik mungkin sumber ilmu ini.

Perpustakaan Awam Kuala Berang, Terengganu merupakan salah satu tempat yang pernah menjadi tumpuan penulis. Tapi agak hampa kerana bukunya kebanyakannya ketinggalan zaman. Tapi jauh kita berjalan, akhirnya penulis pernah pergi ke satu perpustakaan negeri yang berstatus bandaraya, tapi buku bukunya boleh dikatakan sama tafaf dengan Perpustakaan kampung halaman penulis. Tidak salah sekiranya dikatakan bahawa Kuala Berang adalah jauh lebih baik sekiranya diperhatikan buku bukunya yang memang bertaraf zaman Jurassic.

Tapi penulis paling hampa apabila bukan sahaja perpustaan daerah malah perpustakaan negeri ditutup awal dan hari Jumaat gedung ilmu ini tidak dibuka. Penulis ingin berkongsi bagaimana sebuah perpustakaan negeri yang dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 9 malam. Penulis tertarik dengan waktu operasinya kerana ia membenarkan mereka yang tamat berkerja jam 5 petang mahupun 6 petang sempat untuk pergi meminjam buku buku yang ada.

Alangkah indahnya jika ini berlaku ditempat penulis. Bagaimana modal insan hendak dijana sekiranya gedung ilmu tidak boleh dilanjutkan masa. Adalah lebih baik sekiranya dapat dilanjutkan masa operasi. Mungkin tidak selewat jam 10 malam tapi dilanjutkan dari jam 5 petang pada waktu sekarang. Dan lebih afdal lagi seandainya gedung ini ditambahkan dengan buku buku yang sedikit 'up to date' khususnya buku buku peperiksaan. Ilmu oh ilmu. Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China sekalipun.

1 comment:

yusazri_f5e said...

Hihh.. artikel Kutubtanah ni memang aku pun bersetuju.. kalo pergi lepak kat taman sebelah kutubtanah ni memang dapat diperhatikan banyak pasangan yang berpakaian sekolah berasmaradana.. bukannya menerima wang dana, tetapi berasmaradana tanpa memperdulikan uniform sekolah yang dipakai.
Menyentuh tentang waktu perpustakaan yang tidak dibuka sehingga lewat pula, begitulah antara perancangan golongan yang cuba memperkasakan bahasa kebangsaan. Kalau benda yang payah diperolehi sudah pasti akan ramai yang tercari-cari, jadi lebih ramailah orang yang mencintai bahasa kebangsaan.. Sebenarnya aku teringat semasa menetap di Kuala Lumpur(2001-2003), ada sebuah buku di Pasar Seni yang memberi perkhidmatan pinjaman buku yang had hantarannya bebas, tetapi kita perlu membayar mengikut separuh harga buku... Bila kita memulangkan semula buku tersebut kita akan mendapat separuh dari harga buku bergantung kepada berapa lama kita meminjamnya...