Thursday, August 18, 2011

MAYDAY MAYDAY

Setiap hari, media massa akan mendedahkan betapa teruknya ekonomi dunia dan tidak kurangnya ekonomi Malaysia. Berita berita akan mendedahkan skala penurunan saham asia yang lain dan akan di ikuti dengan skala penurunan Bursa Malaysia yang semakin merudum dari hari ke hari. Gabenor Bank Negara berkata kita tidak akan terkena tempias yang banyak tapi hari ini mengumumkan kadar pertumbuhan hanya sekitar 4 peratus sahaja dari unjuran asal 6 hingga 7 peratus.

Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan masih tidak berbuat apa apa. Tidak kedengaran Majlis Perundingan Ekonomi Negara bermesyuarat. Adakah PM sedar atau tidak kenaikan harga barang dari semasa ke semasa. Adakah perjumpaan 1 minggu atau sebulan sekali akan menjadi berkesan untuk kenaikan atau penurunan sesuatu pada setiap hari. Tindakan hari ini tidak lagi berguna untuk minggu depan. Frasa ekonomi negara memasuki tahap yang sangat kritikal.

Adakah kita terlalu bergantung kepada konsultant semata mata tanpa mana mana mereka yang pro ekonomi diluar kotak seperti yang berlaku pada 1998 1999 akan kembali menyelamatkan negara ini. Mereka ini ada diluar sana dan penulis merasakan mereka sanggup demi negara tercinta. Pertamanya Perdana Menteri perlu menunjukkan yang Kerajaan sangat bersungguh sungguh menanggani hal ini.

Adakah kita semua telah bersedia ke tahap yang paling optimun? Pandangan masih kabur tapi bila tiada tindakan dilakukan serta merta, ia akan bertambah kelam.

No comments: