Utusan Malaysia Sabtu 14 Februari 2009 melaporkan pelancaran skuter elektrik oleh syarikat platinum logistics corporation sdn bhd oleh seorang menteri kabinet. Sekiranya benda yang dilancarkan oleh Menteri Kabinet, penulis kira benda ini adalah hebat barangnya. Tapi sayangnya apabila melihat kepada tajuk skuter elektrik, ia adalah tajuk yang paling menarik perhatian penulis.
Dari dulu lagi penulis telah memperjuangkan betapa perlunya kita menkomersilkan barangan berkaitan dengan tenaga alternatif. Kerajaan dengan beberapa inisiatifnya juga telah melakukan banyak perkara dalam menggalakkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dari semasa ke semasa. Tapi masalahnya telah berlaku seolah olah pilih kasih terhadap perkara seperti ini.
Untuk pengetahuan semua, syarikat Terengganu yang berkongsi dengan pelabur Denmark sebenarnya telah lama mengeluarkan skuter elektrik t solar iaitu Solarin Turtle. Skuter hybrid ini telah lama berada di pasaran Eropah, Jepun dan juga beberapa negara Asia Tenggara tetapi sayangnya kerenah birokrasi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuatkan skuter buatan anak Terengganu ini tidak dapat dipasarkan di Malaysia. Nampak gayanya, Malaysia mempunyai kriteria keselamatan yang jauh lebih tinggi dari Eropah dan negara matahari terbit kerana entah berapa tahun kelulusan mengambil masa sebelum boleh dipasarkan.
Betapa malangnya nasib anak tempatan kerana masalah birokrasi, seolah olah, pilih kasih telah berlaku kepada Solarin. Bagi penulis, merugikan sahaja mengeluarkan berjuta ringit untuk penyelidikan dan pembangunan apabila agensi negara sendiri yang menyekat peluang ini kepada anak tempatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment