Tuesday, January 13, 2009

SOLAR-SATU KEPERLUAN

Malaysia merupakan sebuah negara khatulistiwa yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun. Malaysia juga bertuah kerana negara ini mempunyai cuaca yang kurang pelbagai dan membolehkan sesuatu tugas dilaksanakan dengan baik tanpa meredah cuaca yang buruk. Cuma kadangkala Angin Monsun Timur Laut dan juga Angin Monsun Timur Barat sekali sekala.

Matahari yang menyinari sepanjang tahun membolehkan industri berasaskan solar menjadi satu keperluan yang memberangsangkan. Tetapi anehnya, industri berasaskan solar baru nak berkembang dengan baik pada sejak akhir akhir ini. Orang kata, Better late than never...betul ke BI tu..Setiap langkah yang pertama bermula dengan berbaring dan kemudian meniarap, merangkak dan akhirnya menjadi raja pecut terhandal di dunia...

Industri solar memerlukan pengembelingan tenaga yang amat banyak dan sokongan dari semua pihak termasuklah daripada Kerajaan. Dengan adanya penyumberan luar seperti tenaga solar, di harap lebih ramai yang akan bertukar dan menanamkan minat untuk menggunakan tenaga solar di kediaman mereka untuk bukan sahaja sebagai pemanas air tetapi sebagai sebahagian sumber kepada tenaga elektrik mereka...

Monday, January 12, 2009

MALAYSIA IKTIRAF ISRAEL

Malaysia secara faktanya tidak pernah mengakui dan mengiktiraf kewujudan negara penjajah yang diberi nama sebagai Israel. Malaysia bukan sahaja tidak berdagang dengan penjajah tersebut tetapi juga tidak mempunyai hubungan secara terus dengan penjajah tersebut. Secara faktanya sememang begitu, tapi bagaimana dengan secara halus. Benarkan Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara penjajah tersebut yang menggelarkan mereka sebagai Israel.

Negara yang di iktiraf mempunyai namanya secara rasmi. Malaysia secara tidak sedar telah menggunakan nama rasmi penjajah Yahudi ini iaitu Israel dan secara tidak lansung serta secara halus, sedar atau tidak, selama ini kita sememangnya telah mengakui kewujudan penjajah yang diberi nama Israel ini. Penjajah Yahudi yang menggunakan nama Israel ini telah berjaya menuntut dunia secara tidak sedar mengiktiraf mereka secara tidak lansung.

Satu satunya penjajah yang mendapatkan nama bagi tempat yang mereka jajahi adalah Israel. Selama mana pun pejajahan yang telah di lakukan oleh mana mana kuasa besar yang pernah wujud, penjajah yang bergelar Israel ini adalah yang paling berjaya. Jangan di serabut kepala dengan artikel ini dengan sejarah dunia yang terlalu panjang ini, lihat sahaja tanah tercinta kita ini, Tanah Melayu. Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa besar selama beratus tahun lamanya. Portugis, Inggeris , Jepun. Tetapi tidak pernah kalau tak silap penulis Tanah Melayu bertukar kepada nama Portugis atau Jepun mahupun sebagai Britain pada masa penjajahan tersebut. Tanah Melayu kekal sebagai Tanah Melayu. Terengganu kekal sebagai Terengganu dan Kedah kekal sebagai Kedah sekadar beberapa contoh negeri di Tanah Melayu.

Penjajah yang bergelar sebagai Israel ini adalah satu satunnya penjajah yang dapat menukar nama tempat yang mereka jajahi. Malah Amerika Syarikat juga gagal berbuat demikian terhadap jajahan mereka yang terbaru iaitu Iraq dan Afhanistan. Cuma penjajah yang menamakan diri mereka sebagai Israel sahaja yang berjaya menjadikan negara yang mereka jajah kepada nama mereka. Hebat kan penjajah ini.

Secara tidak lansung mereka yang menyebut Israel adalah mereka yang mengiktiraf kewujudan penjajah tersebut di Tanah Palestin. Malah akhbar Malaysia ada mencetak Tanah Palestin sebagai Israel dan secara tidak lansung Malaysia telah mengiktiraf kewujudan penjajah tersebut. Lebih membimbangkan lagi buku buku teks Sekolah Rendah dan Menegah di Malaysia juga mengiktiraf secara tidak lansung kewujudan negara tersebut dengan mencetak sebagai 'Israel' walaupun sebenarnya ia adalah tanah Palestin.

Pelik tapi benar dan ia telah berleluasa. Iraq masih kekal sebagai Iraq dalam peta di Malaysia, tetapi tanah Palestin telah bertukat sebagai Israel. Secara halus, Malaysia telah masuk perangkap penjajah ini...

Bagi penulis, Israel tidak pernah wujud. Penjajah tetap penjajah. Bukan menjadi satu negara walaupun dah berpuluh tahun lamannya mereka menginap di situ...Israel yang di letakkan di peta adalah sebenarnya Palestin yang telah di jajah. Sekiranya di takdirkan Palestin di jajah 1000 tahun lagi, ia tetap tanah Palestin dan bukan bertukar nama kepada penjajah Israel seperti yang berleluasa seperti sekarang....

Tuesday, January 6, 2009

HORMAT MENGHORMATI

Menggunting rambut merupakan satu aktiviti yang biasa di lakukan oleh mana2 manusia yang inginkan kekemasan dalam diri dan imej mereka. Si tukang gunting akan menghormati pelanggannya sebaik yang mungkin kerana bukan sahaja imej pelanggan tetapi juga imej si tukang gunting.

Percaya atau tidak, penulis pertama kali menyaksikan dalam sejarah hidup penulis yang tak berapa panjang lagi ini, si tukang gunting lansung tidak menyentuh kepala pelanggannya. Sedikit pun tidak sama ada untuk menggunting bahagian belakang mahupun bahagian depan. Komunikasi arahan juga tidak berlaku. Yang ada cuma bual kosong pelanggan dengan penggunting.

Hormatnya kepada pelanggan bukan kepalang layaknya. Kepala memang salah satu anggota badan yang paling sensitif dalam diri manusia. Ada manusia yang tidak senang dengan gurauan yang melibatkan kepala. Kepala adalah tempat yang paling tinggi martabatnya dan di sana terletak organ yang membezakan manusia dengan mahluk tuhan yang lain iaitu otak yang mempunyai akal fikiran.

Cerita P. Ramlee ada dialog mengenai kepala-"Ini kepala bapa kau, ini kepala bapa aku...Aku pijak kepala bapa kau, kau pijak kepala bapa aku"...betul ke skrip tersebut...marahnya bukan kepalang setelah masing masing memijak kepala lawan masing masing...

2009 YANG PANJANG

Assalamualaikum n salam sejahtera buat semua kawan dan taulan...2009 dah beberapa hari dan tanpa sedar, penulis tidak lagi menulis coretan untuk tahun ini...Ada yang kata tahun baru ni cuma adalah sekadar peralihan tahun...sedar atau tidak, ia juga merupakan penambahan tahun kepada semua makhluk yang hidup...

2008 merupakan jalan yang panjang penulis lalui...semuanya ada..masam, pahit, manis...semuanya ada...cuma sama ada perasaan ini dikongsi bersama atau tidak, ia merupakan satu persoalan yang lain...Ada yang mengatakan bahawa berkongsi sesuatu boleh menjadikan seseorang itu lebih bahagia...Dimana kebenarannya, penulis sendiri tidak tahu...Meluahkan kepada seseorang adalah lebih baik daripada membengkak di dalam hati...Pribahasa lama terungkap-hati terbakar siapa yang tahu...

2009 juga adalah pengalaman pahit bagi umat islam Palestin yang diserang oleh askar penceroboh Yahudi...Israel tidak pernah tercipta..Penulis enggan mengangkat nama Israel kerana secara halus, kita telah mengiktiraf negara haram tersebut...

Harapan penulis untuk tahun 2009
Semoga semuanya aman sejahtera merangkumi semua bidang...

Monday, December 8, 2008

PENYEMBELIH MUDA....DI MANA

Pada hari besar ini, penulis telah diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa melalui orang perantaraanya untuk melakukan ibadat yang disunat kan ini. Dalam asyik memotong daging kepada yang lebih kecil, terdetik di hati penulis sekiranya orang orang yang menyembelih ini pergi dahulu meninggalkan generasi muda, berapa keratkah yang mampu dan pandai menyembelih ternakan sama ada untuk korban, akikah mahupun untuk kenduri kendara di kampung masing.

Penulis tidak pasti di negeri negeri lain, tapi di Terengganu penulis perhatikan bahawa kuragnya tenaga orang muda yang berani dan yakin untuk menyembelih ternakan besar ini termasuklah lembu mahupun kerbau. Sekiranya ayam yang akan menjadi korban, penulis yakin, ramai yang boleh melakukan perkara ini. Tetapi bagaimana dengan mahluk berkaki empat ini?

Kadang kadang, ada juga terjumpa di sana dan sini tenaga muda yang pandai menyembelih binatang ternakan tetapi bagaimana sekiranya pada satu ketika, terdapat banyak ternakan untuk disembelih dan tempat yang hendak dituju adalah terlalu jauh pada satu satu masa. Mungkin perlu diadakan kursus untuk menyembelih ternakan khususnya ternakan berkaki empat ini. Dan mungkin juga kursus ini telah ada tapi sambutannya dikalangan orang muda adalah kurang kerana tidak berminat.

Tetapi penulis yang boleh diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung ini tidak mengetahui seandainya wujud kursus sebegini. Mungkin perkara ini tidak lagi kritikal pada waktu sekarang, tetapi bagaimana dengan sepuluh atau dua puluh tahun akan datang...

PROTON PEMALAS

Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) melalui anak syarikatnya telah menandatangani satu perjanjian persefahaman(mou) dengan syarikat pengeluar Jepun iaitu Mtsubishi Motor Corporation (MMC).

Terdapat banyak klausa dalam perjanjian tersebut setelah sekian lama MMC menjual semua sahamnya dalam kereta nasional terbabit. Antaranya ialah memboleh model Proton dibangunkan secara bersama secara lesen daripada MMC.

Senang cerita "rebadge". Tahniah CEO proton, Syed Zainal. Setelah hampir 9 tahun sejak tahun 2000 yang mana Proton mengeluarkan kereta sendiri daripada lakaran sehingga terbentuk Proton Waja, akhirnya setelah berganti Ketua Pegawai Eksekutif, Proton kembali kepada aktivitinya yang lama. Susah sangat ke hendak menunggu lama dan belajar sedikit demi sedikit walaupun lambat kerana menurut Orang Melayu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari-"Tidak apa bersusah sedikit kerana yang susah itu yang kekal".

Penulis sendiri kecewa dan harapan untuk melihat Proton ke tahap yang lebih gemilang tidak tercapai nampaknya dengan termeterainya mou tersebut. Sekiranya pada satu hari nanti ditakdirkan kereta Proton memenangi anugerah ataupun menjadi "best seller" di seluruh dunia, Proton bukan lagi Proton.

Proton telah menjadi pengeluar kereta yang malas. Malas berusaha dan takut dengan cabaran. Penulis kecewa dengan keadaaan ini. Produk Proton selepas ini bukan lagi menjadi kebanggan penulis kerana ternyata orang dalam Proton malas berusaha. Penulis bangga dengan Produk Proton yang direka sendiri oleh Orang Malaysia bermula dengan Waja, Arena, Neo, Savvy.

Buruk macam mana pun ia adalah tanda titik peluh orang Malaysia yang berusaha tidak kira penat dan lelah demi menaikkan nama negara. Tetapi nampaknya Syed Zainal yang ternyata datang daripada Pengeluar kereta nasional yang malas iaitu Perodua telah membawa perkara ini ke dalam Proton. Penat sangat ke untuk berusaha mengeluarkan produk yang direka oleh anak tempatan. Kalau direka oleh Lotus pun banyak diambil oleh pengeluar untuk dipakai oleh mereka.

Tahniah Syed Zainal untuk klausa pemalas itu. Rindu dengan sentuhan Tengku Mahaleel. Bekas CEO proton yang belajar sejarah tetapi dalam zaman kegawatan, Proton tidak pernah mencatat kerugian malah berjaya mendirikan kilangnya sendiri di Tanjung Malim.

Proton, penulis kecewa dengan mu yang selama ini berada di hati penulis untuk memilik suv proton satu hari nanti...Orang yang malas tidak berhak berada dalam hati penulis untuk penulis membayar sejumlah wang yang banyak...Proton adalah pemalas...

ANEH ATAU UNIK

Sepasang kekasih berjalan bersama sama berpimpin tangan disatu pagi yang indah di tepi pantai yang terbentas luas. Mereka memakai baju dan celana pada satu rona yang sama. Memang indah saat bercinta, bukan sahaja hati yang menjadi satu tetapi juga warna pakaian. Penulis tidak mahu mentafsir lagi apa yang sama pada hari tersebut. Penulis tidak pernah 'dating' walaupun pernah mempunyai kekasih hati bertukar tukar kerana semuanya berada di alam maya. Disebabkan itu, penulis tidak pernah merasai kenikmatan manisnya madu keluar bersama sama dengan si jantung hati memakai warna yang sama.

Sepasang kekasih sehidup semati itu mungkin telah berpakat sebelum itu lagi untuk memakai pakaian yang sama warnyanya. Bagaimana pula dengan mereka yang bukan sepasang kekasih tetapi kerap memakai pakaian yang hampir sama dengan seorang lagi rakan. Mungkin ini adalah suratan atau kebetulan, itu tiada siapa yang tahu.

Pernahkan anda terasa ingin menyanyikan sebuah lagu dan pada masa yang sama rakan anda telah menterjemahkan lagu itu di bibir mereka? Penulis telah merasai pengalaman unik ini beberapa kali. Jika diambil kira suasana mahupun rancangan televisyen yang ditonton, tidak pula berkait dengan lagu yang ingin dinyanyikan itu. Unik atau aneh itu penulis tidak pasti tetapi ada kemungkinan perkara ini berkait dengan psikologi dipersekitaran masing masing pada waktu tersebut.

Setiap kejadian yang diciptakan itu mempunyai sebab musababnya termasuk mati...