Wednesday, February 25, 2009

KITAR SEMULA-2

Penulis sekali lagi terpanggil untuk mewarwarkan mengenai satu tajuk yang memang penulis gembira untuk bercakap mengenainya. Kitar semula. Penulis telah menghadapi masa yang sukar dalam mempertahankan perkara yang penulis yakin mengenainya. Penulis bukanlah seorang warganegara yang baik tapi penulis cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dari apa yang ada pada diri penulis sekarang. Tidak ada yang hendak dibanggakan dengan apa yang ada pada diri penulis. Penulis merupakan seorang yang pasif.

Penulis telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul bahan bahan yang boleh dikitar semula termasuklah kertas dan plastik. Penulis juga ada mengumpul tin tapi akhirnya dimasukkan ke dalam tong sampah campur. Sesiapa sahaja akan terkejut keupayaan kita membuat sampah dan sekiranya diasingkan sampah tersebut mengikut kategori. Penulis sendiri tidak menyangka namun penulis cuba menyumbang kepada perkara tersebut dengan harapan penulis akan membentuk nilai yang sedikit baik dalam diri penulis. Penulis tidak mempuyai kuasa untuk mempengaruhi manusia yang lain tapi insyaAllah penulis cuba memperbetulkan diri penulis sendiri.

Plastik dan kertas yang dikumpul dibawa ke tempat pengumpulan. Dan kerana perkara ini adalah inisiatif sendiri, sedikit ganjaran diberikan kepada si penjual. Sedikit terkilan kerana si penjual menolak beberapa jenis plastik yang telah diberikan. Adakah ada plastik yang tidak boleh dikitar semula? Berapa banyak agaknya yang tidak boleh dikitar semula dalam dunia ini dan ke mana hendak dibuang plastik yang tidak boleh dikitar semula ini.

No comments: