Thursday, August 18, 2011

TERSALAH KIBLAT

Penulis teringin sekali berbicara mengenai dasar kerajaan yang nampaknya lain dari yang dipercakapkan. Adakah kita telah menjadi burung tiung yang sekadar bercakap tanpa bertindak mengikut yang sewajarnya.

Bagi penulis, ekonomi negara menjadi kepentingan subjek yang memerlukan perhatian setiap orang khususnya kerajaan dan MTEN terdahulu untuk memerhati, menganalisis dan seterusnya mencari penawar kepada ekonomi harimau ini. Kita telah banyak terluka tapi kita perlu mencari ubat dengan segera. Harimau baru akan muncul setiap masa tapi kita tidak boleh membazirkan harimau yang sakit semata mata kerana lahirnya mereka yang baru.

Kiblat kerajaan patut berada pada tingkat ekonomi tapi sayangnya Pemuda UMNO hanya mementingkan calon pilihanraya. Adakah kita terlalu selamat untuk melalui fasa yang memeritkan ini. Tanyalah siapa sahaja andai kata mereka tidak merasa kekurangan fulus pada masa kebelakangan ini. Badut berbunyi untuk memilih calon pilihanraya yang tepat.

Sangat tidak relevan lebih lebih lagi pada bulan puasa. Bulatkan tekad dan kita akan berjaya InsyaAllah. Pertolongan akan datang kepada mereka yang berusaha. Tuhan hanya menolong mereka yang berusaha. Tapi sayangnya pada saat ini, kita masih bermimpi...

Tuhan, selamatkan negaraku ini. Sedarkan pemimpin pemimpin kami.

No comments: