Wednesday, February 8, 2012

KITAR SEMULA? KERAJAAN SILAP PERHINTUNGAN

Kerajaan bertekad pada tahun depan untuk melaksanakan kitar semula secara sepenuhnya.
Tapi hairannya mengapa kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak melaksanakan pada tahun ini dan terus membuat kesilapan. Persoalannya, mana tong sampah kitar semula diseluruh negara.

Tong sampah yang diedarkan diseluruh negara pada tahun ini yang datangnya dari MADE IN SINGAPORE adalah tong sampah konvensional. Dimanakah tong sampah kitar semula.

Kementerian sepatutnya terus mengagihkan tong sampah kitar semula secara berperingkat dan tidak lagi menggunakan tong sampah konvensional. Adakah ada orang dalam kementerian yang tidak faham hala tuju kerajaan atau adakah mereka ini tertidur semasa Menteri membuat pengumuman mengenai hal ini.

Ataupun kita boleh melupakan untuk dasar kitar semula secara sepenuhnya pada tahun depan kerana kementerian yang bertanggungjawab nampaknya tidak faham mengenai dasar ini apatah lagi rakyat jelata.

MEMBAZIR!

Tuesday, January 24, 2012

PROTON DAN DRB-HICOM, SATU HARAPAN BARU

Tahniah kepada pemilik Proton yang baru, DRB-HICOM. Ibarat kata sirih pulang ke gangang. Beberapa cadangan dan pemerhatian diperlukan dalam merawat Proton.

Proton telah heboh seluruh Malaysia mereka akan mengeluarkan sebuah model baru yang akan meletakkan Proton kembali ke tahap yang sepatutnya perlu bagi sebuah jenama yang boleh berdiri teguh sama dengan yang lain.

Penulis berharap pengurusan memisahkan pengerusi Proton yang dilihat tidak memberikan apa apa sinergi kepada Proton. Dalam perancangan semasa ingin mengambil alih Proton, pelbagai cadangan dikemukakan, persoalannya ialah mengapa beliau tidak melakukannya sekarang?

Proton perlu serius dalam pengeluaran kereta hybrid dan elektrik. Penulis tidak beberapa mahir mengenai berapa tahunkah paling ideal kajian dan pembangunan perlu dilakukan. Proton mempunyai kemahiran dan telah pun ada produk, masalahnya mengapa masa yang diambil untuk memasarkannya terlalu lama. Sehinggakan jenama lain telah mengeluarkan generasi ke dua dan ke tiga. Proton perlu mengeluarkan hasilnya dan tidak segan mengakui kelemahan sekiranya ada. Malah kereta Bugatti Veyron pun dihancurkan pemiliknya kerana sering rosak walaupun kereta dipakai tidak sampai 1tahun.

Proton perlu berani membuat keputusan diluar kotak. Mereka mempunyai pelbagai produk namun kemana perginya semua itu. Sebelum Tengku Mahaleel dipecat, beliau telah diberitakan akan melancarkan sebuah SUV dan sebuah kereta sport. Namun kemana pergi projek tersebut. Adakah lembaga pengarah Proton tidak berani memasarkan kereta tersebut kerana takut GAGAL!

Proton perlukan seorang CEO yang berani. Ramai yang mempertahankan CEO yang sedia ada sekarang ini kerana kata mereka dia banyak membawa perubahan. Perubahan apa yang dibawa? Yang baik jadikan teladan. Beliau juga bersekongkol dalam penjualan yang merugikan terhadap MV Agusta. Dimanakan rasional beliau dalam penjualan yang tersangat murah hingga menjatuhkan air muka Tun Dr Mahathir.

Tengku Mahaleel berniat memasarkan sebuah produk untuk asean berdasarkan teknologi engin produk MV AGusta. Mustahil? Tidak mustahil. Pihak R n D Proton ada mengeluarkan sebuah motorsikal yang memakai enjin Proton Wira yang dikecilkan komposisinya. Adakah mustahil sebuah kereta memakai enjin yang diperbesarkan didalam produk MV Agusta. Ini baru pemikiran diluar kotak yang telah dibuang secara tidak lansung oleh ahli lembaga Pengarah Proton.

Ahli lembaga pengarah Proton yang terlalu tidak berani boleh keluar dengan terhormat. Penulis percaya ahli lembaga yang baru akan memperkenankan tindakan seperti kata MD DRB HICOM-sudah tiba masanya Proton memberi kembali kepada rakyat.