Monday, February 21, 2011

SOLAR HYBRID PERTAMA MALAYSIA MILIK SOLARIN TURTLE

Baru baru ini pelancaran skuter hybrid telah menjadi satu lembaran baru kepada sejarah negara, kononnya. Media melaporkan seolah olah syarikat itu syarikat pertama mengeluarkan skuter hybrid negara. Benarkah dakwaan tersebut.

Bagi penulis, semua itu mitos semata mata. Syarikat Solarin daripada Terengganu adalah pertama seumpamanya mengeluarkan skuter hybrid pertama di Malaysia. Namun kerenah birokrasi dari Kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan yang tidak membenarkan skuter terbabit berada di jalan raya.

Jawapan JPJ mengenai pertanyaan penulis menyatakan skuter tersebut tidak sesuai berada di jalan raya kerana tidak cukup besar dan mungkin membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana saiznya yang kecil dan tidak cukup laju memungkinkan berlaku kemalangan jalan raya. Itu dakwaan JPJ.

Ternyata Malaysia baru sahaja ingin meminda undang undang yang membolehkan skuter dan motorsikal elektrik atau hybrid berada di jalan raya walaupun penciptan dan pengeluar asal mungkin telah memindahkan kilangnya ke luar negara.

Hebat sungguh negara ini.Penulis bersimpati kepada Solarin Turtle kerana dinafikan kewujudannya dan penafian memang telah berlaku. Penulis berharap perkara ini tidak berpanjangan dimana idea dan juga rekaan lain tidak terhenti setengah jalan seperti -terjadi kepada Solarin Turtle, skuter hybrid –elektrik dan solar pertama negara!

No comments: