Friday, August 5, 2011

RAMADHAN DAN TRAFIK

Ramadhan menjelma sekali lagi. Kehadiran Ramadhan akan disusuli dengan adik beradiknya bak kata pantun adiknya Shawal. Yang penting ia membawa berkat dan rahmat sepanjang keberadaaanya disamping kita semua.

Senja menjelma lebih lebih lagi mereka yang berada di ibu kota Kuala Lumpur akan merasakan satu lagi adik tiri mereka iaitu kesesakan lalu lintas. Sekiranya boleh ditukar pepatah antara aur dengan tebing, sudah pasti yang lebih erat ialah bagai Kuala Lumpur dengan kesesakan lalu lintas atau lebih glamor dengan nama roti jem atau trapik jem.

Apa sahaja namanya sudah pasti membuatkan setiap orang sakit kepala. Kadang kadang datang kepada kita semua penyelamat bernama Polis trafik. Penyelamat bagi sesetengah mereka tapi tidak kepada semua nampaknya. Ini kerana ada polis trafik yang tidak pernah kisah akan mereka yang lalu di semua tempat.

Senang cerita ada juga berlaku bias. Entah mengapa kadang kadang sampai berbelas kali bertukar lampu hijau tapi masih tak dapat berjalan kenderaan yang dinaiki. Masih berlaku pertukaran yang tidak sepatutnya tapi masih berlaku. Kadang kadang terfikir disebabkan kehadiran anggota polis yang menyebabkan sesetengah laluan menjadi tersangat lambat. Ini kerana polis yang menjaga kawasan ini hanya melihat kepada laluan laluan tertentu tanpa memikirkan laluan yang lain.

Pelanggaran dan asakan tetap berlaku kerana polis hanya berusaha pada satu arah. Mungkin SOP perlu diperhalusi dari semasa ke semasa untuk semua orang menikmatinya dan tidak ada lagi perasaan puas hati.

No comments: