Saturday, February 28, 2009

PROTON MENCATATKAN KERUGIAN RM 60.9JUTA-BRAVO SYED ZAINAL

Akhbar arus perdana hari ini, Sabtu 28 Februari 2009 melaporkan bahawa Proton telah mencatatkan kerugian sebanyak RM 60.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008. Tahniah diucapkan kepada pengurusan Proton dan juga Syed Zainal. Dan tidak lupa tahniah kepada Lembaga Pengarah Proton yang telah melantik Syed Zainal dan membuang Tengku Mahaleel.

Tempat jatuh kan lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Penulis memang rindu dengan sentuhan Tengku Mahaleel. Seorang yang belajar sejarah tapi pengurusan oleh beliau membolehkan Proton membeli Lotus dengan nasihat dari beliau yang diputuskan oleh Allahyarham Tan Sri Yahya, pemegang saham Proton pada ketika itu. Pelantikan Tengku Mahaleel tidak bermotifkan politik dan arwah merupakan seorang ahli perniagaan. Nyata pilihan arwah tepat sekali dengan Tengku Mahaleel mengemudi Proton semasa gawat dan tidak pernah rugi malah mendirikan kilang Proton yang canggih di Tanjung Malim, Perak tanpa satu sen pinjaman daripada kerajaan sebagai pemegang syer terbesar dan semasa peninggalan Tengku Mahaleel, Proton masih mencatatkan kerugian dan saham Proton berada dalam dagangan yang agak tinggi dan yang penting stabil.
Bravo Tengku Mahaleel.

Tahniah Syed Zainal kerana berjaya menanamkan rasa benci terhadap Proton dan penulis sejak keluarnya Tengku Mahaleel, tiada lagi bangga mempunyai kereta Proton dan tidak lagi akan mempertahankan kereta Proton. Syed Zainal telah membuatkan kereta Proton sebagai keretanya sendiri. Lambang ditukar sesuka hati dan lambang Proton hanya di atas kertas semata mata dan berlainan dengan lambang di kenderaan Proton zaman Syed Zainal.

Wednesday, February 25, 2009

KITAR SEMULA-2

Penulis sekali lagi terpanggil untuk mewarwarkan mengenai satu tajuk yang memang penulis gembira untuk bercakap mengenainya. Kitar semula. Penulis telah menghadapi masa yang sukar dalam mempertahankan perkara yang penulis yakin mengenainya. Penulis bukanlah seorang warganegara yang baik tapi penulis cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dari apa yang ada pada diri penulis sekarang. Tidak ada yang hendak dibanggakan dengan apa yang ada pada diri penulis. Penulis merupakan seorang yang pasif.

Penulis telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul bahan bahan yang boleh dikitar semula termasuklah kertas dan plastik. Penulis juga ada mengumpul tin tapi akhirnya dimasukkan ke dalam tong sampah campur. Sesiapa sahaja akan terkejut keupayaan kita membuat sampah dan sekiranya diasingkan sampah tersebut mengikut kategori. Penulis sendiri tidak menyangka namun penulis cuba menyumbang kepada perkara tersebut dengan harapan penulis akan membentuk nilai yang sedikit baik dalam diri penulis. Penulis tidak mempuyai kuasa untuk mempengaruhi manusia yang lain tapi insyaAllah penulis cuba memperbetulkan diri penulis sendiri.

Plastik dan kertas yang dikumpul dibawa ke tempat pengumpulan. Dan kerana perkara ini adalah inisiatif sendiri, sedikit ganjaran diberikan kepada si penjual. Sedikit terkilan kerana si penjual menolak beberapa jenis plastik yang telah diberikan. Adakah ada plastik yang tidak boleh dikitar semula? Berapa banyak agaknya yang tidak boleh dikitar semula dalam dunia ini dan ke mana hendak dibuang plastik yang tidak boleh dikitar semula ini.

TUBUH KEMBALI MTEN

Assalamulaikum dan salam muhibah. Dengan rasa rendah diri, blog ini menggesa kerajaan menubuhkan kembali Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) .

MENYOKONG PENUH PPSMI

Assalamualaikum dan salam muhibah. Dengan lafaz yang mulia, penulis dengan ini mengistiharkan blog ini merupakan pro kepada perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Dan seandainya tercipta dalam sejarah, ppsmi di bubarkan, dengan ini juga diistiharkan blog ini tidak akan sekali berkompromi dengan Gapena dan juga pertubuhan yang menyokong pembubarannya.

Wassalam

Saturday, February 14, 2009

Lambang Proton sudah ditukar secara rasmi?

Utusan hari ini Sabtu 14 Februari 2009 melaporkan pengeluar kereta pemalas hari ini mengeluarkan satu lagi varian tambahan dalam galerinya iaitu Neo CPS. Tahniah diucapkan kepada pengusaha pemalas ini.

Satu persoalan kepada Syed Zainal ialah, lambang Proton telah ditukar ke warnyanya kepada warna silver dan hitam. Sekiranya dahulu ada warna hijau dan biru sekarang diganti dengan warna perak dan juga hitam sahaja. Adakah warna hijau dan biru hanya akan diletak di kedai sahaja dan pada kereta akan diletakkan warna perak dan juga hitam. Perkara ini bermula dengan masuknya Syed Zainal yang dilantik oleh bekas pengerusi Proton yang telah menyekat kejayaan Tengku Mahaleel.

Syed Zainal memang tak suka dengan Tengku Mahaleel kot. Syed Zainal memang telah berjaya membuatkan penulis tidak lagi suka dengan pembuat kereta pemalas ini. Tahniah dan selamat berjaya.

Solarin Turtle dinafikan haknya...

Utusan Malaysia Sabtu 14 Februari 2009 melaporkan pelancaran skuter elektrik oleh syarikat platinum logistics corporation sdn bhd oleh seorang menteri kabinet. Sekiranya benda yang dilancarkan oleh Menteri Kabinet, penulis kira benda ini adalah hebat barangnya. Tapi sayangnya apabila melihat kepada tajuk skuter elektrik, ia adalah tajuk yang paling menarik perhatian penulis.

Dari dulu lagi penulis telah memperjuangkan betapa perlunya kita menkomersilkan barangan berkaitan dengan tenaga alternatif. Kerajaan dengan beberapa inisiatifnya juga telah melakukan banyak perkara dalam menggalakkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dari semasa ke semasa. Tapi masalahnya telah berlaku seolah olah pilih kasih terhadap perkara seperti ini.

Untuk pengetahuan semua, syarikat Terengganu yang berkongsi dengan pelabur Denmark sebenarnya telah lama mengeluarkan skuter elektrik t solar iaitu Solarin Turtle. Skuter hybrid ini telah lama berada di pasaran Eropah, Jepun dan juga beberapa negara Asia Tenggara tetapi sayangnya kerenah birokrasi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuatkan skuter buatan anak Terengganu ini tidak dapat dipasarkan di Malaysia. Nampak gayanya, Malaysia mempunyai kriteria keselamatan yang jauh lebih tinggi dari Eropah dan negara matahari terbit kerana entah berapa tahun kelulusan mengambil masa sebelum boleh dipasarkan.

Betapa malangnya nasib anak tempatan kerana masalah birokrasi, seolah olah, pilih kasih telah berlaku kepada Solarin. Bagi penulis, merugikan sahaja mengeluarkan berjuta ringit untuk penyelidikan dan pembangunan apabila agensi negara sendiri yang menyekat peluang ini kepada anak tempatan